-

Gemuk Punca Susah Mengandung

Gemuk punca susah mengandung? Memang saya tak nafikan ramai wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berjaya mengandung. Tapi berdasarkan pengalaman saya dalam memberikan consultation untuk set subur Shaklee, saya dapati bahawa kegemukan boleh menjejaskan peluang untuk mengandung.

gemuk sukar mengandung 300x252 Gemuk Punca Susah Mengandung

Kenapa gemuk punca susah mengandung?

1. Gangguan hormon
Apabila kita mempunyai berat badan berlebihan biasanya ia akan menjejaskan kestabilan hormon. Kestabilan hormon Estrogen & Progesterone contohnya adalah sangat penting supaya kita mudah mengandung. Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana gangguan hormon boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.

2. Kitaran haid terganggu
Apabila hormon dalam badan tidak stabil ia akan menyebabkan kitaran haid menjadi tak menentu & tunggang langgang. Wanita yang subur akan berovulasi (bertelur) setiap bulan. Telur yang disenyawakan akan menjadi janin sementara telur yang tidak disenyawakan akan luruh menjadi darah haid. Jadi, kalau haid anda tidak menentu, itu adalah petanda bahawa anda kurang subur. Nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang normal? Jom baca di sini.

3. Sukar menentukan waktu subur
Menentukan waktu subur adalah sangat penting jika anda merancang untuk mengandung. Kalau haid anda tidak teratur, adalah mustahil untuk menentukan tarikh kita paling subur & kemungkinan besar kita akan terlepas hari yang penting tersebut. Nak tahu cara tentukan waktu subur? Jom baca di sini.

gemuk sukar mengandung1 273x300 Gemuk Punca Susah Mengandung

4. Mengganggu proses persenyawaan
Apabila persenyawaan berlaku, benih yang telah disenyawakan perlu menempel di dinding rahim. Jika kita mempunyai masalah berat badan berlebihan dikhuatiri dinding rahim kita dipenuhi lemak & menyebabkan proses penempelan gagal berlaku. Jika proses tersebut tidak dapat berjalan dengan sempurna maka kita tidak akan berjaya mengandung.

5. Kegemukan punca kurang aktif
Apabila berat kita berlebihan, kita tidak dapat menjalani hidup secara aktif seperti orang lain yang mempunyai berat badan normal. Aktiviti seks juga akan terjejas. 

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Kalau betul gemuk punca susah mengandung, apa yang kita perlu buat? Nak kena kurus dulu ke? Nak betulkan kitaran haid? Atau boleh terus makan set subur? Kalau anda teringin sangat nak mengandung dan ada masalah kegemukan, dan nak sangat tahu apa jawapannya? Hubungi saya sekarang. Insya Allah saya akan membantu.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Gemuk Punca Susah Mengandung

10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

Bila kita nak kurus, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengamalkan diet seimbang dan bersenam secara konsisten. Pengambilan set kurus akan membantu mempercepatkan lagi proses kita untuk kurus. Kali ni saya nak kongsikan 10 tips turunkan berat badan yang komfom berkesan.

turunkan berat badan 300x234 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan 

1. Makan nasi

Jangan skip makan nasi. Kenapa? Kalau tak makan nasi, nanti kita lapar. Bila lapar kita akan makan macam-macam jajan yang kalorinya adalah jauh lebih tinggi daripada nasi. Oleh itu elakkan daripada lapar. Makan nasi 2 kali sehari dengan syarat ambil nasi sebesar satu penumbuk sahaja dalam setiap meal.

2. Makan sedikit tapi kerap

Kalau kita nak kurus, amalkan makan sedikit tapi kerap. Bukannya makan cuma 2 kali sehari, tapi sekali makan habis 3 pinggan nasi kita belasah. No! No! No! Ingat ye, makan sedikit tapi kerap supaya kita sentiasa kenyang & mengurangkan nafsu makan.

3. Serat

Pastikan kita mengambil serat atau fiber dalam setiap meal yang diambil. Serat boleh diperolehi dari roti, kekacang, dan nasi. Pengambilan serat adalah sanagta penting untuk mengawal nafsu makan.

4. Ketahui jumlah keperluan kalori

Setiap individu mempunyai jumlah keperluan kalori yang berbeza. Adalah penting untuk kita mengetahui berapa jumlah kalori yang diperlukan setiap hari & memastikan kita mengambil kalori yang secukupnya, bukannya secara berlebihan.

5. Air manis

Kurangkan pengambilan air manis sama ada kordial atau pun minuman bikarbonat.  Kenapa tak boleh minum air manis? Air manis mempunyai banyak kalori. Kurangkan pengambilan air manis dalam menu seharian, anda akan lihat perubahan bila naik atas mesin penimbang.

6. Air kosong

Amalkan minum air kosong secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 3 liter. Minum air kosong setiap kali makan, bagi menggantikan air manis. Lagi elok kalau minum air suam, lagi cepat membantu kita untuk kurus.

turunkan berat badan1 287x300 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

7. Makan antara hidangan (snacking)

Snacking adalah sangat penting dalam proses untuk kita menguruskan badan. Snacking akan mengelakkan kita berasa lapar. Adalah lebih baik kalau kita ambil makanan pembakar lemak sebagai snack.

8. Protein

Pastikan dalam setiap meal yang diambil mengandungi protein bagi memastikan kita berasa kenyang, sekali gus membantu mengawal nafsu makan.

9. Bersederhana

Tak perlu nak berdiet secara gila-gila. Cukup dengan besederhana. Amalkan pemakanan yang seimbang, bersenam, dan ambil set kurus yang selamat. Insya Allah anda akan mendapat berat badan yang diimpikan.

10. Set Kurus Shaklee

Pengambikan Set Kurus Shaklee secara konsisten dan dengan aturan makan yang betul pasti membantu anda turunkan berat badan dengan cepat.

ebook kurus sebelum raya 262x300 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

Semoga 10 tips turunkan berat badan yang komfom berkesan  tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee dengan aturan makan yang betul & ebook percuma? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Biasanya ibu-ibu akan mula memikirkan untuk bercerai susu apabila anak mencecah umur 2 tahun atau pun apabila ibu mengandung lagi. Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kerana anda telah berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun & setakat yang termampu. Anda sememangnya ibu yang HEBAT! Jom saya kongsikan petua bercerai susu badan yang berkesan untuk anda amalkan.

petua putus susu2 300x241 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Ada macam-macam cara untuk putus susu. Ada yang kedengaran agak kelakar, ada yang kedengaran agak kejam. Apa-apa pun kita perlu mencuba setiap petua berikut sehingga mendapat cara yang sesuai dengan anak. Kerana setiap anak adalah berbeza.

1. Selotape puting susu

Kedengaran agak kelakar kan? Tapi silalah cuba. Anak pasti terkejut bila buka takde puting. Tapi anak-anak yang agak bijak & panjang akal mungkin dengan selamba akan buka selotape tu dengan sendiri. Comel! Peringatan: Jangan gunakan selotape dengan gam yang kuat, nanti ngilu pulak bila nak cabut semula.

2. Sirap atau kordial merah

Warna merah tersebut boleh dianggap sebagai darah. Setiap kali anak nak menyusu bagitau yang puting kita sakit & berdarah. Buatlah memek muka orang sakit. Untung-untung anak akan termakan dengan helah kita, dan rasa kasihan atau jijik nak menyusu.

3. Nescafe atau kopi

Nescafe dan kopi kan rasa pahit? Jadi bila anak menyusu dia akan rasa tak sedap.

4. Belacan

Ya! Bau belacan adalah BUSUK. Anak kita pasti tak suka puting yang berbau busuk & rasa entah apa-apa. Tapi bersiap sedialah, nanti badan kita pun berbau belacan. Walau bagaimana pun, ramai ibu yang bagi feed back petua gunakan belacan ni berkesan.

5. Daun kobis

Tekapkan daun kobis ke payudara kita untuk mengeringkan susu. Bila susu kering, anak akan rasa kecewa tiap kali menyusu tak dapat apa-apa hasil. Lama-lama dia akan jadi boring dan taknak menyusu lagi.

petua putus susu3 300x222 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

6. Akar patawali

Caranya potong akar patawali and ambil getah dia & sapu kat puting. Ianya rasa sangat pahit. Getahnya tu tidak berbau & tidak mengotorkan baju dalam. Pokoknya jenis menjalar & menggerutu dan mudah dijumpai di kampung-kampung. Akar pokok ini juga biasanya direbus & diminum oleh orang yang ada kecing manis (diabetis).

7. Tunjuk Langit

Caranya kupas bijinya & ambil isinya yang berwarna putih. Hancurkan isinya itu & sapu di puting. Buah ni rasanya sangat pahit, insya Allah akan membantu dalam usaha kita untuk bercerai susu.

8. Doa putus susu

Selain itu, kita juga boleh amalkan dos putus susu berikut. Selain memudahkan proses putus susu, doa ini juga boleh diamalkan untuk menghilangkan tabiat buruk anak seperti bantal busuk, mengisap puting, dan lain-lain.

petua putus susu 300x186 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

9. Pujuk anak dengan lembut

Terangkan dengan lembut kenapa anak dah tak boleh menyusu.Bagitahu bahawa dia sudah besar. Atau pun jika anda mengandung, terangkan tentang adik yang ada dalam kandungan. Kebiasaanya anak menyusu untuk menenagkan diri jadi cipta aktiviti lain untuk menenangkan anak. Contohnya membaca bersama.

10. Lengahkan masa penyusuan

Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.

11. Gantikan susu dengan benda lain

Setiap kali anak minta untuk menyusu, anda boleh berikan Mealshake Shaklee berperisa vanilla yang harum dan enak. Rasanya seperti aiskrim vanilla, anak-anak pasti suka. Mealshake bukan sahaja mengenyangkan, malah ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar. Kalau sebelum ni anak kita sihat kerana mendapat khasiat dari susu ibu, sekarang anda tidak perlu risau. Insya Allah Mealshake akan membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan,  dan memastikan anak mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, tiap kali anak nak menyusu boleh gantikan dengan Mealshake Shaklee. Macam mana sukatan untuk bancuh Mealshake? Nak tahu? Hubungi saya.

petua putus susu1 300x284 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Semoga petua bercerai susu badan yang berkesan tadi bermanfaat untuk anda. Bolehlah dicuba setiap petua di atas satu persatu sehingga berjumpa dengan petua yang serasi dengan anak. Berminat untuk mendapatkan Mealshake dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

pixel Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.