-

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Tahukah anda bahawa jika anda seorang ibu mengandung dengan darah jenis O, ia meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis atau demam kuning selepas dilahirkan? Ya ini adalah fakta. Walau bagaimana pun, bayi yang dilahirkan oleh ibu dari jenis darah lain pun mempunyai risiko untuk diserang jaundis. Jom saya kongsikan petua hilangkan kuning yang dijamin berkesan.

hilangkan jaundis atau dema 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Amalkan petua-petua berikut, insya Allah bacaan bilirubin bayi anda akan kembali sihat.

1. Kenal pasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Selepas bayi dilahirkan, dalam tempoh 3 hari pertama,  pastikan anda sentiasa memeriksa bayi anda untuk memastikan bebas jaundis. Anda boleh melalukan pemeriksaan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis. mata & kulit akan berubah menjadi kuning. Jika anda was-was, segera pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Jauhi warna kuning

Apabila membeli peralatan bayi, elakkan membeli baju, sarung tangan & kaki, selimut, sarung batnal, dan cadar yang berwarna kuning. Ibu juga perlu mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna kuning pada 3 hari pertama bayi dilahirkan. Ini adalah salah satu petua yang saya kutip dari seorang bidan yang mempunyai pengalaman menjaga ibu berpantang selama berpuluh-puluh tahun.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula. Anda boleh mmebaca tentang 1001 kebaikan susu ibu berbanding susu formula di sini.

4. Susu kambing

Ini juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang saya dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi. Seeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akam sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah s.w juga minum susu kambing semasa baginda bayi.

hilangkan jaundis atau dema1 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

5. Mandikan bayi dengan air daun inai

Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis

6. Perahan anggur hitam

Petua hilangkan demam kuning yang terakhir ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ialanya membantu.

7. Set berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee bukan sahaja membantu ibu kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang, malah ia membantu luka bersalin supaya cepat sembuh & mengelakkan bayi daripada kembung & jaundis.

Semoga petua hilangkan demam kuning yang dijamin berkesan  tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

pixel Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.