-

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sakit kepala sering terjadi kepada ibu mengandung. Sepanjang tempoh kehamilan, jangan sesekali makan ubat yang dibeli dari farmasi tanpa perscription dari doktor kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Jom saya kongsikan tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat.

tips hilangkan sakit kepala 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sebagai seorang pengamal natural remedy, sepanjang mengandung sebolehnya saya akan elakkan daripada ambil apa-apa ubat,  termasuklah panadol & ubat tahan sakit. Walau pun kata doktor, tak akan menjejaskan bayi dalam kandungan saya. Bila dilanda sakit kepala saya akan cari tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat. Anda boleh lah cuba.

1. Minum banyak air kosong

Di antara punca sakit kepala ialah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Terutamanya bagi ibu yang sedang mengalami morning sickness. Sekejap sekejap muntah, maka air dalam badan akan berkurangan. Begitu juga sekiranya cuaca terlalu panas. Oleh itu, pastikan anda minum air masak secukupnya.

2. Pisang

Selain kaya dengan potasium. pisang juga kaya dengan magnesium yang membantu menghilangkan sakit kepala.

3. Ais batu

Balut ais batu dengan towel kecil & tekapkan ke kepala. Kalau nak mudah, boleh gunakan cool fever yang selalu kita pakaikan ke dahi anak semasa anak demam. Konsepnya sama je, untuk menyedut kepanasan dari dalam kepala.

tips hilangkan sakit kepala1 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

4. Basahkan rambut

Selain gunakan ais batu, anda juga boleh gunakan teknik membasahkan kepala. Kalau ada bath tub, boleh berendam sambil basahkan kepala. Atau pun duduk dibawah air pancuran (shower). Kalau kepala terlalu sakit dan merbahaya untuk berada di dalam bilik air, boleh juga balut kepala dengan tuala yang dibasahkan.

5. Rendam kaki dalam air sejuk

Tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang seterusnya ialah dengan merendam kaki dalam air sejuk. Ini merupakan kedah tradisional yanh diamalkan oleh orang cina sejak zaman dulu. Cubalah!

6. Teh kulit kayu manis

Bancuh secawan teh & rendamkan sebatang kulit kayu manis. Selepas 5 minit keluarkan kulit kayu manis tersebut & minum. Insya Allah anda akan berasa segar & sakit kepala akan hilang.

7. Teh Peppermint Ginger Plus

Masukkan 3 biji Peppermint Ginger Plus ke dalam1 cawan air panas dan minum sehingga habis. Vitamin semulajadi Shaklee ini akan membantu menghilangkan sakit kepala dan sekali gus membuang angin yang ada didalam badan. Harganya cuma RM45 sebotol, dan ia merupakan teman yang sangat berguna sepanjang tempoh mengandung, malah sehingga waktu berpantang.

tips hilangkan sakit kepala2 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Insya Allah di masa akan datang saya akan kongsikan lagi tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang lain. Banyak lagi tips saya nak kongsikan ni . Nak order Pepermint Ginger Plus untuk sakit kepala? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

pixel Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.