-

Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Boleh dikatakan semua wanita mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin. Ada yang mengalami keguguran rambut yang biasa sahaja, tapi ada yang mengalami keguguran serius hingga ada tompokan botak di kepala. Jadi, kalau anda mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin, jangan pandang ringan. Jom amalkan tips atasi masalah keguguran rambut selepas bersalin yang akan saya kongsikan sebentar lagi.

Rambut Gugur Selepas Bersal 300x224 Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Mengapa Keguguran Rambut Selepas Bersalin Berlaku?

Mengapa kita mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin? Kalau ikutkan orang tua, rambut kita gugur sebab anak main air liur. Makin aktif anak main belon, makin banyaklah rambut kita akan gugur. Tapi bila difikirkan semula, sebelum anak pandai main air liur rambut kita dah gugur. Malah waktu mengandung pun banyak rambut yang gugur. Ye tak? ^_^

Dari segi perubatan, kita mengalami keguguran rambut selepas bersalin kerana hormon dalam badan yang masih belum stabil. Kekurangan kalsium juga menjadi punca keguguran rambut. Sepanjang tempoh mengandung, jika kita tak ambil kalsium yang mencukupi, badan akan memerah kalsium dari tubuh badan kita termasuk rambut, menyebabkan rambut gugur.

Bila anak dah lahir, badan perlukan lebih kalsium untuk menghasilkan susu. Kalau kita tak ambil kalsium yang mencukupi? Maka botaklah kita.Sebab tu adalah penting untuk kita mengamalkan amalan pemakanan yang baik sepanjang mengandung, termasuk ambil kalsium yang mencukupi sebagai langkah pencegahan masalah keguguran rambut selepas bersalin.

Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan:

1. Elakkan buat rawatan rambut di saloon.

Kenapa? Kerana rawatan di saloon menggunakan syampu & perapi yang tinggi bahan kimia. Bahan kimia yang tinggi akan memburukkan lagi masalah keguguran rambut yang kita alami. Rawatan rambut di saloon juga melibatkan penggunaan hair dryer yang patut dielakkan.

2. Elakkan membungkus rambut selepas mandi.

Ramai orang suka balut rambut dengan towel selepas mandi & biarkan sehingga rambut kering. Betul tak? Untuk pengetahuan anda, amalan tersebut akan menyebabkan rambut berada dalam keadaan lembab dalam tempoh yang lama & ianya adalah antara penyumbang utama yang menggalakkan keguguran rambut. Jadi, jangan buat lagi ye!

Rambut Gugur Selepas Bersal1 300x226 Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

3. Pastikan rambut kering sebelum sikat rambut.

Sentiasa keringkan rambut selepas mandi. Pastikan rambut kering sebelum disikat kerana menyikat rambut yang basah akan meningkatkan kadar rambut yang tercabut dari kepala. Lagi banyak rambut yang tercabut, makin botak kepala kita. Taknak kan…?

4. Gunakan sikat bergigi jarang.

Sikat bergigi rapat akan meningkatkan jumlah rambut yang tercabut setiap kali kita menyikat rambut. Pilih sikat berbentuk berus yang mempunyai gigi jarang. Itu adalah sikat yang terbaik untuk kita yang mempunyai masalah rambut gugur selepas bersalin.

5. Pastikan rambut kering sebelum diikat.

Ini juga merupakan tips atasi masalah rambut gugur selepas bersalin yang sangat penting. Jangan ikat rambut selagi ia belum kering sepenuhnya.

6. Jangan gunakan pengering rambut.

Hair dryer is a big no untuk kita yang ada masalah keguguran rambut. Kepanasan dari pengering rambut akan menyebabkan rambut rosak & gugur dengan banyaknya tanpa dapat dikawal. Kalau terpaksa guna hair dryer, gunakan  suhu yang rendah & jarakkan dari kepala, sejauh yang boleh.

7. Makan vitamin untuk mengatasi masalah keguguran rambut & menjaga kecantikan rambut.

Vitamin yang dimakan akan membantu mengatasi keguguran rambut dari dalam & dalam masa yang sama akan membantu melebatkan rambut supaya kita mendapat rambut cantik bergaya seperti dulu. Anda boleh amalkan Set Rambut Cantik Shaklee yang terdiri daripada:

Rambut Gugur Selepas Bersal2 300x226 Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Zinc Complex yang membantu menghentikan masalah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

B Complex menjaga kesihatan rambut & mencantikkan rambut.

Vitamin C menggalakkan pengeluaran tirosin yg berperanan menguatkan akar rambut agar keguguran rambut yang serius dapat dikurangkan.

Gabungan 3 vitamin ini akan membantu menguatkan rambut dari dalam & mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.

8. Gunakan syampu bebas bahan kimia.

Syampu dan perapi di pasaran kebanyakkannya mengalami bahan kimia yang tinggi. Oleh itu, pilih syampu dan perapi yang diperbuat dari bahan semulajadi dan telah dibuktikan selamat untuk masalah rambut gugur yang kita alami.

Anda boleh gunakan Rangkaian Prosante Hair Care dari Shaklee yang terdiri daripada:

Nourishing Scalp Treatment yang  membantu mengatasi keguguran rambut & menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Revitalizing Shampoo berfungsi untuk melebatkan rambut dan menyeimbangkan kulit kepala agar tidak terlalu kering atau lembab.

Replenishing Conditioner menguatkan rambut & membaiki kerosakan rambut dari akar hingga ke hujung.

Rambut Gugur Selepas Bersal3 300x188 Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Semoga tips atasi masalah rambut gugur selepas bersalin yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Jangan biarkan rambut anda gugur sehingga kepala mula botak. Sayang suami kan? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Set Rambut Cantik Shaklee dan Prosante Hair Care dengan konsultasi terbaik!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

pixel Tips Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.