-

Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Di atas permintaan ramai, saya kongsikan resepi Kek Nutella Meal Shakes kukus yang mudah dan sedap. Ia bukan sahaja mudah dibuat, malah sedap dan berkhasiat. Anak-anak pasti suka. Bahan-bahannya simple. Tepung pun tak guna. Resepi ini saya ambil dari internet dan olah sedikit mengikut selera sendiri.

PhotoGrid 1399481307531 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Kek ni mudah sahaja. Bahan pun tak banyak. Apa yang anda perlukan untuk resepi Kek Nutella Meal Shakes kukus yang mudah dan sedap ni ialah:

  • 200 gram Nutella ( 1 botol kecil )
  • 3 sudu teh Meal Shakes ( Nak ganti dengan ESP pun boleh, tapi saya prefer Meal Shakes sebab rasa & bau vanilla yang wangi. Kalau nak guna ESP & Meal Shakes, sukatan dia: 2 sudu teh Meal shakes & 1 sudu teh ESP )
  • 4 biji telur
  • Chocolate chips ( Untuk ditabur dalam kek supaya bila kita makan akan ada rasa coklat cair yang sticky. Yummy! )
  •  3 sudu besar Serbuk Coklat Cadburry 3 in 1 ( Ala…minuman cadbury 3 in 1 tu. Tiada dalam gambar sebab takde dalam rancangan awal. Dah nak masukkan adunan ke dalam loyang baru terfikir nak masukkan )

Cara-caranya

1. Panaskan kukus. Saya suka buat kek kukus. Kalau anda nak bake dalam oven pun boleh, ikut selera masing-masing. Yang penting panaskan oven atau kukus terlebih dahulu. Kalau guna oven, set suhu pada 180 darjah celcius.

2. Pukul telur sampai kembang. Pastikan betul-betul kembang tau. Rujuk gambar kat atas nun. Pakai mixer dengan kelajuan yang laju kalau nak cepat.

3. Bila telur dah kembang, masukkan Meal Shakes dan gaul sampai sebati. Tak payah pakai mixer. Pakai spatula aje.

4. Bila dah sebati, masukkan Nutella sedikit demi sedikit. Mula-mula Nutella akan terbenam kat dasar. Takpe, kacau je perlahan-lahan. Lama-lama akan sebati dengan telur. Kacau sampai sebati.

5. Akhir sekali masukkan serbuk coklat Cadburry. Saya tak kacau sampai sebati pun. Saje nak tekstur lain sikit. Kalau nak kacau sampai sebati pun boleh.

PhotoGrid 1399481341225 1 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

6. Griskan loyang. Masukkan adunan kek. Tabur coklat chips ke dalam adunan. Banyak mana? Ikut seleralah. Kalau saya, lagi banyak lagi sedap.

7. Pastikan kukus atau oven betul-betul panas sebelum masukkan kek. Untuk kukus, masak selama 40 minit. Kalau oven masak selama 30 minit. Cek dengan lidi. Kalau masih melekat, tambah lagi 10 minit.

PhotoGrid 1399481372606 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

 Nah…. dah siap. Ngeh…ngeh…perasan tak saya tak pakai mangkuk seramik pun nak buat kek ni? Baking dengan anak-anak, sekejap angkut ke hulu. Sekejap angkut ke hilir. Pakai tupperware plastik senang sebab ringan. Kacau pun pakai sudu je sebab spatula dah kena kidnap dengan anak. Boleh la cuba resepi kek Nutella Meal Shakes yang mudah dan sedap ni. Senang sangat. Buat dengan anak-anak, lagi best. Cuba jangan tak cuba!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

pixel Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.