-

Gemuk Punca Susah Mengandung

Gemuk punca susah mengandung? Memang saya tak nafikan ramai wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berjaya mengandung. Tapi berdasarkan pengalaman saya dalam memberikan consultation untuk set subur Shaklee, saya dapati bahawa kegemukan boleh menjejaskan peluang untuk mengandung.

gemuk sukar mengandung 300x252 Gemuk Punca Susah Mengandung

Kenapa gemuk punca susah mengandung?

1. Gangguan hormon
Apabila kita mempunyai berat badan berlebihan biasanya ia akan menjejaskan kestabilan hormon. Kestabilan hormon Estrogen & Progesterone contohnya adalah sangat penting supaya kita mudah mengandung. Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana gangguan hormon boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.

2. Kitaran haid terganggu
Apabila hormon dalam badan tidak stabil ia akan menyebabkan kitaran haid menjadi tak menentu & tunggang langgang. Wanita yang subur akan berovulasi (bertelur) setiap bulan. Telur yang disenyawakan akan menjadi janin sementara telur yang tidak disenyawakan akan luruh menjadi darah haid. Jadi, kalau haid anda tidak menentu, itu adalah petanda bahawa anda kurang subur. Nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang normal? Jom baca di sini.

3. Sukar menentukan waktu subur
Menentukan waktu subur adalah sangat penting jika anda merancang untuk mengandung. Kalau haid anda tidak teratur, adalah mustahil untuk menentukan tarikh kita paling subur & kemungkinan besar kita akan terlepas hari yang penting tersebut. Nak tahu cara tentukan waktu subur? Jom baca di sini.

gemuk sukar mengandung1 273x300 Gemuk Punca Susah Mengandung

4. Mengganggu proses persenyawaan
Apabila persenyawaan berlaku, benih yang telah disenyawakan perlu menempel di dinding rahim. Jika kita mempunyai masalah berat badan berlebihan dikhuatiri dinding rahim kita dipenuhi lemak & menyebabkan proses penempelan gagal berlaku. Jika proses tersebut tidak dapat berjalan dengan sempurna maka kita tidak akan berjaya mengandung.

5. Kegemukan punca kurang aktif
Apabila berat kita berlebihan, kita tidak dapat menjalani hidup secara aktif seperti orang lain yang mempunyai berat badan normal. Aktiviti seks juga akan terjejas. 

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Kalau betul gemuk punca susah mengandung, apa yang kita perlu buat? Nak kena kurus dulu ke? Nak betulkan kitaran haid? Atau boleh terus makan set subur? Kalau anda teringin sangat nak mengandung dan ada masalah kegemukan, dan nak sangat tahu apa jawapannya? Hubungi saya sekarang. Insya Allah saya akan membantu.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Gemuk Punca Susah Mengandung

pixel Gemuk Punca Susah Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.