-

Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

Tahukah anda? Ada wanita yang hampir botak sebab rambut gugur semasa mengandung. Mungkin anda tersenyum bila baca, tapi percayalah bahawa kalau anda sayangkan suami & taknak jadi botak, masalah rambut gugur semasa mengandung jangan dipandang ringan.

rambut gugur semasa mengand4 300x182 Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung 

Yang sebenarnya, setiap manusia kehilangan sekurang-kurangnya 100 helai rambut setiap hari. Banyak kan? Tapi kita tak sedar. Lagi pun 100 helai yang hilang tu tak bagi efek pun kepada rambut kita sebab kat atas kepala kita ada lebih kurang 100,000 helai rambut.

Tapi bila banyak sangat rambut yang gugur sampai lantai bilik air penuh dengan rambut setiap kali kita mandi, dan kita mula perasan rambut dah mula menipis, jaga-jaga! Anda perlu ambil perhatian sebelum kepala mulai botak.

Ada seorang pelanggan saya mengandung setelah 3 bulan mengambil Set Kesuburan Shaklee. Alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan, semuanya berjalan dengan lancar. Cuma seperti ibu mengandung yang lain, beliau mengalami masalah rambut gugur. Alhamdulillah, setelah beliau amalkan tips yang saya bagi, dah tak banyak rambut yang gugur.

Kenapa rambut kita gugur dengan banyak semasa mengandung?

1. Perubahan Hormon

Bermula dari hari pertama kita mengandung, berlaku perubahan hormon yang dramatik dalam tubuh badan kita. Perubahan hormon yang mendadak menyebabkan rambut semakin banyak yang gugur, tetapi tak banyak yang tumbuh. Malah kita juga akan mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin & makin teruk bila baby dah mula pandai main air liur icon wink Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

rambut gugur semasa mengand7 300x290 Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

2. Stress

Semasa mengandung, biasanya kita akan berasa penat & badan menjadi stress. Tekanan ini menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi terbantut.

Apa Nak Buat Kalau Banyak Sangat Rambut Gugur Semasa Mengandung?

1. Kurangkan bahan kimia

Bahan kimia yang dimaksudkan ialah syampu dan perapi. Syampu dan perapi di pasaran mengandungi lambakan bahan kimia yang menjadi punca rambut gugur & tidak subur. Anda boleh bertukar kepada syampu Prosante Hair Care Shaklee yang semulajadi dan bebas bahan kimia. Insya Allah selepas 2 minggu anda akan merasa perbezaanya.

rambut gugur semasa mengand6 238x300 Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

2. Lembabkan rambut

Rambut gugur kerana kulit kepala yang kering, dan mungkin juga berkelemumur. Oleh itu melembabkan kulit kepala boleh mengurangkan masalah rambut gugur. Anda boleh melembabkan kulit kepala dengan menyapu minyak zaitun atau pun santan.

3. Elakkan mendandan rambut secara berlebihan

Jangan ikat rambut dengan terlalu ketat kerana ia boleh melemahkan akar rambut & menyebabkan keguguran rambut yang teruk. Dan jangan sesekali mengikat rambut semasa ia masih basah.

4. Elakkan penggunaan hair dryer

Hair dryer, seperti namanya akan menyebabkan rambut kering sehingga ke akar, menjadikan akar rambut menjadi lemah & mudah gugur. Oleh itu elakkan menggunakan hari dryer.

5.  Banyakkan pengambilan Zinc

Masalah rambut gugur boleh diatasi dengan pengambilan Zinc. Di antara makanan yang kaya dengan zinc ialah pisang, keju, kekacang, tiram, daging merah, ikan salmon, asparagus, telur dan avakado. Nak mudah? Ambil je Zinc Complex Shaklee. Cuma ambil sebiji sehari dah memenuhi keperluan zinc yang anda perlukan dalam sehari. Sebotol ada 120 biji, harganya cuma RM33.75. Berbaloi sangat-sangat!

rambut gugur semasa mengand3 226x300 Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

Semoga info tadi bermanfaat untuk anda. Amalkan tips yang saya amalkan tadi supaya anda tak mengalami keadaan ngeri hampir botak sebab rambut gugur semasa mengandung. Nak order syampu Prosante Hair Care Shaklee atau Zinc Complex? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

pixel Hampir Botak Sebab Rambut Gugur Semasa Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.