-

Susu Ibu Vs Susu Formula

Dalam isu susu ibu vs susu formula, selalunya ibu-ibu di Malaysia akan mengatakan bahawa susu formula adalah jauh lebih berkhasiat sehinggakan ramai ibu yang bergelar suri rumah, tapi gagal menyusukan anak sehingga 2 tahun. Puncanya iklan yang mengatakan susu formula kaya dengan pelbagai khasiat.

susu ibu vs susu formula 300x234 Susu Ibu Vs Susu Formula

Momokan Iklan Komersial

Pagi tadi ada seorang kenalan bertanya kepada saya  susu jenama apa yang saya berikan kepada anak saya. Jawapan saya anak menyusu badan. Datang soalan cepu emas dari beliau: “Aihhh.dah setahun 5 bulan takkan menyusu badan lagi? Duit banyak takkan tak mampu beli susu mahal?” Saya terkedu. Tak tau apa jawapan terbaik untuk soalan macam tu. Saya senyum sahaja. Jauh di sudut hati saya rasa sangat sedih sebab ibu-ibu di Malaysia masih belum ada ilmu tentang penyusuan susu ibu.

Iklan di tv selalu mempromosikan susu formula dengan 1001 kandungan yang boleh meningkatkan kepintaran anak-anak. Tinggi DHA. Tinggi Ganglioksida. Membantu sel-sel otak berhubung. Malah iklan pun menggunakan model-model yang cantik & comel. Ibu-ibu yang menonton pasti tertarik untuk membeli susu formula yang diiklankan dengan harapan anak mereka akan menjadi bijak & comel macam model dalam iklan tersebut.

Terus-terang saya katakan, bukan saya tak mampu untuk membeli susu formula untuk anak saya. Kalau betul susu formula adalah yang terbaik untuk anak saya, tak mungkin saya kedekut untuk mengeluarkan duit untuk membelinya. Buat apalah saya nak berkira? Jadi kenapa saya tidak memberikan susu formula kepada anak saya? Jawapannya: Saya memberikan susu badan kepada anak saya kerana saya yakin susu ibu adalah yang terbaik untuk anak saya.

Kurang Ilmu Tentang Penyusuan Susu Ibu

Dalam isu susu ibu vs susu formula, kebanyakan ibu yang gagal menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu yang tidak mempunyai ilmu tentang penyusuan susu ibu. Sebab tu adalah sangat penting untuk mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu semasa mengandung. Lazimnya, ibu-ibu mengandung di Malaysia menghabiskan masa mencari info tentang tips mudah bersalin, nama-nama indah dengan maksud yang baik, tips berpantang, online shopping barang baby, tapi tak ramai yang menggali ilmu tentang susu ibu.

Ramai yang berazam untuk kurus semula selepas bersalin. Tapi tak ramai yang berazam nak susukan anak sehingga umur 2 tahun. Ini adalah realiti.

Selepas bersalin ramai yang komplen susu sikit. Bila saya tanya dah buat semua perkara asas penyusuan? Jawapan mereka: Perkara asas penyusuan tu apa? Sedih kan…. Terpaksalah saya terangkan tentang power pumping, tandem nursing, jadual pam, prinsip demand vs supply, dan sebagainya.

Susu sedikit semasa berpantang? Jangan cepat mengalah. Perut bayi yang kecil memerlukan sedikit sahaja susu. Jangan mudah percaya dengan mitos-mitos tentang susu ibu yang kita sering dengar. Bukan semuanya betul. Insya Allah jika anda amalkan pemakanan seimbang untuk ibu yang menyusukan dan memilih breast pump yang betul, anda tidak akan mempunyai masalah untuk memulakan penyusuan semasa dalam pantang dan meneruskan penyusuan walau pun sedang berpuasa.

Apakah Kelebihan Susu Ibu?

Dalam menjawab persoalan mengenai isu susu ibu vs susu formula, selalunya saya akan highlight tentang kelebihan menyusukan anak dari sudut pandangan Islam sebelum mengupas kelebihan-kelebihan yang lain. Dalam Islam, di antara kelebihan & fadhilat menyusukan anak ialah:

fadhilat menyusukan anak 300x213 Susu Ibu Vs Susu Formula

Apakah kelebihan susu ibu?

1. Susu ibu dicipta oleh Allah didalam badan seorang ibu. Isi kandungan & khasiat susu tersebut sentiasa berubah mengikut keperluan anak yang disusukan. Maksudnya, kandungan susu anda semasa bayi berumur sebulan adalah berbeza dengan susu semasa anak anda berumur satu tahun. Kenapa tak sama? Semasa bayi berumur sebulan, anak anda memerlukan antibodi yang kuat & susu anda adalah satu-satunya sumber makanan yang diperolehi. Apabila anak anda berumur setahun, dia sudah mula makan solid food & sudah mempunyai antibodi sendiri. Jadi susu anda akan berubah mengikut keperluan anak anda. Hebat kan? Susu ibu mempunyai nutrien yang lengkap & bersesuaian dengan keperluan anak anda.

2.  Susu ibu adalah percuma. Semua barang naik harga. Ini adalah salah satu cara untuk berjimat.

3. Susu ibu lebih mudah hadam berbanding susu formula. Sebab tu bayi yang menyusu susu ibu akan lebih cepat lapar berbanding bayi yang diberikan susu formula.

4. Susu ibu melindungi anak dari mengalami masalah seperti alergik atau pun sembelit, cirit-birit, jangkitan telinga, dan asma.

5. Susu ibu kaya dengan antibodi dan ia memberikan bayi anda lebih imuniti.

6. Susu ibu akan merapatkan hubungan di antara kita & bayi (bonding). Setiap kali menyusukan anak, kita akan rapatkan anak ke dada. Badan bersentuhan & mata akan bertentangan. Anak akan mendengar denyutan jantung kita & merasai kehangatan badan kita. Indah bukan? Bila anak semakin membesar, anak akan mula memegang jari & muka kita semasa menyusu. Jari-jemari pun bertaut. Cuma ibu menyusukan anak yang dapat merasai perasaan indah ini. Alangkah ruginya kalau kita tak merasa.

7. Kajian menunjukkan bahawa anak yang diberikan susu ibu adalah lebih cerdik kerana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak & saraf.

8. Tahukah anda bahawa susu ibu berubah rasa mengikut makanan yang dimakan. Ia merupakan langkah awal dalam memperkenalkan solid food kepada anak. Sebab tu orang selalu kata “Apa yang emak makan, anak merasa jugak”

9. Susu ibu sangat memudahkan. Bila keluar shopping tak perlu susah-payah bawa air panas & botol. Waktu malam tak perlu bangun untuk bancuh susu. Bila anak lapar, cuma selak baju & susukan anak. Mudah kan!

10. Menyusukan anak boleh mencegah kanser rahim, ovari & kanser payudara.

kebaikan susu ibu 300x211 Susu Ibu Vs Susu Formula

11. Susu ibu mengurangkan risiko Sudden Infant Death (SID) atau kematian mengejut.

12. Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami obesiti semasa dewasa berbanding bayi yang diberikan susu formula.

13. Ibu yang menyusukan bayi semasa berpantang dapat menghindarkan angin meroyan atau post partum depression.

14. Menyusukan bayi membakar kalori dengan banyak. Sangat bagus untuk ibu yang baru melahirkan atau cuba untuk menurunkan berat badan.

15. Ibu yang menyusukan bayi mempunyai hormon prolaktin yang tinggi yang menyebabkan telur (ovum) yang kurang berkualiti. Jadi ia merupakan salah satu kaedah merancang keluarga. Walau bagaimana pun anda perlu mengambil langkah pencegahan yang lain. Jangan ambil risiko jika anda belum bersedia untuk mengandung semula.

 Susu Ibu Vs Susu Formula

Nak Ebook ni? Hubungi saya sekarang!

Anda sudah mengetahui kebaikan susu ibu. Jadi ternyata isu susu ibu vs susu formula tidak perlu dipersoalkan lagi. Pilihlah untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Ia bukan sahaja baik untuk anda, malah juga baik untuk bayi & ekonomi keluarga.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Susu Ibu Vs Susu Formula

pixel Susu Ibu Vs Susu Formula

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.