Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

Alhamdulillah baru siap buat aktiviti homeschool Balqis tampalan kolaj. Ramai ibu bapa yang anggap bila belajar nak kena menulis, mengira dan membaca. Yang sebenarnya aktiviti seni juga penting dalam proses pembelajaran anak-anak. Sebab tu setiap hari saya akan buat satu aktiviti seni untuk Balqis. Sambil-sambil tu Aina pun boleh tumpang sekaki join sekali. Takde idea nak buat aktiviti apa? Boleh buat atkitivi kami hari ni.

collage activity, kolaj, tampalan kolaj, aktiviti anak pra sekolah, mengajar anak pra sekolah,  homeschool, aktiviti homeschool, homeschooling in malaysia, homeschooling in kl, homeschooling, homeschooling, homeschooling articles,  homeschooling activities, kelas seni,  ajar anak di rumah, cara ajar anak di rumah,  cara ajar anak di rumah dengan mudah, cara ajar anak di rumah berkesan, aktiviti anak di rumah

Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

Balqis ni peminat tegar Frozen. Tiap hari feeling jadi Princess Elsa. Jadi untuk aktiviti tampalan kolaj hari ni, emaknya memilih tema winter ala-ala frozen. Saya memang tak pandai melukis. Mengaku awal-awal sebelum ada yang mengutuk lukisan rumah & pokok pine saya yang hodoh ini ^_^. Antara kelebihan mengajar anak sendiri ialah walau seburuk mana pun lukisan kita, sentiasa akan kelihatan cantik di mata anak-anak.

Apa yang diperlukan untuk aktiviti ini:

1. Kertas pelbagai warna. Gunting kecil-kecil dengan pelbagai bentuk dan saiz. tak perlu nak ukur-ukur. Gunting je ikut sedap tangan.

collage activity, kolaj, tampalan kolaj, aktiviti anak pra sekolah, mengajar anak pra sekolah,  homeschool, aktiviti homeschool, homeschooling in malaysia, homeschooling in kl, homeschooling, homeschooling, homeschooling articles,  homeschooling activities, kelas seni,  ajar anak di rumah, cara ajar anak di rumah,  cara ajar anak di rumah dengan mudah, cara ajar anak di rumah berkesan, aktiviti anak di rumah collage activity, kolaj, tampalan kolaj, aktiviti anak pra sekolah, mengajar anak pra sekolah,  homeschool, aktiviti homeschool, homeschooling in malaysia, homeschooling in kl, homeschooling, homeschooling, homeschooling articles,  homeschooling activities, kelas seni,  ajar anak di rumah, cara ajar anak di rumah,  cara ajar anak di rumah dengan mudah, cara ajar anak di rumah berkesan, aktiviti anak di rumah

2. Kertas lukisan. Lukis ikut kreativiti masing-masing.

collage activity, kolaj, tampalan kolaj, aktiviti anak pra sekolah, mengajar anak pra sekolah,  homeschool, aktiviti homeschool, homeschooling in malaysia, homeschooling in kl, homeschooling, homeschooling, homeschooling articles,  homeschooling activities, kelas seni,  ajar anak di rumah, cara ajar anak di rumah,  cara ajar anak di rumah dengan mudah, cara ajar anak di rumah berkesan, aktiviti anak di rumah

3. Gam untuk menampal kolaj.

4. Pensel warna untuk anak tambah apa-apa gambar ikut imaginasi.

Tips penting:

1. Biarkan anak berimaginasi & buat sendiri. Walau pun tampalannya senget-benget atau pun terkeluar dari lukisan kita.

2. Biarkan anak menampal walaupun nampak comot. Tegur supaya buat dengan lebih kemas, tapi jangan kita yang bagi arahan:

“merah tampal sini. kuning sini. Jangan ketak semua hijau kat situ. Tak cantik”

3. Puji anak. “Cantiknya anak mama buat” “Pandainya anak mama, tak sangka anak mama ni bijak sangat orangnya” Mesti anak kita akan makin bersemangat nak buat. Siap rasa bangga lagi.

4. Dah siap buat ambil gambar& tunjuk kat ayahnya. “Nanti kita tunjuk kat papa Balqis buat tampalan kolaj cantik hari ni. mesti papa makin sayang kat Balqis.”

5. Pamerkan. Kebiasaannya saya akan tampal hasil kerja terbaru kat peti ais. Sekejap-sekejap Balqis masuk ke dapur untuk mengkagumi hasil seni dia. Esoknya masuk dalam file. Kenapa simpan dalam file? Nanti anak kita dah besar boleh tengok semula aktiviti yang kita buat sama-sama waktu kecil. Go down the memory lane. Best kan?

collage activity, kolaj, tampalan kolaj, aktiviti anak pra sekolah, mengajar anak pra sekolah,  homeschool, aktiviti homeschool, homeschooling in malaysia, homeschooling in kl, homeschooling, homeschooling, homeschooling articles,  homeschooling activities, kelas seni,  ajar anak di rumah, cara ajar anak di rumah,  cara ajar anak di rumah dengan mudah, cara ajar anak di rumah berkesan, aktiviti anak di rumah

Jadi, ibu bapa kat luar sana bolehlah jadikan aktiviti homeschool Balqis tampalan kolaj ni sebagai panduan untuk buat aktiviti seni dengan anak-anak. Ramai yang request tips ajar anak matematik & membaca. Insya Allah ada kelapangan saya akan kongsikan tips saya. Terima kasih kerana sudi membaca.

collage activity, kolaj, tampalan kolaj, aktiviti anak pra sekolah, mengajar anak pra sekolah,  homeschool, aktiviti homeschool, homeschooling in malaysia, homeschooling in kl, homeschooling, homeschooling, homeschooling articles,  homeschooling activities, kelas seni,  ajar anak di rumah, cara ajar anak di rumah,  cara ajar anak di rumah dengan mudah, cara ajar anak di rumah berkesan, aktiviti anak di rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *