-

5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

Ekonomi 2015 dijangkakan sangat mencabar. Harga barang makin naik dan keadaan akan semakin buruk dengan perlaksaan Gst. Tambang bas sekolah naik, yuran taska naik, harga sayur naik. Pendek kata semua naik. Jom saya kongsikan 5 tips urus wang untuk survive tahun 2015 yang menyesakkan.

tips urus wang untuk surviv1 300x223 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

Bagi yang makan gaji dah tentu gaji banyak tu juga. Tak berubah.  Bagi yang berniaga pendapatan turun naik ikut apa kita nak dan ikut banyak mana kita usaha. Rajin usaha & murah rezeki  banyaklah dapat. Tapi, dengan kejatuhan ekonomi, rasanya ramai peniaga yang rasa walau pun untung makin banyak, tapi tak boleh nak cope dengan harga barang yang makin meningkat.

Kita baru je masuk bulan pertama dalam tahun 2015 tapi ramai yang dah mengeluh tentang kewangan. Betul tak? Sebab tu saya terpanggil untuk berkongsi 5 tips urus wang untuk survive tahun 2015 yang menyesakkan. Insya Allah sama-sama kita praktiskan dan lihat kesannya.

1. Belanja kurang dari pendapatan

Tahukah anda ini adalah antara perkara paling sukar untuk dilakukan? Rata-rata rakyat Malaysia berbelanja melebihi pendapatan. Sebulan dapat gaji bersih RM1500 tapi belanja RM2000. Oleh itu, kalau nak survive tahun 2015, ubah tabiat kita. Pastikan kita berbelanja KURANG dari pendapatan.

Kalau gaji bersih RM1500, pastikan perbelanjaan kita cuma RM1000. Macam mana nak ubah? Sekejap lagi saya kongsikan.

tips urus wang untuk surviv2 300x223 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

2. Cari duit lebih

Terimalah kenyataan. Kalau gaji sekarang tak cukup atau cuma cukup-cukup makan, sudah tiba masanya untuk cari pendapatan tambahan. Online business adalah pilihan yang paling mudah kerana sambil buat tugasan pejabat kita boleh uruskan perniagaan. Sambil jaga anak kat rumah pun boleh. Pendek kata semua orang mampu buat online business.

Cuma masalah modal. Kalau berniaga semestinya perlukan modal, ye tak? Kat sini saya ada kongsikan macam mana nak mulakan online business dengan modal yang rendah & dijamin menguntungkan, asalkan kita rajin & bersungguh-sungguh nak tambah pendapatan.

tips urus wang untuk surviv3 300x213 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

3. Ubah gaya hidup: Makan di rumah

Selama ni kita selalu makan kat luar. Makan kat restoran mahal. Nak makan sedap-sedap je. Apa kata kita tukar gaya hidup. Masak di rumah setiap hari kerana ianya adalah sangat menjimatkan & dijamin bersih. Tak pandai masak? Takpe. Kalau rajin memasak, lama-lama pasti jadi sedap.

Kalau teringin nak makan kat restoran yang sedap, hadkan kepada seminggu sekali sahaja. Bukan setiap hari. Mula-mula memang rasa susah tapi percayalah! Ianya pasti akan membantu kewangan kita. Lagi jimat kalau bawa bekal ke tempat kerja.

tips urus wang untuk surviv4 300x213 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

4. Rancang kewangan

Yang ini berkaitan dengan tips yang pertama tadi iaitu berbelanja kurang dari pendapatan. Bila gaji masuk ke akaun, hari yang sama terus bayar semua hutang-piutang yang ada.  Pastikan hutang selesai terlebih dahulu.

Duit yang lebih? Kita bahagikan mengikut keperluan: belanja dapur, duit minyak & tol, duit emergency, simpanan, belanja harian, yuran taska anak, dan sebagainya. Kalau duit yang ada tak cukup, jangan berlengah lagi. Cari side income sekarang!

tips urus wang untuk surviv5 300x213 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

5. Mula menabung

Yang ini pun ramai yang liat nak buat. Waktu duit banyak pun tak menabung, macam mana pula nak menabung wkatu sesak macam ni? Macam mana nak menabung kalau duit ada cukup-cukup aje?

Habis tu nak tunggu sampai bila? Kalau tak mulakan hari ni bila lagi? Berhenti beralasan. Mula menabung sekarang. Banyak mana nak simpan? Nak simpan dalam bank atau di rumah? Mana nak cekau duit untuk ditabung? Yang ini saya akan kongsikan dalam artikel yang akan datang. Tunggu…..!

tips urus wang untuk surviv6 300x152 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

Semoga 5 tips urus wang untuk survive tahun 2015 yang menyesakkan tadi bermanfaat untuk anda. Insya Allah panjang umur saya akan sambung dengan kupasan tentang cara nak menabung & tips kewangan yang seterusnya. Feel free to share. Lagi ramai yang baca, lagi ramai yang akan mendapat manfaatnya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

pixel 5 Tips Urus Wang Untuk Survive Tahun 2015 Yang Menyesakkan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.