-

Tanda Mengandung Luar Rahim

Mengandung luar rahim atau Ectopic Pregnancy bermaksud janin yang dikandung membesar diluar rahim, iaitu bukan di tempat yang sepatutnya. Biasanya ia membesar didalam tiub falapio. Kehamilan diluar rahim akan membahayakan kesihatan ibu tersebut kerana ia akan menyebabkan tiub falapio pecah & menyebabkan kematian. Anda boleh membaca mengenai punca dan golongan berisiko menghadapi kehamilan diluar rahim di sini. Jadi, apakah tanda mengandung luar rahim?

tanda mengandung luar rahim 300x176 Tanda Mengandung Luar Rahim

Tanda Mengandung Luar Rahim

1. Sakit diperut atau pelvis yang teruk sehingga tidak boleh berdiri

Sakit yang dimaksudkan ialah sakit yang berterusan & sangat kuat sehingga anda itdak boleh berdiri atau melakukan apa pekerjaan sekali pun.

2. Pendarahan vagina

Satu lagi tanda mengandung luar rahim ialah darah yang keluar adalah berbeza daripada biasa, sama ada terlalu banyak atau sedikit daripada biasa. Kepekatan darah juga akan kelihatan berbeza dari darah haid anda yang biasa.

3. Haid yang lambat

Biasanya haid anda akan lewat dan anda merasai simptom-simptom kehamilan yang normal & apabila anda melakukan ujian kehamilan, anda akan mendapat keputusan positif.

tanda mengandung luar rahim1 300x232 Tanda Mengandung Luar Rahim

4. Pening yang keterlaluan

Pening yang keterlaluan andalah antara tanda megandung luar rahim yang selalu dipandang ringan oleh ibu mengandung kerana beranggapan bahawa ia adalah gejala biasa yang dilalui oleh semua ibu mengandung. Jika anda mengalami pening yang keterlaluan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

5. Denyutan jantung yang terlalu laju

Denyutan jantung yang laju dengan kadar melebihi 100 denyutan dalam masa seminit merupakan satu lagi tanda mengandung luar rahim.

7. Muka sentiasa pucat

Ibu mengandung selalunya kelihatan pucat kerana mengalami morning sickness & kepenatan. Pucat yang dimaksudkan di sini ialah kepucatan yang tidak disebabkan oleh morning sickness atau kepenatan.

Jadi, jika anda berada dalam tahap awal kehamilan, sila perhatikan tanda mengandung luar rahim yang disenaraikan sebentar tadi. Tidak salah untuk anda sentiasa berjaga-jaga. Ibu mengandung disarankan untuk mengambil Set Hamil Shaklee bagi membantu pembentukan janin yang sempurna serta membekelkan nutrien yang diperlukan oleh ibu & bayi dalam kandungan. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Mengandung Luar Rahim

pixel Tanda Mengandung Luar Rahim

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.