-

Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan bermaksud kedudukan bayi yang bukannya kepala ke bawah. Jika ini adalah kandungan pertama anda, jangan risau. Insya Allah bayi akan berpusing ke posisi yang betul pada bulan ke8 atau ke9 kandungan anda.

bayi melintang 300x197 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Apa Yang dimaksudkan Dengan Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan ?

Kedudukan bayi yang normal ialah Cephalic Position di mana kepala bayi berada di bawah. Kedudukan songsang atau Breech position pula ialah keadaan di mana kepala bayi berada di atas. Masalah bayi melintang dalam kandungan berlaku apabila bayi berada dalam keadaan transverse position di mana bayi berada dalam keadaan melintang seperti gambar di atas.

96% bayi di Malaysia dilahirkan dalam posisi normal manakala 4% dilahirkan dalam keadaan melintang sama ada secara kelahiran normal atau pun pembedahan ceaserean. Kebiasannya, jika bayi masih dalam keadaan melintang pada usia kandungan mencecah 36 minggu, doktor akan mencadangkan supaya kedudukan bayi dibetulkan dengan kaedah urutan yang dipanggil External Cephalic Version (ECV). Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya ini bukan kehamilan pertama anda. Walau bagaimana pun, ada kemungkinan bayi anda akan kembali melintang. Kaedah ini juga dilakukan oleh bidan kampung, namun dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya.

urutan1 300x179 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Apakah Punca Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan?

Sehingga kini tidak diketahui apakah punca sebenar bayi berada dalam keadaan melintang atau songsang. Walau bagaimanapun berikut merupakan antara faktor penyumbang kepada masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan:

1. Melahirkan sebelum minggu ke37 dimana bayi belum sempat untuk berpusing.

2. Anak kembar. Apabila anda mengandung anak kembar, keadaan rahim yang penuh & sempit akan menyebabkan bayi berada dalam keadaan melintang atau songsang.

3. Air ketuban terlalu banyak atau sedikit juga boleh menyebabkan bayi melintang atau songsang.

4. Rahim yang lemah atau regang. Anda boleh menguatkan rahim dengan mengamalkan tips-tips ini dan dengan mengamalkan ESP Shaklee.

5. Rahim yang berbentuk tidak normal atau terbalik, atau pun jika anda mempunyai cyst atau fibroid.

6. Bayi mempunyai kecacatan atau masalah kesihatan seperti masalah jantung, down syndrome, masalah kecacatan otak, dan sebagai

Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan?

Sekiranya kandungan anda sudah mencecah 36 minggu, anda akan merasa sakit atau tidak selesa apabila kepala bayi mula menekan tulang rusuk. Kebiasaanya masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan hanya dikenalpasti apabila melalui ujian ultrasound.

Bayi Melintang Dalam Kandungan: Bolehkan Bersalin Secara Normal?

Ibu yang mengalami masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan boleh mencuba untuk melahirkan secara normal asalkan doktor telah mengesahkan bahawa tiada sebarang komplikasi kehamilan lain yang anda alami & doktor yang akan membantu anda sepanjang tempoh melahirkan adalah doktor yang berpengalaman dalam mengendalikan kes kelahiran bayi melintang. Walau bagaimana pun, majoriti ibu di Malaysia yang mengalami masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan bersalin melalui pembedahan.

Semoga info masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan yang saya kongsikan di sini bermanfaat buat anda. Jika anda sedang mengandung, adalah disarankan untuk anda mengamalkan set hamil Shaklee yang memberikan nutrisi terbaik untuk anda & bayi sepanjang tempoh kehamilan & proses bersalin yang panjang & memenatkan. Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya sekarang, untuk konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

pixel Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.