-

Ibu Mengandung Boleh Berpuasa Tak

Ramadhan semakin hampir. Ibu yang sedang hamil pasti tertanya-tanya sama ada ibu mengandung boleh berpuasa tak? Tak membahayakan bayi ke? Tak ganggu tumbesaran bayi? Tak membahayakan ibu itu sendiri? Nak tahu jawapannya? Jom saya ceritakan kepada anda.

ibu mengandung boleh puasa  300x219 Ibu Mengandung Boleh Berpuasa Tak

Ibu Mengandung Boleh Berpuasa Tak?

Pakar perubatan mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu ini. Ada yang kata boleh, ada yang tidak menggalakkan ibu mengandung berpuasa. Oleh itu, untuk menjawab persoalan sama ada ibu mengandung boleh berpuasa tak? Kita perlu menjawab berdasarkan individu, iaitu ibu yang mengandung itu sendiri.

Persoalan utama yang perlu dijawab ialah adakah ibu tersebut mengalami komplikasi kehamilan seperti morning sickness, kencing manis semasa mengandung, atau pendarahan di awal kehamilan? Kalau  ada komplikasi kehamilan semestinya badan akan menjadi lemah. Oleh itu berpuasa mungkin akan memudaratkan anda & bayi dalam kandungan jadi tidak berpuasa adalah pilihan yang lebih selamat. Kalau ibu tersebut mampu untuk berpuasa & yakin puasa tidak akan menjejaskan diri sendiri & kandungan, ibu boleh memilih untuk berpuasa.

Jika memilih untuk berpuasa, apakah tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan?

Jika anda berpuasa, sila berbuka dan berjumpa dengan doktor sekiranya simptom-simptom berikut berlaku:

  • Sakit kepala atau demam
  • Mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak bertambah
  • Sakit perut seperti mahu melahirkan, iaitu tanda kelahiran pramatang
  • Pergerakan bayi berkurangan. Ia adalah antara tanda bayi anda kekurangan nutrisi
  • Rasa dahaga yang amat sangat, air kencing menjadi sangat pekat & berbau kuat
  • Berasa loya atau muntah-muntah
  • Kepenatan yang amat sangat

ibu mengandung boleh puasa 1 300x226 Ibu Mengandung Boleh Berpuasa Tak

Apa kata ulama’ berkenaan isu ibu mengandung boleh berpuasa tak?

Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa ibu mengandung tidak boleh berpuasa jika dia risaukan kesihatan sendiri & akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Bersesuaian dengan ayat-ayat ini:

” Dan jangan kamu membunuh diri kamu” (An-Nisa’: 29)

” Dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan”

(Al-Baqarah:195)

Kalau ibu mengandung tidak puasa, wajib bayar fidyah ke?

Terdapat dua hukum berkaitan ibu mengandung yang tidak berpuasa.

Hukum pertama: jika ibu tersebut tidak berpuasa kerana risaukan kesihatan diri sendiri, maka ibu tersebut wajib menggantikan puasa tanpa membayar fidyah. Ini kerana ibu tersebut tidak berpuasa atas alasan tidak sihat atau tidak larat, yang mana kalau dia terus berpuasa, berkemungkinan akan menjejaskan kesihatan diri sendiri.

Hukum kedua: jika ibu tersebut tidak berpuasa kerana risaukan tumbesaran anak dalam kandungan, sedangkan dirinya sihat & mampu, maka ibu tersebut wajib menggantikan puasa & membayar fidyah.

Tips ibu mengandung berpuasa

Ibu mengandung yang berpuasa boleh mengamalkan tips berikut untuk memastikan kesihatan diri dan bayi membesar dengan sempurna & sihat:

1. Minum air kosong secukupnya semasa bersahur & sepanjang malam selepas berbuka.

2. Makan makanan pemberi tenaga seperti kurma & set ibu mengandung Shaklee.

3. Amalkan amalan pemakanan yang baik untuk ibu mengandung sepanjang bulan Ramadhan

4. Rancang jadual harian & dapatkan rehat secukupnya.

5. Elakkan perjalanan yang jauh

6. Elakkan cuaca panas. Kurangkan aktiviti luar

Sekarang anda dah dapat jawapan untuk persoalan ibu mengandung boleh berpuasa tak. Semoga info yang saya kongsikan di sini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Ibu Mengandung Shaklee dengan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Ibu Mengandung Boleh Berpuasa Tak

pixel Ibu Mengandung Boleh Berpuasa Tak

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.