-

Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dalam Masa 14 Hari

Tengah berusaha untuk mengandung? Dah penat nak jawab soalan saudara-mara BILA NAK DAPAT BABY? Kalau macam tu, kedua-dua suami isteri perlu memainkan peranan untuk tingkatkan kesuburan masing-masing. Jom amalkan tips tingkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari:

tips kesuburan lelaki 300x228 Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dalam Masa 14 Hari

Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dalam Masa 14 Hari

Anda boleh amalkan tips tingkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari yang berikut. Sangat mudah & sesungguhnya terbukti berkesan.

DIET

Jaga pemakanan anda. Pastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi agar menghasilkan sperma yang berkualiti. Kurangkan pengambilan lemak tepu kerana ia boleh meningkatkan hormon estrogen dalam badan seorang lelaki yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Kesannya? Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari & kurangkan makanan yang diproses.

SENAMAN

Apabila anda bersenam, ia bukan sahaja menyebabkan badan mengeluarkan peluh & menjadi semakin sihat, ia juga meningkatkan kesihatan jantung. Dalam masa yang sama senaman dapat menyeimbangkan hormon didalam badan dan meningkatkan kesuburan anda. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit.

TEKANAN

Elakkan tekanan kerana tekananan merupakan antara punca utama ketidaksuburan. Stres juga menggangu mood untuk bersama.

tips kesuburan lelaki1 300x237 Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dalam Masa 14 Hari

GAYA HIDUP SIHAT

Berhenti merokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kualiti sperma anda jatuh merudum. Elakkan alkohol & penyalahgunaan dadah termasuk steroid yang sering dugunakan oleh atlit dan ahli bina badan.

SET SUBUR LELAKI SHAKLEE

Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee sememangnya terbukti berkesan jika diambil dengan aturan makan yang betul secara konsisten. Anda boleh membaca testimoni pelanggan saya yang sudah berjaya mengandung walau pun suaminya mempunyai masalah sperma tidak berkualiti di sini. Peluang anda untuk mengandung akan semakin meningkat sekiranya isteri juga mengambil set subur Shaklee.

Insya Allah jika anda amalkan kesemua tips tingkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari yang saya kongsikan tadi & mengelakkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesuburan, anda akan mendapat berita gembira dalam masa yang terdekat. Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee dengan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dalam Masa 14 Hari

Cara Makan Shaklee Semasa Puasa

Ramadhan semakin dekat. Ramai yang dah mula sibuk ganti puasa. Pengambilan vitamin Shaklee semasa berpuasa sememangnya sangat membantu kita agar berasa kenyang dengan lebih lama selepas bersahur serta kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari sehingga waktu berbuka. Nak tahu cara makan Shaklee semasa puasa?

cara makan shaklee semasa p 300x166 Cara Makan Shaklee Semasa Puasa

Cara Makan Shaklee Semasa Puasa

Kenapa kita perlu tahu cara makan vitamin Shaklee yang betul? Apa kepentingan aturan makan yang betul? Anda boleh baca jawapannya di sini. Oleh itu, pastikan anda mendapat aturan makan yang betul setiap kali membeli vitamin Shaklee agar duit yang anda laburkan untuk membeli vitamin tersebut adalah berbaloi.

ebook 300x279 Cara Makan Shaklee Semasa Puasa

Apakah cara makan Shaklee semasa puasa? Apabila anda berpuasa, anda cuma perlu mengubah aturan makan sedia ada kepada berikut:

Sarapan pagi: Bersahur

Makan tengah hari : Berbuka

Makan malam : Moreh atau makan lewat malam

Mudah sahaja kan? Saya mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga ibadah kita diterima. Semoga cara makan Shaklee semasa puasa yang saya kongsikan di sini membantu anda kekal bertenaga ketika berpuasa. Nak order vitamin Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Makan Shaklee Semasa Puasa

Tips Urus Masa Bagi Wanita Yang Sibuk

Setiap hari kita mengeluh tak cukup masa. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan tapi tak cukup masa nak selesaikan semuanya. Tak kiralah wanita bekerjaya, bekerja dari rumah atau suri rumah sepenuh masa. Akhirnya kita stress. Jadi, hari ni saya nak kongsikan tips urus masa bagi wanita yang sibuk. Semoga bermanfaat.

tips urus masa 300x142 Tips Urus Masa Bagi Wanita Yang Sibuk

Tips Urus Masa Bagi Wanita Yang Sibuk

Bercakap pasal sibuk, sememangnya setiap hari kita bergelut dengan masa. Begitu juga saya.  Everyday is a battle for me. Memang terkejar-kejar untuk memastikan semua tanggung jawab saya dilakukan dengan baik. Dan ini adalah rahsia saya menguruskan masa.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah senaraikan segala kerja yang perlu dilakukan. Kemudian bahagikan kepada 4D berikut:

1. Do

Lakukan tugasan yang PALING PENTING dahulu. Kerja yang wajib dibuat & tak boleh ditangguh. Contohnya:

Memasak – Bekal sekolah untuk anak, makan tengah hari, dan malam.

Mengajar Nurul Aina – Anak saya homeschool, tak pergi ke tadika. Saya ada jadual setiap hari yang wajib diikut.

Online business – Menguruskan order Shaklee sebelum pukul 3 petang setiap hari bagi memastikan barang yang diorder dproses pada hari yang sama. Kalau perlu, saya akan ke Shaklee Sri Rampai untuk ambil barang & pos.

Ulang kaji bersama Nurul Balqis – Siapkan kerja sekolah pada sebelah petang & ulang kaji pada waktu malam.

Mengaji – Mengajar Nurul Balqis & Nurul Aina mengaji setiap hari.

Amalan kerohanian: Solat awal waktu. Membaca Surah Yassin, Al-Mathurat & solat sunat.

2. Delegate

Mana-mana kerja yang boleh dibantu oleh suami dan anak-anak, saya akan minta mereka bantu. Contoh:

Kemas mainan

Basuh baju

Basuh pinggan

Buang sampah

Lipat baju

3. Delay

Mana-mana tugasan yang boleh ditangguhkan, akan saya tangguhkan selagi termampu. Contoh:

Mop lantai – Tak mampu nak mop setiap hari. Jadi, selalunya 3 hari sekali baru mop. Itu pun tengah malam, kena tunggu anak-anak tidur dulu atas alasan keselamatan.

4. Delete

Mana-mana kerja yang tak penting bolehlah dilupakan saja. Buang dari senarai to do list kita. Contoh:

Menonton tv.

Jalan-jalan cuci mata kat shopping complex.

Scroll newsfeed facebook sambil membaca komen yang tak bermanfaat

Selepas dah asingkan kerja kepada 4D di atas, bolehlah buat jadual sebagai panduan kita setiap hari. Jadual yang dibuat hanyalah panduan sahaja, bukan wajib diikuti 100%. Ikut kemampuan kita.

Alhamdulillah selepas saya amalkan 4D ni, urusan seharian saya berjalan dengan lebih lancar. Memang terasa sangat perbezaannya. Anda pun boleh amalkan 4D ni. Semoga tips urus masa bagi wanita yang sibuk ini bermanfaat untuk anda.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Urus Masa Bagi Wanita Yang Sibuk

Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Malam tadi saya tak dapat lelapkan mata selepas terbaca kenyataan seorang wanita muslim bahawa beliau cuma mahu memakai tudung jika pergi ke majlis tertentu, seperti ke majlis keagamaan. Kata beliau, tak perlu memakai tudung setiap hari. Jadi, saya nak kongsikan peristiwa Israk Mikraj tentang wanita sebagai panduan & renungan kita bersama.

images 1 Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Israk Mikraj sememangnya satu peristiwa penting dalam sejarah islam. Anda boleh membaca tentang peristiwa penuh Israk Mikraj di sini.  Kali ni saya nak berkongsi tentang peristiwa Israk Mikraj tentang wanita sebagai renungan kita bersama. Semasa Israk Mikraj, Rasulullah SAW menyaksikan bahawa ramai Perempuan Penghuni Neraka.

neraka sq Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW telah melihat pelbagai seksaan ke atas wanita ingkar ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Diriwayatkan Saidina Ali r.a dan Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis. Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”

Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:

1.  Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.

2.  Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’(hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3.  Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.

4.  Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

5.  Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya, disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

6.  Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka, disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.

7.  Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

images Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

8.  Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.  Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan, disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka, disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Terima kasih kepada sumber saya. Semoga peristiwa Israk Mikraj tentang wanita yang saya kongsikan tadi memberi keinsafan kepada kita semua agar menjadi muslim yang melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Sama-sama kita menjadi muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj sememangnya satu peristiwa penting dalam sejarah islam dimana umat islam diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu. Peristiwa Israk Mikraj juga menjadi bukti betapa besarnya kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada kita umatnya, sehinga baginda sanggup menebalkan muka merayu kepada Allah supaya mengurangkan bilangan solat wajib dalam sehari.

israk mikraj 2 300x166 Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj

Jom kita hayati peristiwa Israk Mikraj. Insya Allah semoga semakin bertambah keimanan kita kepada Allah dan menjadi muslim yang melakukan segala suruhan & meninggalkan segala yang dilarang.

1. Sebelum Peristiwa  Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada / perut yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam.  Ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya dibuang dari hati Rasulullah SAW. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimun nubuwwah”. Selesai pembedahan, datang seekor  binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah SAW diiringi  oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu iaitu tempat-tempat yang mulia dan bersejarah, Rasulullah telah diarahkan oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat tersebut ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah) tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah. iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan).

israk mikraj 1 300x143 Peristiwa Israk Mikraj

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Di antaranya Rsulullah SAW melihat :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah dan tidak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan.

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah SAW tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah SAW memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Kemudian Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Israk Mikraj 300x225 Peristiwa Israk Mikraj

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua:Rasulullah SAW. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Rasulullah SAW naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Rasulullah naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Rasulullah SAW naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Rasulullah naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Rasulullah naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat

Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Risalah Israk Mikraj 1431H Muka Depan 300x212 Peristiwa Israk Mikraj

5. Selepas Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Peristiwa Israk Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk  Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam. Terima kasih kepada sumber rujukan saya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Peristiwa Israk Mikraj

Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

Alhamdulillah baru siap buat aktiviti homeschool Balqis tampalan kolaj. Ramai ibu bapa yang anggap bila belajar nak kena menulis, mengira dan membaca. Yang sebenarnya aktiviti seni juga penting dalam proses pembelajaran anak-anak. Sebab tu setiap hari saya akan buat satu aktiviti seni untuk Balqis. Sambil-sambil tu Aina pun boleh tumpang sekaki join sekali. Takde idea nak buat aktiviti apa? Boleh buat atkitivi kami hari ni.

PhotoGrid 1397635489460 225x300 Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

Balqis ni peminat tegar Frozen. Tiap hari feeling jadi Princess Elsa. Jadi untuk aktiviti tampalan kolaj hari ni, emaknya memilih tema winter ala-ala frozen. Saya memang tak pandai melukis. Mengaku awal-awal sebelum ada yang mengutuk lukisan rumah & pokok pine saya yang hodoh ini ^_^. Antara kelebihan mengajar anak sendiri ialah walau seburuk mana pun lukisan kita, sentiasa akan kelihatan cantik di mata anak-anak.

Apa yang diperlukan untuk aktiviti ini:

1. Kertas pelbagai warna. Gunting kecil-kecil dengan pelbagai bentuk dan saiz. tak perlu nak ukur-ukur. Gunting je ikut sedap tangan.

PhotoGrid 1397635643797 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj PhotoGrid 1397635702620 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

2. Kertas lukisan. Lukis ikut kreativiti masing-masing.

PhotoGrid 1397635845720 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

3. Gam untuk menampal kolaj.

4. Pensel warna untuk anak tambah apa-apa gambar ikut imaginasi.

Tips penting:

1. Biarkan anak berimaginasi & buat sendiri. Walau pun tampalannya senget-benget atau pun terkeluar dari lukisan kita.

2. Biarkan anak menampal walaupun nampak comot. Tegur supaya buat dengan lebih kemas, tapi jangan kita yang bagi arahan:

“merah tampal sini. kuning sini. Jangan ketak semua hijau kat situ. Tak cantik”

3. Puji anak. “Cantiknya anak mama buat” “Pandainya anak mama, tak sangka anak mama ni bijak sangat orangnya” Mesti anak kita akan makin bersemangat nak buat. Siap rasa bangga lagi.

4. Dah siap buat ambil gambar& tunjuk kat ayahnya. “Nanti kita tunjuk kat papa Balqis buat tampalan kolaj cantik hari ni. mesti papa makin sayang kat Balqis.”

5. Pamerkan. Kebiasaannya saya akan tampal hasil kerja terbaru kat peti ais. Sekejap-sekejap Balqis masuk ke dapur untuk mengkagumi hasil seni dia. Esoknya masuk dalam file. Kenapa simpan dalam file? Nanti anak kita dah besar boleh tengok semula aktiviti yang kita buat sama-sama waktu kecil. Go down the memory lane. Best kan?

PhotoGrid 1397635351706 225x300 Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

Jadi, ibu bapa kat luar sana bolehlah jadikan aktiviti homeschool Balqis tampalan kolaj ni sebagai panduan untuk buat aktiviti seni dengan anak-anak. Ramai yang request tips ajar anak matematik & membaca. Insya Allah ada kelapangan saya akan kongsikan tips saya. Terima kasih kerana sudi membaca.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Aktiviti Homeschool Balqis Tampalan Kolaj

Disahkan Mengandung Walaupun Sperma Suami Bermasalah

Di antara punca kesukaran untuk mengandung ialah masalah kesuburan dipihak suami. Masalah kesuburan yang biasa dialami oleh lelaki ialah low sperm count ( kekurangan sperma ) dan sperma tidak berkualiti. Sekiranya anda seorang lelaki dan disahkan mempunyai sperma kurang berkualiti, jangan bersedih. Anda masih berpeluang untuk mendapat zuriat sendiri. Jom tengok testimoni pelanggan saya yang disahkan mengandung walaupun sperma suami bermasalah.

nelly 2 300x300 Disahkan Mengandung Walaupun Sperma Suami Bermasalah

Disahkan Mengandung Walaupun Sperma Suami Bermasalah

Ingat tak semalam saya ada ceritakan tentang pelanggan saya yang berjaya mengandung walaupun sebelah tiub fallopio beliau tersumbat? Anda boleh membaca kisah tersebut di sini. Semalam saya ada nyatakan bahawa suami beliau mempunyai masalah kesuburan. Untuk makluman anda, suami beliau mempunyai masalah sperma tidak berkualiti.

nelly1 300x300 Disahkan Mengandung Walaupun Sperma Suami Bermasalah

Syukur Alhamdulillah pasangan tersebut tak cepat mengalah. Selepas mengetahui bahawa mereka berdua mempunyai masalah, cepat-cepat menghubungi saya untuk mendapatkan vitamin supaya meningkatkan kesuburan mereka suami isteri. Alhamdulillah selepas sebulan, mereka dah pun berjaya mengandung.

Apakah vitamin yang diambil oleh suami beliau?

Suami beliau mengamalkan Vivix, Coqhealth, Vit E & Zinc Complex dengan aturan makan yang betul secara konsisten selama sebulan. Tanpa culas. Ya, harga vitamin yang diambil agak mahal. Tapi kalau anda betul-betul inginkan zuriat sendiri, mengapa perlu berkira? Kalau boleh beli handphone yang mahal kenapa tak mampu beli vitamin untuk kesuburan? Kalau anda nak dapatkan vitamin Shaklee dengan harga yang murah, jom mendaftar sebagai ahli Shaklee. Cuma RM69 untuk seumur hidup. Dah dapat beli dengan harga ahli & kumpul point untuk cash bonus. Tapi pastikan anda mendaftar sebagai ahli dengan saya untuk mendapatkan aturan makan yang betul & sekaligus anda layak mendapat Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang ekslusif ini.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Disahkan Mengandung Walaupun Sperma Suami Bermasalah

Cemburu dengan pasangan yang disahkan mengandung walaupun sperma suami bermasalah? Anda dah jenuh berusaha tapi belum mendapat berita gembira? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda dengan konsultasi terbaik. SEKARANG!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Disahkan Mengandung Walaupun Sperma Suami Bermasalah

Tiub Fallopio Tersumbat Sebelah Dah Berjaya Mengandung Dengan Shaklee

Wanita yang mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat semestinya bimbang mereka menjadi tidak subur dan gagal untuk mengandung. Saya baru sahaja mendapat perkhabaran gembira dari seorang pelanggan saya. Beliau yang mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat sebelah dah berjaya mengandung dengan Shaklee! Hanya selepas sebulan mengamalkan vitamin Shaklee. Malah suami beliau juga mempunyai masalah kesuburan yang saya ceritakan di sini. Memang Set Fallopio Shaklee serasi dengan mereka.

nelly 3 300x300 Tiub Fallopio Tersumbat Sebelah Dah Berjaya Mengandung Dengan Shaklee

Tiub Fallopio Tersumbat Sebelah Dah Berjaya Mengandung dengan Shaklee

Jika anda mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat & ingin mencuba set fallopio Shaklee, di antara perkara pertama yang perlu dikenal pasti ialah:

1. Tiub belah mana yang tersumbat? Kedua-duanya tersumbat atau cuma salah satu?

2. Apakah punca tersumbat?

3. Jika cuma satu tiub yang tersumbat, adakah tiub satu lagi berada dalam keadaan yang baik atau bermasalah?

Selepas mendapat jawapan bagi ketiga-tiga soalan tersebut, barulah saya akan cadangkan sama ada set fallopio Shaklee sesuai untuk anda atau sebaliknya.

nelly 2 300x300 Tiub Fallopio Tersumbat Sebelah Dah Berjaya Mengandung Dengan Shaklee

Apakah vitamin yang sesuai untuk anda?

Pelanggan saya yang mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat sebelah dah berjaya berjaya mengandung dengan Shaklee selepas mengamalkan Set Fallopio Shaklee mengikut aturan makan yang betul secara konsisten selama sebulan :

GLA Complex:

Supaya badan menghasilkan telur berkualiti & rahim berada dalam keadaan mesra sperma & bersedia untuk persenyawaan.

Vitamin E:

Meningkatkan kesuburan & membantu penghasilan lendir kesuburan.

Coqhealth:

Menghasilkan telur berkualiti yang bersedia untuk persenyawaan.

Zinc:

Membantu meyediakan rahim mesra sperma supaya sperma boleh hidup dengan lebih lama di dalam rahim.

tiub fallopio tersumbat seb 300x151 Tiub Fallopio Tersumbat Sebelah Dah Berjaya Mengandung Dengan Shaklee

Bagaimana aturan makan set ni? Berapa lama makan set ni untuk mengandung?

Aturan makan yang betul adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja dan saya akan berikan selepas pembelian. Berapa lama ambil masa untuk mengandung bergantung kepada beberapa faktor seperti: konsistensi dalam mengamalkan set ini, tidak terlepas waktu subur, mengamalkan tips mudah mengandung yang saya kongsikan dalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung, dan yang paling penting jangan putus berdoa. Kita dah lakukan semua usaha yang terdaya untuk mengandung, selebihnya bergantung kepada Allah yang maha esa untuk memberikan rezeki kepada kita.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tiub Fallopio Tersumbat Sebelah Dah Berjaya Mengandung Dengan Shaklee

Anda teruja dengan testimoni pelanggan saya yang mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat sebelah dah berjaya mengandung dengan Shaklee? Anda nak mengandung? Jangan berlengah lagi, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Set Fallopio Shaklee dengan konsultasi terbaik. Bonus untuk anda, anda akan mendapat percuma Ebook Rahsia Mudah Mengandung dengan pembelian set ini. Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tiub Fallopio Tersumbat Sebelah Dah Berjaya Mengandung Dengan Shaklee

Tips Mudah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tengah mencari tips mudah mengandung? Anda bernasib baik sebab post ni ditulis khas untuk anda. Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, sememangnya anda perlu mengetahui  petua mudah mengandung,  perkara yang perlu dielakkan dan punca susah mengandung supaya tidak menggangu kesuburan anda. Apakah tips mudah mengandung yang perlu anda tahu?

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mudah Mengandung

Dapatkan Ebook Ekslusif Ini Dengan Pembelian Set Subur Shaklee Dari Vitaminsaya.com

Tips Mudah Mengandung

Berikut adalah tips mudah mengandung yang boleh anda amalkan iaitu:

1. Kenal pasti waktu subur

Pastikan anda tidak terlepas waktu subur. Bagi suami, anda subur setiap hari tapi paling subur pada waktu ini. Bagi isteri, dalam sebulan, terdapat satu tarikh di mana anda berada dalam keadaan yang paling subur & jika proses persenyawaan berlaku, peluang anda untuk mengandung adalah sangat cerah. Tak tahu macam mana nak kira waktu subur? Jom baca di sini. Walau bagaimana pun, jika kitaran haid anda tidak teratur,adalah sukar untuk menentukan tarikh subur anda.Oleh itu, anda perlu membetulkan kitaran haid terlebih dahulu supaya mudah untuk membuat kiraan bagi memastikan tarikh subur anda.

2. Bersama pada waktu subur

Selepas anda berjaya mengenal pasti tarikh paling subur anda, pastikan anda tidak terlepas tarikh keramat tersebut. Pastikan anda bersama pada tarikh tersebut. Di antara soalan yang sering ditanya kepada saya:

“Boleh ke bersama setiap hari? Tak menjejaskan kesuburan?”

“Ada tak posisi tertentu supaya mudah mengandung?”

Jawapan kepada soalan-soalan ini ada didalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang saya berikan percuma kepada pelanggan yang membeli set subur Shaklee dari saya. Kalau anda nak tahu jawapannya, dapatkan ebook istimewa ini.

tips mudah mengandung 188x300 Tips Mudah Mengandung

3. Elakkan aktiviti lasak

Tips mudah mengandung yang seterusnya ialah selepas waktu subur, elakkan aktiviti lasak seperti menunggang kuda, taek wan do, dan apa-apa aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan tekanan dibahagian rahim atau boleh menyebabkan anda terjatuh. Ini kerana perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan telur yang baru disenyawakan belum benar-benar stabil dan boleh “gugur” disebabkan oleh perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

4. Amalkan makanan seimbang

Pemakanan seimbang adalah sangat penting bagi memastikan badan kita mendapat nutrien yang secukupnya supaya menghasilkan telut yang berkualiti. Apabila anda merancang untuk mengandung, suami isteri perlu mengamalkan makanan seimbang serta menjauihi arak & dadah.

5. Banyakkan berdoa

Jangan pernah putus berdoa kerana sebagai hambanya, Allah adalah penentu sama ada kita dapat mengandung atau tidak. Anda boleh mengamalkan doa & amalan untuk mudah mengandung oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood ini.

Sekarang anda dah tau tips mudah mengandung. Banyak lagi tips lain yang saya kongsikan didalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang saya berikan secara percuma dengan pembelian Set Subur Shaklee dari saya. Insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah dengan mengamalkan Set Subur Shaklee dengan aturan makan yang betul & mengamalkan tips yang saya kongsikan didalam ebook istimewa ini. Hubungi saya untuk mendapatkan set subur anda hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mudah Mengandung

pixel Tips Mudah Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.