-

Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Hari kedua berpuasa. Alhamdulillah  baru siap buat Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur. Hari tu ternampak sarang telur kat tepi tong sampah. Ada jiran buang. Nampak bersih lagi, jadi saya ambil.  Bila ternampak sarang telur, secara automatik saya teringat pasal aktivit seni yang saya pernah buat waktu menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) bersama JKM dulu.

hs 212x300 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Aktiviti HomeSchool Balqis: Caterpillar Dari Sarang Telur

Dalam salah satu slot dalam kursus tersebut, kami dikehendaki membuat kerja seni. Ada salah seorang dari peserta buat ulat bulu dari sarang telur. Saya ambil ilham dari dia. Oh ya…kenapa saya sertai KAAK? Setiap pengusaha taska yang berdaftar wajib ada sijil KAAK. Itulah kisahnya. Ok. Nak tahu bahan-bahan yang diperlukan? Jom.

Bahan-bahan:

1. Sarang telur

2. Water colour untuk cat badan ulat bulu

3. Kertas, gam, gunting untuk buat mata & sesungut ulat bulu.

Cara-caranya:

hs1 300x225 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Sediakan badah-bahan yang saya senaraikan di atas.

hs2 300x225 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Potong sarang telur seperti gambar di atas. Saya buat dua ulat bulu sebab anak saya ada dua. Kalau buat satu je jap lagi berebut nak mewarna.

hs3 300x225 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Warnakan ikut kreativiti anak-anak. Balqis nak buat ulat bulu belang-belang warna merah & hijau. Ikutkan saja imaginasi anak-anak. Otak anak tengah nak berkembang.

hs4 300x225 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Sementara tunggu warna kering, buat mata & sesungut untuk ulat bulu. Ini Balqis yang bua. Comel kan? Peringatan: Sentiasa puji hasil kerja anak. Biar anak rasa seronok.

hs5 300x225 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Taraa…dah siap tampal mata & sesungut. Comel kan.  Lepas tu boleh jemur kat bawah cahaya matahari sekejap supaya betul-betul kering.

hs6 300x225 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Mudah ajekan? Inilah dia aktiviti homeschool Balqis: Caterpillar dari sarang telur. Anda bolehlah buat aktiviti ni dengan anak-anak di rumah. Mudah je aktiviti ni. Selamat beraktiviti bersama anak-anak! Ok saya nak masuk dapur untuk memasak juadah berbuka untuk hari ni.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

pixel Aktiviti HomeSchool Balqis Caterpillar Dari Sarang Telur

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.