-

Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

Alhamdulillah sekarang semua umat islam di Malaysia tengah bersemangat untuk boikot produk Israel rentetan bedilan bertubi-tubi yang dilakukan ke atas Palestin. Tahniah diucapkan. Kepada yang ingin mengetahui apakah senarai produk untuk diboikot & apa yang kita boleh buat selain boikot, anda boleh baca penerangan saya di sini. Kali ni saya nak menjawab soalan mereka yang bertanya kenapa kena boikot produk Israel dan adakah ianya berkesan?

gaza 300x300 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

 

Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

1. Buat apalah orang Malaysia sibuk nak boikot McD, Starbucks bagai. Kita je yang kecoh nak boikot. Satu dunia makan. Apa faedahnya?

Jawapan: Kalau takde rasa belas kasihan kepada saudara seislam kita yang disembelih di Gaza, takpe. Tak perlu boikot. Cuma pastikan kat SANA nanti bila Allah tanya apa yang kita buat untuk bantu Gaza, dah prepare jawapan yang munasabah ye. Contoh: nanti di hadapan Allah, anda silalah jawab, “Ya Allah, dahulu aku tak nak boikot mcD sebab ramai orang melayu kerja situ. kang kalau mcd tutup dorang nak kerja apa?” Berani?

Memang kita melayu kat Malaysia ni hanya minoriti, tak menyebabkan kudis pun kat Israel laknatullah. Itulah sebabnya kita semua umat Isalm perlu bersatu untuk boikot produk mereka secara konsisten. Kalau kita konsisten Insya Allah akan menyebabkan kejatuhan produk Israel. Sebagai contoh:

Boikot terhadap Coca Cola di timur tengah menyebabkan jualan menurun sebanyak 60%. Rasanya berkesan ke tak?

McDonalds telah mengumumkan menutup operasinya di timur tengah kerana kehilangan pendapatan sebagai kesan langsung dari  boikot (Oktober 2002), dan menggantikan Greenberg sebagai ketuanya dan Ketua Pegawai Eksekutif (2002 Disember). Sejak pelancaran kempen boikot, dua daripada enam McDonald’s Jordan harus ditutup kerana kurangnya jualan. Di Mesir, McDonald’s memutuskan untuk menukar namanya kepada Manfoods, dalam usaha untuk mengelakkan boikot.   Ia juga terpaksa mendapatkan kawalan polis Mesir untuk menjaga  pintu masuk ke restoran McDonald’s, setelah insiden melempar batu berlaku. Sebanyak 175 Restoran ditutup  pada kerugian sebanyak $ 350 juta.

Lagi satu, kalau boikot ni takde apa-apa kesan takkanlah kerajaan Malaysia keluarkan kenyataan halang rakyat Malaysia daripada melakukan boikot kerana boleh menjejaskan ekonomi katanya. Kalau kerajaan kita sendiri pun takut, mesti ada sebab kan?

 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

2. Tahu tak ramai budak melayu yang kerja McD, Starbucks & produk lain yang diboikot tu. Dorang cari rezeki yang halal. Tokey-tokey pun ramai melayu. Kalau bankrup anak bini dorang nak makan apa? Makan pasir?

Jawapan: Kat Malaysia ni cuma ada peluang kerja kat situ je ke? Adalah kalau McD tutup, kilang PnG tutup, semua pekerja dorang akan menjadi penganggur? Bumi Allah ni luas. Rezeki sentiasa ada asalkan kita berusaha.

Oh ya! kasino Genting tu pun antara pemegang sahamnya ramai melayu. So mesti ramai yang nak berjudi kat sana, nak menyokong bisnes orang melayu katakan.

Mungkin kita tak rasa apa-apa bila diberitahu setiap RM1.00 yang kita beli di McD menyumbang kepada 1 butir peluru untuk menyerang Palestin. Sebab Palestin tu bukan negara kita. Yang mati pun bukan kaum kerabat kita. Cuba bayangkan kalau RM1.00 beli kat McD menyumbang 1 peluru untuk menyerang Malaysia. Yang mati kena bedil tu anak-anak kita, suami isteri kita, mak ayah kita, mesti taubat taknak beli mcd sampai kiamat. Cuba bayangkan kalau gambar-gambar ni adalah ahli keluarga kita?

gaza1 300x200 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

israel 1 300x187 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

israel 2 300x225 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

israel 3 300x225 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

3.  Kenapa sibuk nak tolong Palestin? Kat Malaysia ni pun ramai orang susah. Sedara-mara sendiri pun ramai yang susah. Tolong yang kat Malaysia ni dulu. Baru tolong orang kat Palestin.

Jawapan: Kesusahan orang Palestin lain dengan kesusahan orang di Malaysia. Di Malaysia, kita punya cukup kekayaan dan kemudahan. Kalau diagihkan dengan adil dan saksama, saya yakin tidak ada orang yang akan hidup dalam kedhaifan atau miskin tegar. Ini soal korupsi dan tiada integriti! Di Palestin tu, apa yang mereka ada? Ekonomi mereka disekat dari pelbagai arah oleh rejim Zionis. Sumber bumi mereka juga sudah banyak yang dirampas oleh Israel. Nak bina kilang, kena bom. Nak buat bank, kena bom. Sudah tu, siapa lagi yang patut membantu mereka kalau bukan kita sauda seslam mereka? Pedulikanlah orang-orang Arab yang tidak endah akan nasib mereka. Kat akhirat nanti amal perbuatan kita sendiri yang akan dihitung, dan ia tidak akan bersandarkan pada amalan orang lain.

“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.”[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

4. Kecoh boikot McD, facebook pakai jugak? Tahu tak siapa yang cipta facebook? Orang yahudi tau tak? Kalau nak boikot sangat, jangan pakai facebook.

Jawapan: Tahukah anda bahawa yahudi & israel adalah 2 entiti yang berbeza? Tak semua yahudi jahat, tapi Israel memang confirm lahanat. Kenali perbezaan antara yahudi dan Israel dulu sebelum nak berkata-kata. Mengenai isu facebook, rasanya tak salah kalau kita gunakan facebook untuk menyebarkan kesedaran tentang keganasan Israel di Palestin. Harapkan maklumat dari tv di Malaysia? Cuba tengok dalam berita, berapa minit je slot untuk Palestin? Rakyat nak boikot pun dihalang. Jadi, fikir-fikirkanlah sendiri.

5. Oklah, nak boikot kan? Buanglah semua laptop HP, samsung HP, semua stok makanan brand Nestle yang ada kat rumah. Kata nak boikot

Jawapan: Islam tak pernah ajar kita untuk membazir. Kalau barang dah ada, tak perlulah dibuang. Cuma kalau ada yang berniat nak membeli, boleh batalkan niat. Conto: yang biasa beli Pampers untuk anak, tukarlah kenapa jenama lain. Yang biasa beli Milo, tukarlah kepada minuman coklat yang lain. Yang biasa guna Colgate belilah jenama lain. Mudah sahaja kan? Jangan jadikan ianya sesuatu yang complicated.

 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

6. Apa penting sangat bumi Palestin tu? Rakyat Palestin keluar ajelah. Bagi je kat Israel. Kan selamat hidup? Tak payah nak berperang.

Jawapan: Kalau Malaysia kena serang, nampaknya anda adaah orangpertama yang lari dari medan perang. Mungkin anda lari ke Thailand untuk selamatkan diri, kan?

Palestin dan Islam adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Palestin adalah bumi anbiya’ sejak zaman berzaman. Benar, kaum Yahudi adalah antara yang terawal menduduki tanah Palestin. Ramai Rasul dan Nabi yang diturunkan dalam kalangan mereka ini. Namun para anbiya’ semuanya adalah muslim. Mereka berserah diri sepenuhnya kepada Allah dan menyeru orang lain untuk memperhambakan diri kepadaNya. Bumi Palestin telah menjadi saksi betapa angkuh dan degilnya orang-orang Yahudi ini. Mereka bukan sahaja menolak risalah yang dibawa oleh para utusan Allah, malah mereka membunuh pula mereka! Oleh itu bumi Palestin yang suci itu tidak layak didiami oleh mereka yang ingkar kepada Allah. Orang Yahudi pernah suatu ketika taat dan patut kepada Allah dan hasilnya, mereka berjaya memakmurkan bukan sahaja tanah Palestin, malah seluruh dunia. Namun apabila mereka ingkar dan angkuh, satu-persatu Allah turunkan bala dan kehinaan ke atas mereka.

Kepentingan Palestin terutamanya kawasan Masjidil Aqsa kepada umat Islam tidak dapat dipertikaikan lagi. Ia adalah kiblat pertama umat Islam. Di situlah Rasulullah diangkat ke langit dalam peristiwa Isra’ Mi’raj dan di situ juga baginda mengimamkan solat jemaah bersama para ruh anbiya’, sekaligus mengiktiraf baginda sebagai penutup segala Nabi. Maka tidak hairanlah, barangsiapa yang bersolat di situ mendapat ganjaran lima ratus kali lebih banyak daripada bersolat di tempat lain. Oleh sebab itu, walau apa pun yang terjadi, umat Islam yang wajib mempertahankan kesucian bumi Palestin. Ia milik kita. Ia milik umat Islam!

‘Umar al-Khattab r.a. pernah membebaskannya. Salahuddin al-Ayyubi pernah menawannya kembali daripada tangan-tangan kuffar yang jijik. Kini tiba giliran kita pula untuk membebaskannya daripada cengkaman Yahudi laknatullah!

7. Israel serang Palestin sebab nak balas serangan Palestin. Kalau Palestin tak serang Israel, Israel takkan balas.

Jawapan: Pastikan fakta anda sahih dan benar sebelum membuat kenyataan-kenyatan dan tuduhan sebegitu rupa. Orang yang bijak adalah orang yang berfikir dahulu sebelum bercakap.Orang Palestin adalah mangsa. Menuduh mangsa sebagai pemangsa adalah suatu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab. Cukuplah sejarah menjadi saksi, betapa rejim Zionis laknatullah telah berkali-kali mengkhianati gencatan senjata antara mereka dan Hamas.

Pada 4 November 2008 misalnya, Israel menyerang Gaza dan telah membunuh beberapa aktivis Hamas. Apa tindakan Hamas sebagai reaksi kepada kekejaman Israel ini? TIDAK ada sebuah roket pon yang dilancarkan terhadap Israel! Apabila Hamas menawarkan untuk mengadakan gencatan senjata, apa pula reaksi Israel? Mereka menolaknya dan melancarkan pula Operasi Cast Lead yang telah meragut ratusan nyawa tidak berdosa di Palestin!

Anda benar-benar gila sekiranya anda mengatakan tindakan Israel adalah sebagai tindakan bela diri, manakala apa yang dilakukan Hamas adalah satu tindakan pengganas!

Semoga penerangan saya tadi membantu anda menjawab persoalan mengenai isu kenapa kena boikot produk Israel dan adakah ianya berkesan. Umat Islam di Malaysia & seluruh dunia perlu bersatu untuk menentang rejim Israel. Semoga  usaha kecil kita ini diberkati olehNya dan membantu saudara kita di Palestin.

 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

Sehari dua ini masyarakat dunia dikejutkan dengan berita sedih bedilan bertubi-tubi ke atas bumi Palestin oleh Israel Laknatullah sehingga mensyahidkan ramai penduduk islam yang tidak berdosa. Apa yang lebih menyayat hati ianya berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia. Jom kita hafal senarai produk Yahudi yang wajib diboikot umat Islam seluruh dunia sebagai usaha kita untuk melumpuhkan Israel.

boikot israel 300x216 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

Sebelum itu, jom saya senaraikan apa perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palsetin yang sedang diserang seperti mereka bukan manusia:

1. Kirimkan doa

Ya. Doa adalah senjata mukmin. Jom kita berdoa dengan sepenuh hati dan berterusan. Manfaatkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Jika umat Islam seluruh dunia bersatu berdoa untuk Palestin, insya Allah kemenangan pasti milik kita.

2. Boikot

Sebolehnya istiqamah untuk boikot produk Yahudi. Jangan boikot bermusim. Sebarkan post ini untuk bacaan kawan-kawan kita yang tidak tahu bahawa produk yang mereka ambil adalah hak milik Israel dan dengan membeli produk tersebut, secara tidak langsung kita menyumbang kepada kemusnahan Palestin.

3. Subangan dalam bentuk wang

Tak mampu nak bagi Rm1000.00? Tak mengapa. Setiap sen yang kita dermakan adalah sangat bermakna untuk mereka. Biar sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau ada 1,000,000 orang menyumbang RM1.00 kan dah dapat jumlah yang banyak?

4. Perang siber

Sentiasa update tentang keganasan di Gaza & sebarkan keganasan Israel laknatullah. Beri tekanan kepada Israel. Biar masyarakat dunia tahu kekejaman mereka.

5. Istiqamah

Boikot secara berterusan, bukan bermusim. Begitu juga doa kita. Doakan rakyat Palestin dalam setiap solat kita.

boikot yahudi 300x205 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

Baiklah, Berikut Adalah Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

boikot israel 300x225 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

boikot israel2 300x225 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

boikot israel3 300x159 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

boikot israel company 300x212 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

boikot israel 266x300 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

boikot israel4 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

 

Kenapa kita wajib boikot untuk melemahkan Israel?

Biar gambar yang berbicara.

israel 1 300x187 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

israel 2 300x225 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

israel 3 300x225 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

Macam mana nak menghulurkan sumbangan kewangan?

Berikut adalah antara saluran yang boleh anda manfaatkan:

1. Global Peace Mission Malaysia (GPM)

israel 4 212x300 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

2. Aman Palestin

palestin 5 168x300 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

3. Aqsa Syarif-Gaza

israel 6 300x111 Senarai Produk Yahudi Yang Wajib Diboikot Umat Islam Seluruh Dunia

Semoga sumbangan kita yang kecil ini membantu saudara kita di Palestin yang sedang digasak oleh Israel. Sebarkan kepada kawan-kawan kita. Mari kita bangkit untuk menentang Israel. Allahu Akbar!

10 Tips Kebahagiaan Wanita

Setiap wanita mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia. Bebas dari tekanan emosi. Fikiran yang lapang tanpa sebarang masalah. Hati yang sentiasa tenang. Bila emosi kita sihat, secara automatik badan kita juga akan sihat, dan kita akan berasa bahagia. Jom saya kongsikan 10 tips kebahagiaan wanita untuk kita amalkan.

tips kebahagiaan wanita 300x191 10 Tips Kebahagiaan Wanita

10 Tips Kebahagiaan Wanita

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan agar mendapat kebahagiaan dan ketenangan jiwa:

1. Luangkan masa bersama orang tersayang

Jangan terlalu fokus kepada kerjaya sehingga tiada masa untuk orang tersayang. Walau sesibuk mana pun kita dengan tugasan kerja, adakan sedikit masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Luangkan masa berkualiti bersama mereka. Anda akan rasa perbezaannya. Hujung minggu boleh digunakan untuk bersama suami dan anak-anak. Sebulan sekali luangkan masa untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa & sanak saudara.

2. Berpindah ke kawasan dekat dengan tempat kerja

Ramai wanita stress menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Pergi kerja jem. Balik kerja pun jem. Sampai rumah nak kena memasak, buat kerja rumah. Suami dan anak-anak berebut nak perhatian kita. Hidup seorang wanita memang sangat memenatkan. Anda boleh kurangkan stress dan kepenatan dengan berpindah ke rumah baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Kurang jem bermakna kurang stress. Kurang stress bermakna kita akan lebih bahagia.

3. Senyum

Senyuman bukan sahaja akan memberikan energy positif kepada diri sendiri. Malah aura tersebut akan berjangkit kepada orang di sekeliling kita. Penat dengan tugasan pejabat? Senyum. Marah dengan pemandu yang potong que kita di atas jalan raya? Tak usah dimaki. Senyum je. Marah dengan anak-anak yang tak habis-habis selerakkan rumah? Jangan tengking anak. Senyum dan kemas bersama-sama. Kita pasti akan rasa lebih bahagia.

4. Belajar menghargai

Kita akan rasa lebih bahagia apabila kita belajar menghargai insan-insan di sekeliling kita dan apa yang dilakukan untuk kita. Sebagai contoh, hargai suami yang setiap hari tolong mandikan anak semasa kita memasak di dapur. Jangan dicari kesalahan dan kelemahan suami. Sebaliknya lihat yang baik-baik sahaja. Dan hargai.

5. Masa bersendiri

Semua orang perlukan waktu untuk bersendirian atau me time. Curi masa untuk bersendiri dan lakukan aktiviti kegemaran seperti membaca buku, menonton drama Korea, memasak, dan sebagainya.

tips kebahagiaan wanita1 300x198 10 Tips Kebahagiaan Wanita

6. Bercuti

Semua orang perlukan rehat dari rutin harian yang memenatkan. Sekali-sekala reward diri dengan percutian yang merehatkan. Pilih percutian yang kita minati: bercuti ke Pulau Redang yang menenangkan atau bercuti ke Bandung untuk bershopping. Nikmati percutian tersebut, lupakan sebentar kesibukan kerja dan masalah yang dihadapi.

7. Aktiviti luar

Setiap hari kita terkurung dalam pejabat mengadap komputer. Oleh itu kita perlukan aktiviti luar atau outdoor activity untuk kembali bertenaga & segar. Selepas kerja luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan di taman. Lagi bahagia kalau pergi bersama-sama suami dan anak-anak.

8. Tidur secukupnya

Tips kebahagiaan yang seterusnya ialah dapatkan tidur yang secukupnya. Tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting dalam kehidupan.

tips kebahagiaan wanita2 300x212 10 Tips Kebahagiaan Wanita

9. Bersenam

Bersenam juga boleh memberikan mood yang baik sekali gus membuatkan kita bahagia. Sepanjang minggu kita makan tak ingat dunia dan rasa bersalah kan? Nah… lepas bersenam pasti kita akan berasa lebih baik. Walau pun hakikatnya kita cuma berjalan-jalan di taman.

10. Sucikan hati

Lupakan kemarahan, dendam dan segala perasaan negatif yang ada dalam hati kerana ia akan menghantui kita lalu menyebabkan kita rasa tidak bahagia. Memaafkan adalah kunci kebahagiaan. Kita maafkan dia bukan kerana dia layak untuk dimaafkan, tapi sebab kita nak bahagia. tak berbaloi untuk tak bahagia sebab dia. Betul tak?

Semoga 10 tips kebahagiaan wanita yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk kita semua. Jom kita amalkan!

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Tips Kebahagiaan Wanita

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Adakah anda antara mereka yang membeli set subur Shaklee. Dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung? Teruja tengok testimoni ramai orang lain berjaya mengandung. Tapi diri sendiri belum lagi ada apa-apa? Jom kita tinjau kenapa perkara ini berlaku.

testimoni set subur shaklee 300x200 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung?

Kalau anda dah makan set subur Shaklee tapi masih belum mengandung, cuba jawab beberapa soalan di bawah ini dengan jujur. Insya Allah kita akan tahu punca kenapa anda masih gagal mendapat berita gembira.

1. Adakah anda mengambil vitamin yang betul?

Kalau diperhatikan, ada bermacam-macam versi set subur Shaklee yang dijual oleh pengedar Shaklee. Ada vitamin yang berbeza-beza. Tak sama. Oleh itu pastikan anda membeli set subur Shaklee dari pengedar yang betul. Pengedar yang betul bermaksud pengedar yang berilmu & tahu fungsi setiap vitamin yang dijual. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza seperti kitaran haid tidak betul, senggugut, keputihan, cyst, berat badan, PCOS, Endometriosis, telur tak matang, pernah keguguran, dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin mengikut keperluan diri anda.

2. Adakah anda mengambil vitamin dengan aturan makan dan dos yang betul?

Aturan makan dan dos yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesan optimum dari vitamin yang anda makan. Ia juga penting bagi mengelakkan komplikasi. Sebagai contoh, dos harian Zinc Complex adalah 1 biji sehari. Saya pernah berjumpa dengan seorang sahabat yang membeli set subur dari pengedar lain, dan aturan makan yang diberikan adalah 4 biji Zinc Complex setiap hari. Memang dah overdose. Apakah kesan overdose? Akan membebankan buah pinggang & dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin dengan aturan makan & dos yang betul. Minta maaf ye. Aturan makan & konsultasi saya adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja.

ebook 300x279 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dapatkan Ebook ini sekarang! Ekslusif untuk pelanggan saya sahaja

3. Adakah anda makan vitamin secara konsisten?

Untuk mendapat kesan yang optimum, vitamin-vitamin dalam set subur perlu dimakan setiap hari. Jangan culas untuk makan. Pastikan anda makan megikut aturan makan yang diberi secara disiplin. Anda juga perlu tahu bahawa sel dalam badan kita memerlukan tempoh 90 hari untuk menyerap semua nutrien & pembaharuan sel. Oleh itu, 3 bulan pertama pengambilan vitamin adalah sangat penting. Pastikan anda makan vitamin secara konsisten. Dah makan set subur Shaklee lebih daripada 6 bulan tapi belum ada hasil? Jangan putus asa. Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mengandung. Apa yang penting ialah konsisten dan jangan putus asa.

4. Adakah anda tidak terlepas waktu subur?

Anda dah makan vitamin yang betul, dengan aturan makan & dos yang betul secara konsisten. Persoalan seterusnya ialah adakah anda tidak terlepas waktu subur? Anda tidak akan mengandung kalau terlepas waktu subur kerana pada waktu inilah ovum dibebaskan untuk proses persenyawaan. Anda boleh membaca tentang cara menentukan waktu subur di sini.

5. Adakah anda mengamalkan tips kesuburan?

Adalah penting untuk anda mengetahui apakah perkara yang menyebabkan ketidaksuburan dan menjejaskan kesuburan. Di samping itu anda perlu mengamalkan doa & amalan supaya mudah mengandung, tips mudah mengandung cara Islam, tips meningkatkan kesuburan suami isteri,  Anda juga boleh mengamalkan petua hamil dengan 41 kuntum bunga cengkih yang saya kongsikan di sini. Istimewa untuk pelanggan saya, dengan setiap pembelian set subur Shaklee dari saya, anda akan mendapat Ebook Ekslusif Rahsia Mudah Mengandung secara percuma. Ebook ini bukan untuk dijual.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Jadi, anda dah jawab kelima-lima soalan yang saya senaraikan tadi? Bagaimana jawapan yang anda dapat? Kalau semuanya YA, tahniah! Anda teruskan makan set subur Shaklee dan jangan putus asa. Insya Allah akan ada rezeki anda dalam waktu terdekat. Kalau ada jawapan anda yang TIDAK, sekarang anda dah tahu kenapa anda dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung. Berminat untuk mendapatkan Set Subur Shaklee dengan harga istimewa + konsultasi terbaik + Ebook Rahsia Mudah Mengandung dengan percuma? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Homemade DIY Cat Jari Tanpa Toksik Untuk Anak-anak

Diantara aktiviti homeschool yang boleh dilakukan ialah aktiviti yang berasaskan cat. Aktiviti menggunakan cat sememangnya menyeronokkan sebab ada elemen comot, kotor & berselerak yang menyebabkan anak jadi teruja. Salah satu aktiviti menarik menggunakan cat ialah aktiviti cat jari Jom saya kongsikan resepi mudah homemade DIY cat jari tanpa toxic untuk kegunaan anak-anak.

homemade diy cat tanpa toxi1 300x188 Homemade DIY Cat Jari Tanpa Toksik Untuk Anak anak

Homemade DIY Cat Jari Tanpa Toksik Untuk Anak-anak

Cat jari ni maksudnya kita gunakan cat untuk mewarnakan tangan anak-anak, instead of mewarnakan kertas. Memang seronok sangat aktiviti ni. Kalau buat birthday party, ini adalah salah satu aktiviti menarik yang boleh dibuat untuk menghiburkan tetamu-tetamu kecil kita. Lagi bagus kalau kita buat sendiri cat tu, kerana yang dibeli dari kedai dikhuatiri mengandungi toksik yang boleh membahayakan kesihatan.

Sebenarnya saya buat aktiviti ni bersama anak-anak petang semalam. Tapi agak malang, semua gambar yang diambil dah dipadamkan secara tak sengaja oleh sicomel Nurul Aina. Huwaaa…Takpe next time kalau saya buat aktiviti ni lagi, saya akan upload kat post ni.

Ok, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat homemade DIY cat jari tanpa toxic untuk anak-anak:

3 sudu besar gula

1/2 sudu besar garam

1/2 cawan tepung jagung

2 cawan air

Cara-caranya adalah sangat mudah. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk. Panaskan sehingga semua bahan sebati & menjadi melekit, seperti tekstur cat. Masukkan ke dalam 4 bekas berasingan, bahagikan sama banyak. Masukkan ke dalam 4 bekas berasingan. Bahagikan sama banyak. Pilihan warna terpulang kepada warna kegemaran anak masing-masing. Paling mudah, gunakan warna primer.

homemade diy cat tanpa toxi2 300x251 Homemade DIY Cat Jari Tanpa Toksik Untuk Anak anak

Nah. Mudah ajekan? Kalau kita gunakan cat yang dibuat sendiri, ia bukan sahaja selamat malah jauh lebih murah daripada cat yang dibeli di kedai. Anak-anak pun pasti seronok sebab macam main masak-masak pulak. Cubalah buat homemade DIY cat jari tanpa toksik untuk anak-anak ni. Selamat mencuba!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Homemade DIY Cat Jari Tanpa Toksik Untuk Anak anak

20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

Endometriosis bukan sahaja menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung, malah ia juga menyebabkan kesakitan yang amat sangat terutamanya setiap kali datang bulan. Ramai wanita tidak menyedari mereka pengidap Endometriosis. Jom saya kongsikan 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita, sebagai panduan untuk kita bersama.

simptom endometriosis 300x210 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

Anda boleh membaca tentang apa itu Endometriosis, bagaimana ia berlaku, punca & rawatan di sini. Berikut adalah 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita:

1.Senggugut
Senggugut adalah simptom Endometriosis yang paling utama.  Anda akan berasa sangat sakit pada hari pertama & kedua dan kebiasaannya ubat tahan sakit tidak membantu. Sesetengah wanita Endometriosis mengeluarkan darah yang banyak semasa haid, namun ada yang mengeluarkan terlalu seikit darah. Anda boleh amalkan petua mengatasi senggugut yang saya kongsikan di sini.

2. Masalah pencernaan
Adakah anda selalu cirit-birit atau sembelit tanpa sebab setiap kali menjelang haid? Jika jawapannya Ya, ia mungkin salah satu tanda bahawa anda pengidap Endometriosis. Ini kerana beberapa hari sebelum haid hormon dalam badan anda akan meningkat & sistem pencernaan adalah sangat berkait rapat dengan hormon dalam badan.

3. Sakit belakang dibahagian bawah
Sakit belakang dibahagian bawah bukanlah 100% disebabkan oleh Endometriosis tetapi hampir kesemua pengidap Endometriosis mengalami masalah tersebut. Mengapa wanita Endometriosis mengalami sakit belakang dibahagian bawah? Tisu Endometriosis boleh terbentuk di bahagian pelvis yang berdekatan dengan saraf yang menyebabkan ada sakit belakang.

4. Gangguan emosi yang melampau
Ya, majoriti wanita mengalami PMS tetapi wanita Endometriosis mengalami PMS 10 kali ganda lebih teruk daripada wanita normal. Ia boleh menjadi sangat ekstrem ia menyebabkan gangguan kepada hubungan kita dengan kawan-kawan, suami , rakan sekerja, dan ahli keluarga. Anda akan merasakan semuanya dengan keadaan yang melampau: kemarahan yang melampau, kemurungan melampau, kebahagiaan yang melampau. Ia adalah perasaan yang tidak dapat dikawal dan ianya tidak terhad kepada minggu pertama datang haid sahaja. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa alasan yang logik.

simptom endometriosis1 300x207 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

5. Sakit belakang dan ketegangan di bahu
Kawasan atas belakang anda mungkin terasa tegang dan lenguh apabila haid semakin hampir. Terdapat beberapa teori tentang mengapa ia terjadi tetapi ramai doktor percaya ia mempunyai kaitan dengan kekurangan mineral dalam badan.

6. Selalu rasa sejuk
Adakah kaki atau tubuh badan anda kerap berasa sejuk? Jika jawapannya YA, kemungkinan besar anda adalah pesakit Endometrisis. Ini adalah berdasarkan kepada Teori Tradisional Cina bahawa wanita yang mempunyai endometriosis telah “memerangkap sejuk atau lembap” di dalam badan mereka. Perubatan tradisional cina percaya bahawa kalau anda berjaya mengeluarkan kesejukan dari badan, penyakit Endometriosis anda akan sembuh.

7. Loya-loya
Anda berasa loya semasa haid atau beberapa hari sebelumya? Anda rasa sangat loya dan terpaksa muntah untuk menghilangkan rasa loya tersebut? Ia adalah salah satu daripada 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita. Rasa loya tersebut lazimnya menjadi semakin terus apabila Endometriosis anda semakin buruk.

8. Ketagih gula atau sugar craving
Anda gilakan makanan manis? Setiap hari mengidam nak makan makanan manis? Majoriti wanita Endometriosis mengalami masalah sugar craving. Ia adalah salah satu signal dari badan yang berusaha untuk meningkatkan Indeks glisemik dalam badan & mendapatkan keselesaan emosi. Anda boleh membaca tentang tips mengatasi sugar craving di sini.

9. Sakit buah dada
Wanita Endometriosis lazimnya mengalami sakit buah dada bebrapa hari sebelum datang haid. Ianya adalah satu kesakitan yang amat sangat sehingga anda hanya mahu berbaring diatas katil sepanjang hari. Tanpa melakukan apa-apa.

10. Sakit kepala & migrain
Sakit kepala dan migrain adalah satu petanda bahawa badan tidak gembira dengan anda. Anda tidak MENDENGAR apa yang diperlukan oleh badan anda seperti rehat yang mencukupi, tidak cukup tidur, atau pengambilan kafein yang berlebihan. Jika anda sering sakit kepala atau migrain, ia adalah signal bahawa ada sesuatu dalam rutin harian yang anda perlu ubah. Ia juga berkait rapat dengan ketidkastabilan hormon yang lazimnya dialami oleh pesakit Endometriosis.

simptom endometriosis2 300x211 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

11. Rasa letih semas bangun pagi
Dah tidur semalaman tapi masih lesu apabila bangun keesokan harinya? Ia adalah salah satu simptom Endometriosis. Ini berlaku kerana apabila anda bangun tidur, badan masih bekerja keras memproses toksin berlebihan dalam hati.

12. Mudah mendapat radang
Endometriosis adalah penyakit yang menyebabkan anda mudah mendapat radang dibahagian badan seperti radang pundi kencing, radang gusi, dan mana-mana bahagian badan yang mudah diserang radang.

13. Masalah kulit
Kulit anda sensitif & tidak cantik seperti orang lain? Ia mungkin adalah salah satu simptom Endometriosis. Salah satu fungsi kulit ialah untuk melepaskan toksin dari badan & Endometriosis adalah berkait rapat dengan toksin dalam badan. Apabila kulit anda tidak sihat ia menunjukkan ketidakseimbangan dan petanda badan anda banyak toksin.

14. Mata sembab atau masalah penglihatan
Mata menjadi sembab dan penglihatan terganggu disebabkan toksin yang banyak didalam hati. Oleh itu jika mata anda sentiasa sembab walaupun sudah mencapat tidur yang cukup, anda perlu berjaga-jaga.

simptom endometriosis3 300x231 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

15. Alahan
Wanita Endometriosis biasanya mengalami alahan seperti hidung gatal, sakit mata atau berair dan tekak gatal.

16. Sakit semasa hubungan seks
Salah satu daripada 20 simptom Endometrisos yang sering diambil ringan oleh wanita ialah sakit ketika melakukan hubungan seks. Ada wanita yang mengalami sakit ringan namun ada yang mengalami kesakitan yang teramat sangat. Malah ada yang tidak sakit semasa seks, tetapi berasa sakit selepas hubungan seks selesai.

17. Jangkitan pundi kencing
Sperti yang saya nyatakan diatas, pesakit Endometriosis biasa mengalami keradangan. Radang pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan pundi kencing. Jika anda mengalami 3 kali jangkitan pundi kencing dalam masa 6 bulan, ia adalah simptom anda mengalami Endometriosis.

18. Perut buncit
Wanita Endometriosis selalunya mempunyai masalah perut buncit. Ianya mungkin berlaku menjelang waktu haid atau pun boleh kekal setiap masa.

19. Sering sakit dibahagian bawah perut
Tidak semua wanita Endometriosis mengalaminya tetapi ia adalah salah satu simptom yang perlu anda ketahui. Sekali-sekala anda akan berasa sakit disatu bahagian perut. Anda akan berasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian ia akan hilang. Rasa sakit tersebut akan datang pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab.

20. Ekzema dan masalah kulit
Wanita Endometriosis juga sering mengalami ekzema dan masalah kulit disebabkan oleh sistem imun yang lemah.

Demikianlah 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita. Jika anda mempunyai hampir kesemua simptom diatas, jangan berlengah lagi. Segere berjumpa dengan pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan. Anda boleh mengamalkan makanan terbaik untuk merawat Endometriosis yang saya kongsikan di sini & juga boleh berikhtiar dengan Set Endometriosis Shaklee yang membantu mengurangkan gejala Endometriosis dan meningkatkan kesuburan anda. Oh ya, jangan lupa amalkan tips merawat Endometriosis yang saya ceritakan di sini. Nak cuba berikhtiar dengan Set Endometriosis Shaklee? Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

Anda Perlukan Shaklee Sponsor Untuk Menjadi Ahli Shaklee

Anda penggunaa setia Shaklee? Sudah tiba masanya anda mendaftar sebagai ahli kerana yuran pendaftaran Shaklee adalah RM65 seumur hidup & banyak keuntungan yang akan anda dapat jika menjadi ahli. Walau bagaimana pun harus diingatkan bahawa anda perlukan Shaklee sponsor untuk menjadi ahli Shaklee.

sponsor shaklee untuk jadi  300x212 Anda Perlukan Shaklee Sponsor Untuk Menjadi Ahli Shaklee

Anda Perlukan Shaklee Sponsor Untuk Menjadi Ahli Shaklee

Apakah yang dimaksudkan sebagai sponsor Shaklee? Semasa anda mengisi borang pendaftaran, salah satu info yang anda perlu berikan ialah sponsor ID iaitu orang yang memperkenalkan anda kepada ahli. Sponsor Shaklee akan menjadi upline atau pun mentor yang akan memberikan anda segala tunjuk ajar kepada anda. Adalah sangat penting untuk memilih sponsor atau upline yang betul supaya anda akan mendapat guideline yeng betul & mengelakkan perkara-perkara tersebut:

1. Kes touch & go

Terdapat sesetengah sponsor Shaklee yang mengajak orang untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee bersama mereka tapi selepas pendaftaran, ahli baru ditinggalkan terkongtang-kanting sendirian tanpa sebarang guideline seperti vitamin yang sesuai untuk anda, aturan makan yang betul, consultation, support groups, dan cara order Shaklee secara online. Adalah terlebih rugi jika ahli baru tersebut berniat untuk memulakan Shaklee business kerasa salah satu daripada TANGGUNG JAWAB sponsor Shaklee ialah untuk memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memulakan perniagaan Shaklee & berjaya menjana pendapatan dengan Shaklee.

ebook 5 angka 251x300 Anda Perlukan Shaklee Sponsor Untuk Menjadi Ahli Shaklee

Ebook istimewa untuk mereka yang berdaftar sebagai ahli Shaklee bersama saya

2. Dahagakan konsultasi

Apabila anda membeli vitamin Shaklee, sudah pasti anda memerlukan konsultasi & aturan makan yang betul. Jika sponsor Shaklee atau upline terus meninggalkan anda, ia akan menyebabkan anda dahagakan konsultasi yang diperlukan. Akibatnya anda terpaksa menghubungi pengedar Shaklee lain yang kelihatan berkredibiliti supaya membantu anda. Jika anda bernasib baik, akan ada pengedar yang bermurah hati untuk melayan anda. Jika tidak, anda akan terus terkapai-kapai. Oleh itu adalah sangat penting untuk memilih sponsor Shaklee yang betul untuk mendapat konsultasi seumur hidup.

Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee?

Banyak sangat kelebihan yang anda akan dapat selepas menjadi ahli. Anda boleh menonton video menarik ini untuk mengetahui dengan lebih jelas:

Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee?

Terdapat 2 cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee iaitu:

1. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Shaklee untuk mendaftar sendiri. Nak tahu di manakah cawangan Shaklee? Anda boleh baca di sini. Apabila anda sampai ke cawangan tersebut, anda cuma perlu membeli borang pendaftaran Shaklee dari kaunter & mengisi semua info yang diperlukan. Diruangan Sponsor ID, anda isi:

Sponsor ID: 919301

Sponsor Name: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Selepas mendaftar, anda hubungi saya ditalian 012-9025232 untuk saya masukkan ke support groups & konsultasi.

sponsor shaklee untuk jadi 1 300x150 Anda Perlukan Shaklee Sponsor Untuk Menjadi Ahli Shaklee

2. Saya boleh tolong daftarkan anda secara online. Anda cuma perlu sms atau whatsapp saya ditalian 012-9025232. Saya akan terangkan langkah seterusnya.

Mudah sahaja kan? Oleh itu, ingatlah bahawa anda perlukan Shaklee sponsor untuk menjadi ahli Shaklee. Dan pastikan anda memilih sponsor yang tepat agar tak menyesal dikemudian hari. Berminat untuk menjadi ahli? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Anda Perlukan Shaklee Sponsor Untuk Menjadi Ahli Shaklee

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Tahukah anda bahawa jika anda seorang ibu mengandung dengan darah jenis O, ia meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis atau demam kuning selepas dilahirkan? Ya ini adalah fakta. Walau bagaimana pun, bayi yang dilahirkan oleh ibu dari jenis darah lain pun mempunyai risiko untuk diserang jaundis. Jom saya kongsikan petua hilangkan kuning yang dijamin berkesan.

hilangkan jaundis atau dema 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Amalkan petua-petua berikut, insya Allah bacaan bilirubin bayi anda akan kembali sihat.

1. Kenal pasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Selepas bayi dilahirkan, dalam tempoh 3 hari pertama,  pastikan anda sentiasa memeriksa bayi anda untuk memastikan bebas jaundis. Anda boleh melalukan pemeriksaan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis. mata & kulit akan berubah menjadi kuning. Jika anda was-was, segera pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Jauhi warna kuning

Apabila membeli peralatan bayi, elakkan membeli baju, sarung tangan & kaki, selimut, sarung batnal, dan cadar yang berwarna kuning. Ibu juga perlu mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna kuning pada 3 hari pertama bayi dilahirkan. Ini adalah salah satu petua yang saya kutip dari seorang bidan yang mempunyai pengalaman menjaga ibu berpantang selama berpuluh-puluh tahun.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula. Anda boleh mmebaca tentang 1001 kebaikan susu ibu berbanding susu formula di sini.

4. Susu kambing

Ini juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang saya dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi. Seeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akam sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah s.w juga minum susu kambing semasa baginda bayi.

hilangkan jaundis atau dema1 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

5. Mandikan bayi dengan air daun inai

Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis

6. Perahan anggur hitam

Petua hilangkan demam kuning yang terakhir ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ialanya membantu.

7. Set berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee bukan sahaja membantu ibu kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang, malah ia membantu luka bersalin supaya cepat sembuh & mengelakkan bayi daripada kembung & jaundis.

Semoga petua hilangkan demam kuning yang dijamin berkesan  tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Dah lama berusaha untuk mengandung tapi masih belum berjaya? Rasa bersalah sebab suami nak sangat ada anak? Rasa geram bila orang keliling asyik tanya bila nak ada anak? Takut suami cari pengganti sebab anda belum ada anak? Anda boleh amalkan tips mudah mengandung cara islam yang akan saya kongsikan di sini:

Tips mengandung cara islam 300x182 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Jangan runsing lagi. Teruskan berusaha. Dapatkan rawatan moden & tradisional. Anda juga boleh mengambil set subur Shaklee yang telah terbukti mmebantu ramai pasangan menimang cahayamata. Dan anda juga boleh mengamalkan tips-tips berikut:

1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat diatas segala dosa yang dilakukan.

Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita & berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan & membesarkan anak.

2. Berpuasa sunat

Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahayamata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak. Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin & Khamis.

3. Jaga kelakuan & tutur kata

Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata & tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan.

4. Banyakkan berdoa & membaca Al-Quran

Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian. Anda boleh mengamalkan surah-surah, doa & amalan berikut, seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Norbahyah Mahmood.

Tips mengandung cara islam1 300x236 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

5.  Cari ilmu tentang kesuburan & kehamilan

Disamping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, penentuan jantina bayi, & kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung,  Adalah penting juga untuk kita mengetahui  masalah ketidaksuburan dikalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan. Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Ebook ini sangat bermanfaat. Hubungi saya untuk mendapatkannya

6. Amalkan tips kesuburan

Anda juga boleh mengamalkan tips mudah mengandung seperti rahsia meningkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari.  Tips suami perkasa dan isteri hebat supaya bunting pelamin ini juga mungkin boleh membantu usaha anda untuk mengandung selain petua mengandung menggunakan 41 kuntum bunga cengkih.

Semoga tips mudah mengandung yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk kita semua. Teruskan berusaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah, mohon rahmat dan kasih sayang dariNya. Kalau nak cuba berikhtiar dengan Set Subur Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

Isteri yang mengandung biasanya akan menjadi semakin manja, kadang kala mengalami mood swing akibat perubahan hormon. Ada juga isteri yang mengalami alahan  yang teruk. Apabila waktu bersalin semakin dekat, isteri akan menjadi semakin tak selesa apabila perut semakin membesar. Badan sakit-sakit. Jadi, apakah peranan suami semasa isteri mengandung? Jom saya kongsikan 10 tips jadi suami hebat semasa isteri mengandung.

tips suami super 300x169 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

Nak jadi suami hebat dimata isteri bukan susah pun sebenarnya. Anda cuma perlukan sedikit usaha iaitu:

1. Cari maklumat tentang kehamilan

Bila isteri dah disahkan mengandung, luangkan masa untuk cari maklumat tentang kehamilan. At least tahu perkara basic seperti berapa minggu tempoh kehamilan, tanda-tanda bersalin. Kalau isteri mula mengalami morning sickness, boleh cari tips untuk mengatasi morning sickness. Suami juga boleh membaca tahap perkembangan janin didalam rahim isteri, sebagai contoh minggu ke berapa tangan & kaki terbentuk. Lepas tu ceritakan kepada isteri. Pasti isteri anda akan rasa sangat bahagia & anda akan kelihatan sebagai suami super dimata isteri.

2. Temankan isteri setiap kali pergi ke pre-natal check up

Yang ni memang selalu dipandang ringan oleh golongan suami. Tak ramai yang sanggup tinggalkan kerja untuk menemani isteri untuk pre-natal check up di klinik. Tahukah anda, isteri akan menjadi sangat gembira jika anda sudi menemaninya setiap kali berjumpa doktor. Sambil tunggu giliran, anda berdua boleh luangkan masa bersama. Kan bahagia macam tu?

3. Tumpukan 100% perhatian  kepada isteri semasa di rumah

Tips ke tiga daripada 10 tips menjadi suami hebat semasa isteri mengandung ialah tinggalkan kerja pejabat di tempat yang sepatutnya: PEJABAT. Apabila anda di rumah, tumpukan 100% perhatian kepada isteri yang mengandung. Bantu isteri menyediakan makanan, buat kerja rumah, mandikan isteri, urut badan isteri yang kesakitan akibat membawa anak anda didalam rahim 24 jam sehari.

tips suami super1 300x169 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

4. Penuhi kehendak isteri yang munasabah

Isteri yang sedang mengandung ada kalanya mengidam nak makan apa-apa makanan. Ada juga yang nak pergi ke sesuatu tempat. Penuhi kehendak isteri selagi ianya munasabah & tidak memudaratkan.

5. Banyakkan bersabar

Tips kelima adalah sangat penting. Ya, betul! Bukan mudah nak menjaga isteri yang mengandung. Penat. Sebab tu anda kena bersabar. Sentiasa ingat, isteri dah banyak berkorban. Bukan mudah untuk mengandung. Dan isteri anda mengandungkan anak anda, hasil kasih sayang anda berdua. Jadi, banyakkan bersabar ye!

6. Jaga pemakanan isteri

Isteri yang mengandung memerlukan makanan berkhasiat & nutrisi yang secukupnya untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Anda boleh membaca tentang amalan pemakanan untuk ibu mengandung di sini. Anda juga boleh belikan set ibu mengandung Shaklee  yang membekalkan semua nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. Apabila tarikh bersalin semakin dekat, anda boleh belikan set berpantang Shaklee sebagai hadiah untuk isteri.

tips suami super2 300x239 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

7. Tingkatkan amal ibadah

Semasa isteri mengandung, seeloknya anda meningkatkan amal ibadah. Lakukan segala yang wajib & lakukan amalan sunat seperti puasa sunat, solat sunat, banyakkan membaca Al-Quran, bersedekah, dan sebagainya. Banyakkan berdoa supaya tempoh kehamilan & bersalin berjalan dengan baik. Berdoa supaya isteri & bayi anda sentiasa sihat & selamat.

8. Jaga kelakuan & tutur kata

Tips seterusnya ialah jaga kelakuan & tutur kata sepanjang tempoh isteri bersalin, kerana jika anda berperangai buruk, dikhuatiri ianya akan diwarisi oleh anak didalam kandungan isteri.

9. Temankan isteri membeli-belah barangan bayi

Apabila kandungan mencecah 7 bulan, anda boleh menemani isteri membeli kelengkapan bayi. Isteri anda tentu akan berasa bahagia jika dapat memilih baju bayi bersama-sama. Semasa membeli-belah, tolong bawakan handbag isteri, dan pimpin tangannya. Bawa isteri duduk apabila dia kelihatan penat.

10. Tunjukkan kasih sayang yang tidak berlebah bahagi

Tips terakhir ialah tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada isteri. Biar isteri rasa bahawa dia adalah wanita paling penting dalam hidup anda. Biar isteri tahu bahawa anda sayangkan dia, dan anak dalam kandungannya. Bahagiakan isteri anda, dan anda akan menjadi suami super.

Semoga 10 tips suami hebat semasa isteri mengandung yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Amalkan tips-tips tadi. Insya Allah, rumah tangga akan menjadi aman bahagia. Saya doakan semoga isteri anda selamat bersalin & semoga rumah tangga anda kekal bahagia hingga ke syurga. Oh ya, berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

pixel 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.