-

Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Biasanya ibu-ibu akan mula memikirkan untuk bercerai susu apabila anak mencecah umur 2 tahun atau pun apabila ibu mengandung lagi. Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kerana anda telah berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun & setakat yang termampu. Anda sememangnya ibu yang HEBAT! Jom saya kongsikan petua bercerai susu badan yang berkesan untuk anda amalkan.

petua putus susu2 300x241 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Ada macam-macam cara untuk putus susu. Ada yang kedengaran agak kelakar, ada yang kedengaran agak kejam. Apa-apa pun kita perlu mencuba setiap petua berikut sehingga mendapat cara yang sesuai dengan anak. Kerana setiap anak adalah berbeza.

1. Selotape puting susu

Kedengaran agak kelakar kan? Tapi silalah cuba. Anak pasti terkejut bila buka takde puting. Tapi anak-anak yang agak bijak & panjang akal mungkin dengan selamba akan buka selotape tu dengan sendiri. Comel! Peringatan: Jangan gunakan selotape dengan gam yang kuat, nanti ngilu pulak bila nak cabut semula.

2. Sirap atau kordial merah

Warna merah tersebut boleh dianggap sebagai darah. Setiap kali anak nak menyusu bagitau yang puting kita sakit & berdarah. Buatlah memek muka orang sakit. Untung-untung anak akan termakan dengan helah kita, dan rasa kasihan atau jijik nak menyusu.

3. Nescafe atau kopi

Nescafe dan kopi kan rasa pahit? Jadi bila anak menyusu dia akan rasa tak sedap.

4. Belacan

Ya! Bau belacan adalah BUSUK. Anak kita pasti tak suka puting yang berbau busuk & rasa entah apa-apa. Tapi bersiap sedialah, nanti badan kita pun berbau belacan. Walau bagaimana pun, ramai ibu yang bagi feed back petua gunakan belacan ni berkesan.

5. Daun kobis

Tekapkan daun kobis ke payudara kita untuk mengeringkan susu. Bila susu kering, anak akan rasa kecewa tiap kali menyusu tak dapat apa-apa hasil. Lama-lama dia akan jadi boring dan taknak menyusu lagi.

petua putus susu3 300x222 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

6. Akar patawali

Caranya potong akar patawali and ambil getah dia & sapu kat puting. Ianya rasa sangat pahit. Getahnya tu tidak berbau & tidak mengotorkan baju dalam. Pokoknya jenis menjalar & menggerutu dan mudah dijumpai di kampung-kampung. Akar pokok ini juga biasanya direbus & diminum oleh orang yang ada kecing manis (diabetis).

7. Tunjuk Langit

Caranya kupas bijinya & ambil isinya yang berwarna putih. Hancurkan isinya itu & sapu di puting. Buah ni rasanya sangat pahit, insya Allah akan membantu dalam usaha kita untuk bercerai susu.

8. Doa putus susu

Selain itu, kita juga boleh amalkan dos putus susu berikut. Selain memudahkan proses putus susu, doa ini juga boleh diamalkan untuk menghilangkan tabiat buruk anak seperti bantal busuk, mengisap puting, dan lain-lain.

petua putus susu 300x186 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

9. Pujuk anak dengan lembut

Terangkan dengan lembut kenapa anak dah tak boleh menyusu.Bagitahu bahawa dia sudah besar. Atau pun jika anda mengandung, terangkan tentang adik yang ada dalam kandungan. Kebiasaanya anak menyusu untuk menenagkan diri jadi cipta aktiviti lain untuk menenangkan anak. Contohnya membaca bersama.

10. Lengahkan masa penyusuan

Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.

11. Gantikan susu dengan benda lain

Setiap kali anak minta untuk menyusu, anda boleh berikan Mealshake Shaklee berperisa vanilla yang harum dan enak. Rasanya seperti aiskrim vanilla, anak-anak pasti suka. Mealshake bukan sahaja mengenyangkan, malah ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar. Kalau sebelum ni anak kita sihat kerana mendapat khasiat dari susu ibu, sekarang anda tidak perlu risau. Insya Allah Mealshake akan membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan,  dan memastikan anak mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, tiap kali anak nak menyusu boleh gantikan dengan Mealshake Shaklee. Macam mana sukatan untuk bancuh Mealshake? Nak tahu? Hubungi saya.

petua putus susu1 300x284 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Semoga petua bercerai susu badan yang berkesan tadi bermanfaat untuk anda. Bolehlah dicuba setiap petua di atas satu persatu sehingga berjumpa dengan petua yang serasi dengan anak. Berminat untuk mendapatkan Mealshake dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

pixel Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.