-

Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Risau susu tak cukup dan anak menangis kelaparan? Atau pun anda sedang mengandung dan dalam proses mencari ilmu tentang penyusuan? Tahniah…. anda adalah ibu yang sangat prihatin kerana mementingkan penyusuan susu ibu. Anda sedang mencari petua banyakkan susu badan? Jom saya kongsikan petua untuk anda amalkan.

petua banyakkan susu badan1 300x169 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Petua Banyakkan Susu Badan

1. Roam in dengan bayi sejurus selepas melahirkan

Selepas melahirkan, anda boleh terus susukan bayi. Ianya bukan sahaja baik untuk emosi ibu dan anak, malah ia sangat membantu dalam menjayakan perjalanan penyusuan anda.

2. Susukan bayi mengikut permintaan (on demand)

Susukan bayi setiap kali diminta. Jangan sesekali membuat jadual waktu untuk menyusukan anak. Elakkan memberikan susu formula atau air kosong kepada bayi. Jika anak terus menangis walau pun sudah disusukan, jangan gusar. Bukannya bermakna anak anda masih lapar. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini.

3. Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Air mencukupi adalah sangat penting bagi penghasilan susu badan yang banyak. Jika anda kurang minum air, susu anda akan merudum. Kalau anda sedang berpuasa usah risau, jom amalkan tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan di sini.

petua banyakkan susu badan2 300x214 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

4. Pam susu anda

Anda wajib mula mengepam seawal tempoh berpantang. Jangan tunggu seminggu sebelum mula berkerja baru nak mengepam. Mengepam bukan sahaja bertujuan untuk mengumpul stok susu perahan atau ebm, tapi juga bagi menggalakkan penghasilan susu. Pam sekurang-kurangnya 4 jam sekali, insya Allah susu anda akan melimpah-ruah. Teruskan mengepam apabila anda mula bekerja semula.

5. Power pumping

Amalan power pumping adalah sangat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Tak tahu apa itu power pumping? Jom baca penerangan saya di sini.

5. Jangan stress

Stress adalah musuh utama penyusuan susu ibu. Bila kita stress secara automatik susu kita akan merudum. Oleh itu elakkan stress.

petua banyakkan susu badan3 300x256 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

6. Elakkan penat berlebihan

Seperti stress, penat yang berlebihan juga boleh menyebabkan susu anda berkurangan. Pastikan badan sentiasa berada dalam keadaan segar dan tidak terlalu penat.

7. Makanan seimbang.

Adalah sangat penting bagi ibu yang menyusukan untuk mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh penyusuan. Anda boleh membaca tentang panduan pemakanan bagi ibu menyusukan yang saya kongsikan di sini. Tak mampu nak ambil makanan seimbang setiap hari? Usah gusar. Sebagai alternatif anda boleh mengambil set penyusuan Shaklee yang membekalkan anda semua nutrien yang diperlukan oleh ibu menyusukan.

8. Doa

Petua banyakkan susu badan yang terakhir ialah doa. Doa adalah kunci kejayaan sebuah penyusuan. Tak kira apa pun agama anda, jangan lupa untuk berdoa agar perjalanan penyusuan kita berjalan dengan lancar. Berdoa setiap hari agar anak kita dimurahkan rezeki & mendapat susu yang melimpah-ruah.

petua banyakkan susu badan 300x204 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Semoga petua banyakkan susu yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda. Jika terdapat sebarang soalan atau kemusykilan tentang penyusuan susu ibu, anda boleh hubungi saya. Insya Allah kita berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

pixel Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.