Tips Didik Anak Cara Nabi Untuk Panduan Semua Ibu Bapa

Ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Yang paling penting nak tengok anak berjaya dunia dan akhirat. Betul tak? Jom saya kongsikan tips didik anak cara nabi untuk panduan semua ibu bapa. Buat panduan kita bersama.

didik anak cara nabi, tips didik anak cara nabi, panduan didik anak cara nabi, didik anak cara islam, didik anak dari dalam kandungan, didik anak dari dalam rahim, didik anak cara nabi, mendidik anak cara rasulullah, kesilapan dalam didik anak, kesalahan mendidik anak kecil, kesalahan dalam mendidik anak, kesilapan ibubapa mendidik anak, mendidik anak cara islam,

Tips Didik Anak Cara Nabi Untuk Panduan Semua Ibu Bapa

Yang sebenarnya tips ini pernah saya kongsikan distatus facebook saya. Alhamdulillah ramai yang share & menjadi viral sekejap. Hinggakan ada orang yang tak dikenali pm & minta parenting tips dari saya. Oleh itu, sekali lagi saya kongsikan tips tersebut di sini supaya lebih mudah untuk kita refer bila memerlukan. Sebab status kat facebook sekejap je hilang. Dan ada sedikit tambahan info, yang saya rasa bermanfaat.

Menurut panduan  mendidik anak yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w, fasa mendidik anak terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:

1) Waktu mencorak (semasa anak dalam kandungan)

2) Waktu bermain (umur 1 hingga 7 tahun)

3) Waktu disiplin (umur 8 hingga 14 tahun)

4) Waktu berkawan (umur 15 hingga 21 tahun)

Peringkat 1: Waktu mencorak

Percaya tak kalau saya katakan bahawa proses mendidik anak bermula seawal anak disenyawakan. Sewaktu anak berada didalam rahim kita lagi. Sebab itu apabila disahkan mengandung, kita suami isteri perlu meingkatkan ibadah. Dekatkan diri dengan Allah. Lakukan segala perkara wajib & tingkatkan amalan sunat seperti puasa sunat, zikir, solat sunat, dan amalan-amalan yang lain.

Makan makanan yang halal & bersih sepanjang tempoh mengandung, elakkan makanan syubhah. Apabila anak dilahirkan, berikan nama yang baik. Sempurnakan aqiqah & khatankan anak apabila tiba masa yang sesuai.

Waktu mencorak memainkan peranan yang penting dalam proses mendidik anak, supaya anak membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

didik anak cara nabi, tips didik anak cara nabi, panduan didik anak cara nabi, didik anak cara islam, didik anak dari dalam kandungan, didik anak dari dalam rahim, didik anak cara nabi, mendidik anak cara rasulullah, kesilapan dalam didik anak, kesalahan mendidik anak kecil, kesalahan dalam mendidik anak, kesilapan ibubapa mendidik anak, mendidik anak cara islam,

Peringkat 2: Waktu bermain

Semasa anak berumur 1 hingga 7 tahun,  kita bagi anak bermain sepuas-puasnya. Kita join anak bermain. Ini adalah bonding time dengan anak-anak. Kita sebagai ibu bapa rapatkan diri dengan anak-anak supaya hubungan jadi erat. Ingatlah, anak kita kecil sekali je. Sekejap pulak tu. Sekelip mata dah besar. Walau sesibuk mana sekali pun dengan kerjaya, jangan lepaskan saat-saat penting untuk tengok anak membesar.

Pendidikan awal juga sangat penting pada peringkat ini, cuma ibu bapa perlu ingat bahawa anak belajar melalui banyak cara, bukan dengan persekolahan & mengadap buku semata-mata.  Belajar pun for fun & bersahaja, bukan paksa anak pandai segala benda.

Tapi masyarakat zaman kita ni anak baru 3 tahun dah dihantar ke tadika. Malah ada yang hantar anak pergi tuition. Nak yang the best. Berlumba-lumba nak anak bijak seawal yang mungkin. Umur sekian dah pandai membaca. Kalau anak 4 tahun belum hantar ke tadika, dah rasa serba-salah sebab anak kawan-kawan semua dah masuk tadika. Sebolehnya anak umur 6 tahun, dah pandai bahasa melayu, english, dan mandarin. Betul ke tak?

didik anak cara nabi, tips didik anak cara nabi, panduan didik anak cara nabi, didik anak cara islam, didik anak dari dalam kandungan, didik anak dari dalam rahim, didik anak cara nabi, mendidik anak cara rasulullah, kesilapan dalam didik anak, kesalahan mendidik anak kecil, kesalahan dalam mendidik anak, kesilapan ibubapa mendidik anak, mendidik anak cara islam,

Peringkat 3 :Waktu disiplin

Mengikut tips didik anak cara nabi, apabila anak memasuki usia 8-14 tahun, bermulalah peringkat ketiga iaitu bertegas  & mendisiplinkan anak-anak.  Tapi biasanya waktu ni ramai yang masih manjakan anak. Apa anak nak kita bagi. Nak handphone kita bagi, siap bagi yang canggih bagai . Anak nak ada akaun facebook kita tolong create kan. Whatsapp, wechat, line semua anak kita ada. Berhubung tanpa sempadan dengan dunia luar, siang malam. Serve internet tanpa ada yang monitor. Bukalah website apa sekali pun. Apa anak nak semua bagi.

Disiplin? Tolak tepi. Ini adalah antara kesilapan besar yang sering dilakukan oleh ibu bapa masa kini. Apakah yang dimaksudkan dengan mendisiplinkan anak? Pastikan anak melakukan segala suruhan agama seperti solat 5 waktu, menutup aurat dengan sempurna, menjaga pergaulan, dan sebagainya.

didik anak cara nabi, tips didik anak cara nabi, panduan didik anak cara nabi, didik anak cara islam, didik anak dari dalam kandungan, didik anak dari dalam rahim, didik anak cara nabi, mendidik anak cara rasulullah, kesilapan dalam didik anak, kesalahan mendidik anak kecil, kesalahan dalam mendidik anak, kesilapan ibubapa mendidik anak, mendidik anak cara islam,

Peringkat 4: waktu berkawan

Apabila anak memasuki umur 15-21 tahun, maka bermulalah peringkat keempat di mana sepatutnya kita rapatkan diri dengan anak. Pastikan anak rapat dengan kita, habiskan masa dengan kita, berkongsi rasa dengan kita. Tapi apa yang sering terjadi? Waktu ni anak lagi rapat dengan kawan-kawan. Kawan jadi nombor 1 dalam hidup anak-anak. Betul kan?

Waktu ni anak-anak dalam proses akil baligh & sangat fragile. Mudah memberontak. Mudah terpengaruh. Macam yang kita alami dulu. Itulah sebabnya kita kena rapat dan sentiasa ada dengan anak pada peringkat ni.

Kesilapan dalam mendidik anak yang sering dilakukan ibu bapa

Nabi Muhammad s.a.w dah ajar cara didik anak, tapi kita taknak ikut. Masing-masing amalkan gaya hidup moden, nak up to date katanya. Ikut trend terkini. Nanti bila anak dah besar, takde akhlak macam nabi mulalah kita bertanya kepada diri sendiri ” Aku dah buat segalanya.  Kenapa anak aku jadi macam ni? Apa salah aku dalam mendidik anak? ”

Padahal guideline nabi kita taknak ikut. Peringatan untuk diri saya sendiri. Parenting is not easy. Masih jauh perjalanan dalam mendidik Balqis & Aina. Semoga dapat berikan didikan terbaik untuk mereka berdua. Semoga tips didik anak cara nabi untuk panduan semua ibu bapa yang saya kongskan tadi bermanfaat untuk kita semua.

didik anak cara nabi, tips didik anak cara nabi, panduan didik anak cara nabi, didik anak cara islam, didik anak dari dalam kandungan, didik anak dari dalam rahim, didik anak cara nabi, mendidik anak cara rasulullah, kesilapan dalam didik anak, kesalahan mendidik anak kecil, kesalahan dalam mendidik anak, kesilapan ibubapa mendidik anak, mendidik anak cara islam,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>