-

Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Apakah yang dimaksudkan dengan waktu subur? Ia merujuk kepada proses ovulasi dimana telur yang paling matang akan dilepaskan dari ovari ke dalam rahim. Jom kita kenali tanda subur dan cara kira waktu subur.

tanda subur dan cara kira w 300x187 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Jika anda sedang mencuba untuk mengandung, adalah amat penting untuk mengetahui tentang kitaran haid yang normal dan  bilakah waktu subur bagi memastikan terdapat sperma yang sihat & kuat didalam badan pada tarikh keramat tersebut. Di antara tanda subur ialah:

1. Lendir Servik Seakan-akan putih telur.

Apabila kita bersedia untuk berovulasi tubuh  akan menghasilkan lendir serviks yang ideal untuk mengangkut sperma iaitu lendir yang nipis, elastik, dan seakan-akan putih telur. Tekstur tersebut akan membantu sperma berenang hingga ke telur. Pada waktu biasa, lendir serviks adalah lebih tebal dan melekit.

2. Basah.

Menjelang waktu subur, lendiran serviks akan bertambah banyak & menyebabkan kita rasa sentiasa basah dibahagian tersebut.

3. Sengal atau sakit payudara.

Semasa ovulasi, tahap progesterone akan meningkat dan menyebabkan berlakunya sakit pada payudara.

4.  Posisi serviks yang tinggi, lembut dan terbuka.

Posisi servik juga boleh menunjukkan sama ada anda sedang subur atau tidak. Selepas haid, serviks lebih rendah, keras dan tertutup. Apabila semakin hampir ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut.
Untuk memeriksa keadaan serviks, pastikan tangan dicuci bersih, kemudian duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari kedalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih senang dicari selepas haid kerana posisinya yang lebih rendah. Jika serviks anda terasa tinggi & jauh ke dalam, maksudnya anda semakin menghampiri waktu subur.

tanda subur dan cara kira w1 300x250 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

5. Peningkatan libido (rasa berahi).

Peningkatan hormon luteal menyebabkan keinginan seks akan bertambah.

6. Tompokan darah (spotting).

Spotting mungkin berlaku. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.

7. Senak atau sakit di sebelah bahagian perut.

Kira-kira 20% wanita rasa sakit ketika ovulasi. Sakit yang dikenali sebagai ‘mittelschmerz’ ini berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub falipio mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Selalunya sakit ini hanya boleh dirasakan pada sebelah bahagian sahaja. Keadaan ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi. Anda mungkin tidak boleh menentukan dengan tepat ovulasi berdasarkan rasa sakit sahaja, tetapi ia boleh menandakan bahawa ovulasi semakin hampir.

8. Kembung.

Tiba-tiba prut kembung dan rasa berangin? Ia mungkin disebabkan oleh perubahan hormon semasa proses ovulasi.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Nak Ebook ini secara percuma? Hubungi saya sekarang!

9. Loya dan pening lalat.

Ramai wanita terasa loya dan pening sejurus sebelum haid bermula. Kadang kala disalah erti sebagai ‘morning sickness’. Ini disebabkan oleh badan mengeluarkan hormon yang sama yang menyebabkan ‘morning sickness’ semasa kehamilan dan simptom PMS lain.

10. Sakit kepala atau migrain.

Seramai 20% wanita mengalami migrain semasa haid. Jika anda sering sakit kepala atau migrain semasa haid, kemungkinan besar anda akan rasa sakit kepala sewaktu ovulasi.

Cara Kira Waktu Subur

Ok, anda dah tahu tanda subur. Walau bagaimana pun, tanda-tanda tersebut tidak dapat membantu dalam menentukan bilakah tarikh subur anda secara tepat. Untuk mengetahui tarikh tersebut, anda perlu mengetahui cara kira waktu subur. Nak tahu cara mudah kira waktu subur? Yang tu saya reserve untuk pelanggan saya sahaja. Kalau nak tahu, kenalah beli set subur Shaklee dari saya.

Semoga info kenali tanda subur dan cara kira waktu subur yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Peluang anda untuk mengandung akan lebih meningkat jika anda mengambil set subur Shaklee yang telah membantu ramai pasangan  berjaya mengandung. Berminat nak tahu tips kesuburan yang lain? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Ibu mengandung yang sedang menanti hari pasti sentiasa rasa berdebar-debar & tertanya-tanya bila si kecil akan keluar. Jika ini anak pertama anda, pastinya anda & suami ingin tahu apakah tanda nak bersalin. Jom saya kongsikan 9 tanda bersalin yang ibu mengandung wajib tahu, untuk panduan anda suami isteri.

tanda nak bersalin1 300x300 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

9 Tanda Bersalin Yang Ibu Mengandung Wajib Tahu

Sepanjang tempoh kehamilan, semestinya anda telah mengamalkan amalan pemakanan yang terbaik untuk ibu mengandung & menjalani pemeriksaan prenatal di hospital setiap bulan. Setelah  berbulan-bulan menanti dengan penuh sabar, kini tiba masanya untuk anda berjumpa dengan permata hati. Anda boleh amalkan petua mudah bersalin yang saya kongsikan di sini. Berikut adalah beberapa tanda nak bersalin untuk panduan anda:

1. Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Apabila anda menekan perut dibahagian atas (bawah dada), anda akan terasa kosong kerana bayi sudah berada di bawah.  Anda juga akan terasa:

  • Sakit di bahagian kelangkang kerana kepala bayi menekan bahagian tersebut.
  • Kerap membuang air kecil kerana bayi menekan pundi kencing.
  • Sakit perut & memulas.
  • Kerap buang air besar.
  • Kerap terkentut.

2. Berat badan turun

Berat badan anda akan turun sebelum melahirkan.

3. Nesting instinct atau naluri mengemas rumah

Secara tiba-tiba anda akan rasa rajin nak mengemas rumah. Habis satu rumah dikemas & disapu. Malah ada yang terlalu rajin sampai mengecat semula dinding rumah. Ini adalah antara tanda utama anda akan berjumpa sicomel dalam masa yang terdekat.

4. Mucus Plug keluar

Semakin dekat waktu bersalin, pintu rahim kita akan menjadi semakin nipis. Akhirnya ia menjadi terlalu nipis sehingga  lendir pekat seperti gam (mucus plug) yang menutup pintu rahim tercabut. Ia akan keluar dalam bentuk cecair putih & kadang-kadang sedikit berdarah. Tak semua ibu mengandung perasan mucus plug sudah keluar. Kadang-kadang ia keluar bersama air kencing.

tanda nak bersalin 300x238 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

5. Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir (Bloody show)

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital untuk pemeriksaan sekiranya anda mengalami bloody show.

6. Sakit Belakang

Sakit belakang sememangnya biasa bagi ibu mengandung. Semakin dekat waktu bersalin, sakit belakang akan menjadi semakin kuat kerana bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Anda boleh amalkan tips hilangkan sakit belakang yang saya kongsikan di sini.

7. Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau.  Kadang-kadang ada sedikit darah. Jika air ketuban anda pecah,  pergi ke hospital untuk pemeriksaan kerana selepas air ketuban pecah, jika dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

8. Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis

Apabila anda ke hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina bagi menentukan sama ada laluan telah terbuka atau tidak.  Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. Jika laluan masih belum dibuka, kebiasaanya anda akan dinasihatkan untuk balik ke rumah & berehat.

9. Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan

Kontraksi atau pengecutan otot rahim adalah tanda paling besar bahawa anda kana melahirkan. Semakin kuat & kerap kontraksi yang dialami, bermakna semakin dekat anda akan bersalin.

tanda nak bersalin2 234x300 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Untuk kekal bertenaga sepanjang proses melahirkan, anda boleh ambil Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee yang membekalkan tenaga supaya anda tidak lesu. ESP juga boleh terus diambil selepas anda melahirkan, agar anda bertenaga semula & membantu membanyakkan susu. Set berpantang Shaklee adalah set terbaik untuk ibu yang baru bersalin, dan ia adalah tanpa jamu yang selamat untuk bayi.

Semoga 9 tanda bersalin yang ibu mengandung wajib tahu itu tadi bermanfaat untuk anda & suami. Saya doakan semoga anda selamat bersalin & Insya Allah semua urusan akan dipermudahkan. Enjoy your pregnancy & selepas itu enjoy your motherhood journey. Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee atau set berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang & belakang adalah perkara yang sinonim dengan ibu mengandung. Ianya akan dilalui seawal minggu-minggu pertama kehamilan & boleh berterusan sehingga anda melahirkan. Jom saya kongsikan tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang berkesan dan selamat untuk anda & bayi.

tips hilangkan sakit pingga 300x255 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Jika anda sedang mengalami sakit pinggang, jom amalkan tips-tips berikut:

1. Kasut ibu mengandung

Pakai kasut yang rata yang direka khas untuk ibu mengandung. Elakkan kasut yang bertumit tinggi. Ia dapat mengurangkan masalah regangan pada tulang.

2. Jangan duduk terlalu lama

Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama, terutamnya jika anda bekerja. Sejam sekali anda perlu bangun & berjalan supaya beredaran darah berjalan dengan betul di seluruh badan.

3. Posisi tidur

Tidur dalam posisi mengiring dengan bantal diantara dua kaki anda seperti posisi memeluk orang. Terdapat juga bantal khas untuk ibu hamil. Anda boleh gunakan bantal ni kalau ada bajet.

4. Alas perut dengan bantal

Anda juga boleh meletakkan bantal sebagai alas perut apabila perut semakin membesar.

tips hilangkan sakit pingga1 300x166 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

5. Tali pinggang

Gunakan tali pinggang khas untuk ibu hamil bagi membantu menyokong pinggang supaya mengurangkan sakit pinggang yang dialami.

6. Tuam

Jika rasa sakit yang melampau, boleh tuam dengan air panas atau pun ais. Tuam sehingga kesakitan berkurangan.

7. Jangan angkat berat

Jangan sesekali  angkat benda berat sepanjang tempoh kehamilan.

8. Berjalan kaki

Amalkan  berjalan kaki sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari. Ia bukan sahaja melegakan sakit pinggang malah membantu memberikan kesegaran kepada anda. Tak perlu jalan laju-laju, perlahan sahaja dah memadai. 

9. Jaga postur badan

Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membongkok atau tegak.

10. Kurma

Kurma adalah makanan yang sangat bagus untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan semasa menyusukan anak. Jom baca khasiat kurma untuk ibu mengandung yang saya kongsikan di sini. Dan jangan lupa untuk mengamalkan amalan pemakanan untuk ibu mengandung.

11. Kalsium

Selain mengamalkan tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang saya senaraikan diatas, pengambilan kalsium juga sangat membantu bagi masalah sakit pinggang ketika hamil. Ia membantu memelihara saraf  yang mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Insya Allah, kalau kita ambil kalsium dengan secukupnya, gejala sakit pinggang dan badan akan berkurangan. Kalsium boleh diperoleh dari susu, kekacang, keju, buah-buahan, dan sebagainya. Kalau nak lagi mudah, ambil je Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium. Insya Allah dengan pengambilan yang betul, anda akan melihat perubahan positif seawal 5 hari.  Atau pun lagi bagus kalau anda ambil Set Ibu Mengandung Shaklee yang mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung.

tips hilangkan sakit pingga2 300x236 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Semoga tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee? Hubungi saya sekarang. Insya Allah akan mengurangkan masalah sakit pinggang yang anda hadapi. Tak perlu tersiksa lagi!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Beberapa hari yang lepas saya ada buat roti hotdog untuk minum petang suami & anak-anak. Tak sangka pulak sedap. Sekejap je licin. Takde lebih. Saya sempat makan 3 biji aje. Dan ramai pulak kawan-kawan facebook yang pm minta resepi. Haha…. segan pun ada sebab resepi hentam keromo ikut suka hati aje roti hotdog tu. Atas permintaan ramai, jom saya kongsikan resepi hotdog simple dijamin sedap yang saya buat hari tu. Rupa tak berapa nak cun tapi sedap. Haha…

resepi roti hotdog 300x208 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

First of all, sekali lagi saya nak ingatkan bahawa resepi tu saya cuba try test aje. Takde refer mana-mana, kebetulan menjadi. Kawan-kawan yang nak try boleh la ubah resepi ni ikut selera masing-masing. Bahan-bahan yang saya nyatakan kat bawah ni boleh hasilkan lebih-kurang 20 roti hotdog.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung (saya guna high protein flour. Kalau takde, tepung gandum pun boleh)

3 sudu besar minyak masak

Secubit garam

1 sudu besar yis

Setengah cawan air suam

20 batang hotdog (yeke batang? Haha)

Sebiji telur (ambil kuning sahaja. Putih telur simpan buat masker kasi muka licin & mulus )

Caranya:

Rebus hotdog. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius. Saya bakar. Kalau takde oven jangan risau, boleh goreng. Takde masalah. Memasak ni bukan susah. Kita mudahkan sampai kita boleh buat icon smile Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Campurkan yis & air suam. Kacau sebati & biarkan sehingga yis kembang. Bila gunakan yis, pastikan yis tu hidup ye. Bukan yis yang dah mati atau expired. Macam mana nak tau yis tu hidup ke tidak? Kalau dia hidup, selepas seketika kita rendam dia akan jadi berbuih & mengembang. Boleh tengok gambar di bawah.

resepi roti hotdog1 300x225 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Campurkan tepung & minyak masak. Gaul sehingga sebati. Saya guna tangan je. Bila dah sebati campurkan yis tadi sedikit demi sedikit. Uli sampai sebati. Tutup dengan kain lembab & biarkan dalam 20 minit. Lagi lama lagi bagus, tapi saya dah tak sabar nak makan. Ngam-ngam 20 minit terus saya ambil doh tu.

Selepas 20 minit, ambil doh & canaikan sehingga nipis dalam 3 mm. Jangan tebal sangat sebab nanti dia akan makin mengambang & jadi tebal. Kalau tebal sangat roti tu tak sedap juga. Lepas tu potong memanjang dengan kelebaran lebih kurang 2 inci. Boleh tengok gambar di bawah ye. Errrk…gambar ni saya potong random je dulu. Bila nak gulung baru saya pootng kecil lagi. Leceh sikit nak kena gelek banyak kali. So better potong 2 inci terus. Tak payah buat kerja banyak kali.

resepi roti hotdog2 300x225 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Lepas tu, gulungkan hotdog menggunakan doh yang dipotong kecil tadi. Lepas dah gulung cantik-cantik macam kat bawah ni, biarkan sekejap. Nanti dia akan naik lagi. Bila oven dah sedia, sapukan kuning telur untuk nampak lagi cantik. Suami saya terlebih rajin, dia ambik garfu & cucuk-cucuk doh bagi ada corak & tekstur. Masukkan ke dalam oven & bakar sehingga roti jadi coklat & masak. Kalau oven saya, ambil masa 20 minit. Gambar bawah ni saya baru siap gulung, belum dicucuk dengan garfu & disapukan telur.

resepi roti hotdog3 300x225 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Masukkan dalam oven, tunggu sampai masak. Taraaaaa….siap! Sorry sempat snap 1 gambar je. Bayangkan, sementara tunggu batch kedua masuk oven, batch pertama ni dah licin kena belasah dengan anak & suami. Memang sedap. Kembang semangkuk saya bila kena puji dengan anak & suami. Bangun pagi esok, Balqis dah order. Mintak saya buat lagi.

Kalau nak makan cicah dengan thousand island atau pun sos pun sedap. Cubalah! Bolehlah cuba resepi roti hotdog simple dijamin sedap ni untuk minum petang. Kalau dah cuba boleh la tinggalkan komen kat bawah. Bagitahu sedap ke tak ye! Kalau share gambar lagi bagus. Selamat mencuba!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

pixel Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.