-

Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Bengkak susu atau mastitis biasanya terjadi pada hari-hari pertama melahirkan, selepas keguguran, atau pun bila-bila masa sahaja dalam tempoh anda menyusukan anak. Payudara anda akan menjadi bengkak & keras seperi batu, sakit berdenyut-denyut, malah boleh menyebabkan demam. Kali ini saya kongsikan cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah.

cara hilangkan bengkak susu 300x148 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Kenapa bengkak susu terjadi?

Bengkak susu berpunca dari penghasilan susu yang melebihi jumlah yang diminum oleh bayi. Dalam bahasa yang mudah, bengkak susu berlaku kerana supply melebihi demand. Susu banyak tapi anak kurang minum, atau dalam kes keguguran tiada sesiapa yang minum. Susu yang terlalu banyak terkumpul akhirnya menyebabkan kita mengalami bengkak susu yang menyiksakan.

Cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah 

Berikut adalah beberapa cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah yang boleh anda amalkan di rumah:

1. Tuam payudara dengan air panas atau ais

Apabila kita mengalami bengkak susu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah tuam payudara sehingga menjadi kurang keras kerana agak sukar untuk menyusukan atau mengepam semasa payudara berada dalam keadaan keras. Kita boleh tuam menggunakan gel pad yang dipanaskan menggunakan microwave atau pun dibekukan didalam freezer. Jika tiada gel pad, boleh tuam menggunakan air panas didalam botol atau pun ais yang dibalut dengan tuala. Semasa menuam, susu akan menitis keluar. Sediakan bekas bersih untuk menadah susu yang menitis, sayang kalau dibazirkan. Semakin lama kita tuam, bengkak susu akan berkurangan.

2. Kosongkan payudara

Selepas tuam, kosongkan payudara dengan cara menyusukan bayi atau pun mengepam. Adalah sangat penting untuk kita mengosongkan payudara agar bengkak susu yang dialami hilang. Anda juga boleh mengosongkan payudara sambil menuam jika selesa dan mampu.

3.  Pakai nursing bra yang sesuai

Sepanjang tempoh menyusukan, pastikan memakai nursing bra setiap masa agar payudara sentiasa ditampung. Pakai bra yang sesuai dan selesa, tidak terlalu ketat. Adalah penting untuk memakai nursing bra yang betul sepanjang tempoh menyusukan agar payudara sentiasa cantik dan tidak kendur.

4. Plain yogurt

Sapukan plain yogurt ke payudara yang  bengkak. Insya Allah berkesan. Ini adalah petua yang saya amalkan setiap kali mengalami bengkak susu.

5. Daun kobis

Kata orang-orang lama, bila kita lekapkan daun kobis ke payudara, susu akan berkurangan. Apabila susu berkurangan, bermakna bengkak susu pun akan surut. Saya belum pernah cuba dan tak pasti sejauh mana ia berkesan.

cara hilangkan bengkak susu1 300x148 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

6. Kosongkan payudara dengan kerap.

Ya, memang penat tapi ini adalah cara terbaik untuk menghilangkan bengkak susu. Kosongkan payudara dengan kerap. Bagi yang mengalami bengkak susu selepas keguguran, jangan dibuang susu yang diperolehi. Boleh diberikan kepada bayi yang memerlukan dan menjadi ibu susuan, atau pun boleh juga digunakan untuk mandi susu icon smile Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

7. Lecithin Shaklee

Lecithin sememangnya terbukti berkesan untuk menghilangkan bengkak susu. Sudah ramai ibu yang lega dari kesakitan selepas mengambil Lecithin dengan cara makan & dos yang betul. Harganya pun berpatutan cuma Rm52.50 sebotol. Selain kurangkan bengkak susu, sambil-sambil tu boleh bantu pecahkan lemak yang dikumpul sepanjang tempoh mengandung. Untung kan?

cara hilangkan bengkak susu2 300x178 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Semoga cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Enjoy your breastfeeding journey! Berminat untuk mendapatkan Lecithin dengan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

pixel Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.