-

Apakah Punca Keguguran Di Awal Kehamilan?

Kenapa aku? Selalunya itulah soalan pertama yang bermain di fikiran apabila anda keguguran. Kemudian anda sibuk meneka apakah punca keguguran tersebut. Jom kita baca apakah punca keguguran di awal kehamilan.

punca keguguran 3 300x267 Apakah Punca Keguguran Di Awal Kehamilan?

Apakah Punca Keguguran Di Awal Kehamilan?

Anda akan semakin tersiksa sekiranya ia merupakan keguguran berulang & doktor sendiri gagal memberitahu apakah punca keguguran di awal kehamilan yang anda alami. Jika anda mengalami keguguran, anda boleh amalkan tips untuk mengandung selepas keguguran yang saya kongsikan di sini. Anda juga boleh membaca tentang punca & tanda keguguran yang saya pernah kupas di sini.

APAKAH PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN?

1. Aktiviti harian

Adakah anda seorang yang lasak? 90% wanita tidak sedar bahawa mereka sudah hamil & masih meneruskan aktiviti lasak seperti menunggang kuda, menaiki gajah, menaiki bot laju semasa bercuti, wall climbing, malah ramai yang aktif dalam seni mempertahankan diri seperti karate & Tae Kwan Do. Semua aktiviti yang saya sebutkan  tadi melibatkan gerakan badan yang lasak & berlaku hentakan kepada badan, terutamanya bahagian perut di mana rahim anda berada. Jadi, jika anda sedang mencuba untuk mengandung, seeloknya elakkan aktiviti lasak kerana ia boleh menjadi punca keguguran.

2. Merokok & alkohol

Sudah berulang kali saya sebut mengenai rokok & alkohol yang menjadi punca keguguran. Jika anda ingin mengandung, sila hentikan dua tabiat buruk ini. Ia bukan sahaja meningkatkan peluang anda untuk mengandung, malah membantu meningkatkan kesihatan anda. Jadi, jika anda seorang perokok & mengambil alkohol, anda pasti tahu apakah punca keguguran di awal kehamilan yang anda alami.

3. Makanan tajam

Nenas, air tebu, tapai, lada hitam, air kelapa, malahan betik dikatakan makanan tajam yang boleh menjadi punca keguguran di peringkat awal kehamilan. Memang belum ada bukti saintifik dari sudut perubatan mengenai makanan tajam tersebut. But why take the risk? Jika anda betul-betul inginkan anak, tak susah pun untuk mengelakkan daripada makan makanan tajam di atas. Nanti bila anda dah habis pantang, makanlah 100 biji nenas sekali pun. Takde siapa yang nak melarang.

4. Kucing

Isu mengenai kucing sebagai punca keguguran telah saya bincangkan dengan panjang-lebar sebelum ini. Jika anda sedang merancang untuk hamil atau sedang hamil, sila ambil berat tentang isu najis kucing yang saya bincangkan di sini.

5. Belum bersedia

Ini adalah apa yang saya dapat dari perbincangan saya dengan seorang ustaz ternama yang saya temui semasa berada dalam keadaan gundah-gulana selepas keguguran sebanyak 3 kali. Menurut beliau, jika kita mengalami keguguran, ia mungkin memberi kita isyarat atau petanda bahawa kita belum bersedia untuk menjadi ibu bapa yang baik. Sebagai contoh: Mungkin kita belum bersedia untuk BERHENTI berkaraoke di malam minggu? Mungkin kita belum bersedia untuk BERHENTI keluar bersama kawan-kawan selepas balik kerja & melepak sehingga larut malam? Mungkin kita belum cukup solat 5 waktu & menjadi contoh kepada anak-anak? Wallahualam…. Ini cuma pendapat ustaz tersebut & sedikit-sebanyak saya setuju dengan pendapat tersebut. Mungkin kita belum bersedia adalah antara punca keguguran yang kita alami.

punca keguguran 300x201 Apakah Punca Keguguran Di Awal Kehamilan?

Jika anda baru keguguran, boleh ambil ESP Shaklee untuk menguatkan semula rahim supaya rahim anda yang lemah selepas keguguran menjadi kuat semula & bersedia untuk mengandung lagi. ESP juga membantu menghasilkan  yang berkualiti tinggi bagi meningkatkan peluang anda untuk mengandung.

Jadi, anda sudah tahu apakah punca keguguran di awal kehamilan. Jika anda mengalami keguguran, berhenti menyalahkan diri sendiri. Kita kenali segala kemungkinan yang boleh menjadi punca keguguran & elakkan daripada MEMBENARKAN ia menjadi punca keguguran pada masa akan datang. Tak salah untuk bersedih. Nak order ESP Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Apakah Punca Keguguran Di Awal Kehamilan?

pixel Apakah Punca Keguguran Di Awal Kehamilan?
Category: Keguguran, Kehamilan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.