-

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium & potassium. Ia bukan sahaja menjadi elemen penting dalam diet seharian ibu mengandung, malah penting untuk wanita yang sedang berusaha untuk mengandung & sedang menyusukan anak. Di antara khasiat kurma untuk ibu mengandung ialah:

kurma untuk ibu mengandung 300x225  Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

1. Mengenyangkan & membekalkan tenaga.

Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila makan ketika lapar. Malah, boleh membuatkan kita mudah kenyang & boleh mengelakkan makan secara berlebihan.

2. Tinggi Potassium.

Potassium adalah penting untuk sistem saraf . Ia merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan, khususnya utk mencegah barah payudara & rahim. Ia juga sangat penting untuk meningkatkan sistem sarafibu mengandung & bayi yang sedang berkembang.

3. Memudahkan proses bersalin.

Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim selepas bersalin.

4. Sesuai untuk ibu yang mengidap Gestational Diabetis

Kandungan gula didalam kurma adalah sesuai untuk ibu yang mengidap Gestational Diabetis atau Diabetis semasa mengandung.

5. Mengelakkan demam kuning pada bayi

Ibu yang mengamalkan memakan kurma sepanjang tempoh kehamilan akan melahirkan bayi yang sihat tanpa demam kuning atau jaundis.

6. Melahirkan bayi yang sihat & bijak

Bayi yang dilahirkan akan mempunyai imuniti yang tinggi dan susah untuk jatuh sakit. Bayi kita juga akan mempunyai IQ yang tinggi dan bijak.

7. Menguatkan rahim

Kurma juga berfungsi untuk menguatkan rahim, terutamanya bagi ibu yang pernah mengalami keguguran.

8. Kaya dengan zat besi.

Ia sangat sesuai dimakan oleh bagi ibu yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuhsepanjang kehamilan.

Banyak betul khasiat kurma untuk ibu mengandung kan? Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, bolehlah makan kurma setiap hari. Bukan sahaja mendapat pahala sebab mengamalkan makanan sunnah, ia juga akan meningkatkan kesihatan kita dan bayi. Anda juga boleh mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk ibu mengandung dan Set Ibu Mengandung Shaklee bagi memastikan bayi anda berkembang dengan baik & anda sentiasa cergas bertenaga sepanjang tempoh kehamilan. Nak order Set Ibu Mengandung Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170  Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

pixel  Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.