-

Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Risau susu tak cukup dan anak menangis kelaparan? Atau pun anda sedang mengandung dan dalam proses mencari ilmu tentang penyusuan? Tahniah…. anda adalah ibu yang sangat prihatin kerana mementingkan penyusuan susu ibu. Anda sedang mencari petua banyakkan susu badan? Jom saya kongsikan petua untuk anda amalkan.

petua banyakkan susu badan1 300x169 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Petua Banyakkan Susu Badan

1. Roam in dengan bayi sejurus selepas melahirkan

Selepas melahirkan, anda boleh terus susukan bayi. Ianya bukan sahaja baik untuk emosi ibu dan anak, malah ia sangat membantu dalam menjayakan perjalanan penyusuan anda.

2. Susukan bayi mengikut permintaan (on demand)

Susukan bayi setiap kali diminta. Jangan sesekali membuat jadual waktu untuk menyusukan anak. Elakkan memberikan susu formula atau air kosong kepada bayi. Jika anak terus menangis walau pun sudah disusukan, jangan gusar. Bukannya bermakna anak anda masih lapar. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini.

3. Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Air mencukupi adalah sangat penting bagi penghasilan susu badan yang banyak. Jika anda kurang minum air, susu anda akan merudum. Kalau anda sedang berpuasa usah risau, jom amalkan tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan di sini.

petua banyakkan susu badan2 300x214 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

4. Pam susu anda

Anda wajib mula mengepam seawal tempoh berpantang. Jangan tunggu seminggu sebelum mula berkerja baru nak mengepam. Mengepam bukan sahaja bertujuan untuk mengumpul stok susu perahan atau ebm, tapi juga bagi menggalakkan penghasilan susu. Pam sekurang-kurangnya 4 jam sekali, insya Allah susu anda akan melimpah-ruah. Teruskan mengepam apabila anda mula bekerja semula.

5. Power pumping

Amalan power pumping adalah sangat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Tak tahu apa itu power pumping? Jom baca penerangan saya di sini.

5. Jangan stress

Stress adalah musuh utama penyusuan susu ibu. Bila kita stress secara automatik susu kita akan merudum. Oleh itu elakkan stress.

petua banyakkan susu badan3 300x256 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

6. Elakkan penat berlebihan

Seperti stress, penat yang berlebihan juga boleh menyebabkan susu anda berkurangan. Pastikan badan sentiasa berada dalam keadaan segar dan tidak terlalu penat.

7. Makanan seimbang.

Adalah sangat penting bagi ibu yang menyusukan untuk mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh penyusuan. Anda boleh membaca tentang panduan pemakanan bagi ibu menyusukan yang saya kongsikan di sini. Tak mampu nak ambil makanan seimbang setiap hari? Usah gusar. Sebagai alternatif anda boleh mengambil set penyusuan Shaklee yang membekalkan anda semua nutrien yang diperlukan oleh ibu menyusukan.

8. Doa

Petua banyakkan susu badan yang terakhir ialah doa. Doa adalah kunci kejayaan sebuah penyusuan. Tak kira apa pun agama anda, jangan lupa untuk berdoa agar perjalanan penyusuan kita berjalan dengan lancar. Berdoa setiap hari agar anak kita dimurahkan rezeki & mendapat susu yang melimpah-ruah.

petua banyakkan susu badan 300x204 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Semoga petua banyakkan susu yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda. Jika terdapat sebarang soalan atau kemusykilan tentang penyusuan susu ibu, anda boleh hubungi saya. Insya Allah kita berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung

Sepanjang tempoh kehamilan, tekanan darah anda akan sentiasa dipantau agar berada dalam paras yang normal. Tekanan darah akan berubah semasa mengandung kerana berlakunya perubahan hormon secara mendadak dalam tubuh ibu mengandung. Jika anda mempunyai masalah tekanan darah rendah ketika hamil jangan gusar, jom amalkan tips atasi tekanan darah rendah semasa mengandung berikut.

tips atasi tekanan darah re1 300x147 Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung

Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung

Jika anda mengalami masalah tekana  darah rendah semasa mengandung, jom amalkan tips-tips berikut. Jika tak nampak apa-apa perubahan, usah risau. Bagi sesetengah orang agak lambat untuk nampak perubahan. Terus amalkan tips berikut sehingga tekanan darah anda kembali normal.

1. Air kosong

Pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari. Kebanyakan ibu mengandung tidak mengambil berat tentang pengambilan air kosong sepanjang tempoh kehamilan. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong setiap hari, insya Allah tekanan darah anda akan semakin baik.

2. Bayam merah

Bayam merah telah lama dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah semasa mengandung. Bayam merah boleh digoreng atau dibuat sup air. Rasanya pun sedap.

3. Ikan bilis

Ini juga adalah salah satu petua orang lama untuk ibu mengandung yang mengalami masalah tekanan darah rendah. Ikan bilis juga kaya dengan kalsium, iaitu salah satu daripada nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung.

4. Jambu batu

Jambu batu bukan sahaja sedap, malah dapat membantu menstabilkan tekana darah ibu mengandung. Boleh dijadikan jus atau pun dimakan begitu sahaja. Sedap dan menyegarkan.

5. Kacang hijau

Kacang hijau juga dikatakan mampu mengatasi masalah  tekanan darah rendah supaya berada diparas normal. Bubur kacang hijau sememangnya sedap & mudah untuk disediakan.

tips atasi tekanan darah re2 300x147 Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung

6. Coklat

Coklat gelap (dark chocolate) dikatakan mempunyai kapasiti untuk mengatasi masalah tekanan darah rendah. Cubalah!

7. Set Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung Shaklee

Set ini terdiri daripada Vitalea & B Complex. Pengambilan 2 vitamin tersebut telah terbukti membantu ramai ibu mengandung yang mengalami masalah tekanan darah rendah. Vitalea berfungsi untuk memberikan tenaga segera kepada ibu yang lemah disebabkan oleh tekanan darah rendah dan juga berperanan sebagai pelengkap nutrisi agar ibu mendapat  semua vitamin yang diperlukan sepanjang mengandung. Manakala B Complex yang digelar sebagai vitamin gembira  berfungsi untuk mengurangkan tekanan dan menaikkan mood ibu mengandung. B Complex juga mengandungi Asid Folik yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Jika anda mempunyai bajet, adalah lebih baik jika anda mengambil set ibu mengandung Shaklee yang mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan sepanjang kehamilan.

tips atasi tekanan darah re 300x118 Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung

tips atasi tekanan darah re3 300x172 Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung

Terima kasih kepada Sabrinah Jaulin untuk testimoni diatas.  Semoga tips atasi tekanan darah rendah ketika hamil yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dengan harga istimewa dan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang! Atau pun anda boleh menghubungi Sabrinah Jaulin yang berpengalaman mengatasi masalah tekanan darah rendah semasa mengandung.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung

Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Bengkak susu atau mastitis biasanya terjadi pada hari-hari pertama melahirkan, selepas keguguran, atau pun bila-bila masa sahaja dalam tempoh anda menyusukan anak. Payudara anda akan menjadi bengkak & keras seperi batu, sakit berdenyut-denyut, malah boleh menyebabkan demam. Kali ini saya kongsikan cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah.

cara hilangkan bengkak susu 300x148 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Kenapa bengkak susu terjadi?

Bengkak susu berpunca dari penghasilan susu yang melebihi jumlah yang diminum oleh bayi. Dalam bahasa yang mudah, bengkak susu berlaku kerana supply melebihi demand. Susu banyak tapi anak kurang minum, atau dalam kes keguguran tiada sesiapa yang minum. Susu yang terlalu banyak terkumpul akhirnya menyebabkan kita mengalami bengkak susu yang menyiksakan.

Cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah 

Berikut adalah beberapa cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah yang boleh anda amalkan di rumah:

1. Tuam payudara dengan air panas atau ais

Apabila kita mengalami bengkak susu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah tuam payudara sehingga menjadi kurang keras kerana agak sukar untuk menyusukan atau mengepam semasa payudara berada dalam keadaan keras. Kita boleh tuam menggunakan gel pad yang dipanaskan menggunakan microwave atau pun dibekukan didalam freezer. Jika tiada gel pad, boleh tuam menggunakan air panas didalam botol atau pun ais yang dibalut dengan tuala. Semasa menuam, susu akan menitis keluar. Sediakan bekas bersih untuk menadah susu yang menitis, sayang kalau dibazirkan. Semakin lama kita tuam, bengkak susu akan berkurangan.

2. Kosongkan payudara

Selepas tuam, kosongkan payudara dengan cara menyusukan bayi atau pun mengepam. Adalah sangat penting untuk kita mengosongkan payudara agar bengkak susu yang dialami hilang. Anda juga boleh mengosongkan payudara sambil menuam jika selesa dan mampu.

3.  Pakai nursing bra yang sesuai

Sepanjang tempoh menyusukan, pastikan memakai nursing bra setiap masa agar payudara sentiasa ditampung. Pakai bra yang sesuai dan selesa, tidak terlalu ketat. Adalah penting untuk memakai nursing bra yang betul sepanjang tempoh menyusukan agar payudara sentiasa cantik dan tidak kendur.

4. Plain yogurt

Sapukan plain yogurt ke payudara yang  bengkak. Insya Allah berkesan. Ini adalah petua yang saya amalkan setiap kali mengalami bengkak susu.

5. Daun kobis

Kata orang-orang lama, bila kita lekapkan daun kobis ke payudara, susu akan berkurangan. Apabila susu berkurangan, bermakna bengkak susu pun akan surut. Saya belum pernah cuba dan tak pasti sejauh mana ia berkesan.

cara hilangkan bengkak susu1 300x148 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

6. Kosongkan payudara dengan kerap.

Ya, memang penat tapi ini adalah cara terbaik untuk menghilangkan bengkak susu. Kosongkan payudara dengan kerap. Bagi yang mengalami bengkak susu selepas keguguran, jangan dibuang susu yang diperolehi. Boleh diberikan kepada bayi yang memerlukan dan menjadi ibu susuan, atau pun boleh juga digunakan untuk mandi susu icon smile Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

7. Lecithin Shaklee

Lecithin sememangnya terbukti berkesan untuk menghilangkan bengkak susu. Sudah ramai ibu yang lega dari kesakitan selepas mengambil Lecithin dengan cara makan & dos yang betul. Harganya pun berpatutan cuma Rm52.50 sebotol. Selain kurangkan bengkak susu, sambil-sambil tu boleh bantu pecahkan lemak yang dikumpul sepanjang tempoh mengandung. Untung kan?

cara hilangkan bengkak susu2 300x178 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Semoga cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Enjoy your breastfeeding journey! Berminat untuk mendapatkan Lecithin dengan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Mudah

Cara Makan Set Kurus Shaklee

Bila kita berniat untuk kurus, biasanya kita akan lakukan 2 perkara berikut: berdiet & beli set kurus. Bersungguh-sungguh kita cari info berdiet & survey produk kurus mana yang terbaik dipasaran. Set kurus Shaklee semestinya pilihan nombor satu sebab dijamin berkesan. Langkah seterusnya ialah mengetahui cara makan set kurus Shaklee.

cara makan set kurus shakle1 300x187 Cara Makan Set Kurus Shaklee

Selalunya bila doktor bagi kita ubat, aturan makan akan diberikan supaya kita ambil dengan cara makan yang terbaik agar mendapat kesan optimum dari ubat yang  dimakan. Begitu juga dengan vitamin Shaklee. Kalau nak kesan yang terbaik, WAJIB amalkan cara makan set kurus Shaklee yang betul.

Sebelum saya ceritakan cara makan set kurus Shaklee, apa kata kita berkenalan dengan set kurus yang menjadi kegilaan ramai ini. Set kurus Shaklee terdiri daripada 3 elemen iaitu bakar, buang dan bina. 

Bakar bermaksud kita bakar lemak yang ada didalam badan. Untuk membakar lemak, anda boleh ambil Lecithin atau pun Omegaguard.

Buang bermaksud buang lemak yang dah dibakar tadi. Kita keluarkan lemak tersebut dari badan dengan cara nyahtoksin atau pun detoks. Alfalfa dan Herblax berfungsi untuk membuang lemak dari badan.

Bina bermaksud kita bina otot agar bila kita kurus, takde kulit menggeleber di badan kita. Membina otot juga sangat penting dalam proses untuk kurus kerana kebiasannya, proses pertama untuk kurus ialah dengan membina otot untuk mendapat inch loss. ESP dan Cinch Shake berfungsi untuk membina otot & memberikan tenaga.

cara makan set kurus shakle2 300x245 Cara Makan Set Kurus Shaklee

Vitamin yang mana perlu diambil untuk kurus? 

Terpulang kepada bajet dan berapa cepat anda mahu kurus?

1. Kalau bajet anda sedikit & anda tidak tergesa-gesa untuk kurus, boleh ambil Set Kurus Bajet yang terdiri daripada Lecithin & Alfalfa. Tetapi saya ingatkan anda, jika anda cuma mengambil 2 vitamin ini, anda perlu bersabar untuk mendapatkan kesan yang diingini. Yang penting anda konsisten dan bersabar. Insya Allah, selepas 6 bulan anda akan melihat kesannya.

cara makan set kurus shakle3 300x179 Cara Makan Set Kurus Shaklee

2. Kalau anda ada sedikit bajet & tak sabar untuk kurus, boleh ambil Set Kurus Basic yang terdiri daripada ESP, Alfalfa & Lecithin.  Berapa lama boleh dapat lihat kesan? Terpulang kepada disiplin anda dalam menjaga makan dan bersenam. Kalau anda disiplin, selepas sebulan dah nampak kesan.

cara makan set kurus shakle4 300x223 Cara Makan Set Kurus Shaklee

3. Kalau anda sanggup melabur untuk kurus & nak sangat kurus dalam masa yang terdekat, saya cadangkan anda ambil set kurus premium atau juga dikenali sebagai Set Inch Loss yang terdiri daripada  ESP, Alfalfa, Lecithin, Omegaguard dan Cinch Shake. Berapa lama boleh nampak kesan? Insya Allah kalau anda disiplin, kesan boleh dilihat seawal 2 minggu!

kurus sebelum raya 300x238 Cara Makan Set Kurus Shaklee

Saya cadangkan anda ambil Herblax bersama set-set yang saya nyatakan di atas.

Apa yang anda akan dapat dengan pembelian set kurus Shaklee dari saya?

Dengan pembelian set kurus Shaklee dari saya, anda akan mendapat percuma:

1. Consultation

2. Aturan makan yang betul

3. Ebook Rahsia Kurus Sebelum Raya ( Terhad kepada yang membeli Set Kurus Basic & Set Inch Loss sahaja )

ebook kurus sebelum raya 262x300 Cara Makan Set Kurus Shaklee

4. Ebook Cara Makan Vitamin Shaklee ( Terhad kepada yang membeli Set Kurus Basic & Set Inch Loss sahaja )

ebook 300x279 Cara Makan Set Kurus Shaklee

5. Ebook Inch Loss In 2 Weeks With Shaklee ( Terhad kepada mereka yang membeli Set Inch Loss sahaja )

6. Keahlian secret group di Facebook.

Apakah cara makan set kurus Shaklee yang terbaik supaya cepat kurus?

Saya kongsikan secara basic, aturan makan set  kurus Shaklee untuk panduan anda. Cara makan yang lebih spesifik adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja.

cara makan set kurus shakle 300x202 Cara Makan Set Kurus Shaklee

Semoga info yang saya kongsikan kali ini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan cara makan set kurus Shaklee yang details dan konsultasi terbaik dari saya? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Makan Set Kurus Shaklee

pixel Cara Makan Set Kurus Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.