-

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips atasi alahan semasa mengandung adalah soalan paling kerap ditanya oleh pelanggan saya yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.  Jika anda mengalami alahan mengandung, anda boleh amalkan tips yang akan saya kongsi sebentar lagi bersama Set Morning Sickness Shaklee yang sememangnya berkesan.

tips atasi alahan semasa me 300x252 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Berkesan Berdasarkan Pengalaman Saya Sendiri.

Berikut adalah tips alahan mengandung yang boleh anda amalkan. Insya Allah sangat membantu. Saya morning sickness sampai masuk trimester kedua. Hilang 20 kg! Berikut adalah apa yang saya amalkan:

1. Jangan biarkan perut lapar

Walau pun tak berselera untuk makan, paksa diri untuk makan supaya perut kita tak kosong & masuk angin. Kalau masuk angin nanti kembung pulak, lagi menambahkan sakit yang ada.

2. Makan sikit tapi kerap

Kalau makan banyak, nanti kita muntah. Jadi makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

3. Elakkan makanan yang berbau kuat

Sesetengah makanan mempunyai bau yang kuat macam tempoyak. Elakkan makanan yang berbau.

4. Elakkan makanan pedas & berempah

Kalau makan makanan yang berempah, bila kita muntah tekak akan berasa pedih & sakit. Oleh itu sebolehnya elakkan makanan berempah.

5. Makan buah atau salad

Buah dapat membekalkan gula yang hilang dari badan akibat muntah-muntah. Buah & salad yang segar boleh membuka selera kita untuk makan.

tips atasi alahan semasa me1 300x227 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

6. Jangan terlalu memikirkan tentang alahan yang dialami

Elakkan berkurung didalam bilik kerana anda akan sentiasa berfikir tentang alahan. Ajak suami jalan-jalan ambil angin di luar. Sedut udara segar. Insya Allah anda akan berasa lebih selesa.

7. Elakkan bau-bauan

Car perfume, wangian rumah, aromaterapi, seeloknya dielakkan kerana aroma yang dikeluarkan akan menambahkan lagi alahan yang anda alami. Buka pintu & tingkap untuk pengudaraan supaya udara dalam rumah menjadi segar.

8. Mandi awal pagi

Bila kita mandi awal, badan akan berasa segar & mengurangkan alahan mengandung yang dialami.

9. Makan apa yang berselera

Satu tips alahan mengandung yang paling penting ialah makan apa yang kita berselera. Kalau kita berselera makan epal, makanlah epal setiap hari. Jangan paksa diri makan nasi.

10. Minta sokongan suami

Sesetengah suami tidak memahami penderitaan yang kita alami. Jika menghadapi situasi sebegitu, berterus-terang dengan suami & minta sokongan beliau. Insya Allah suami akan sentiasa ada di sisi kita.

11. Set Morning sickness Shaklee

Waktu mengandung dulu saya belum kenal Shaklee. Menyesal sebab tak jumpa Shaklee sejak dulu. Set Morning Sickness Shaklee telah membantu ramai pelanggan saya menghilangkah alahan mengandung yang dialami. Harganya pun murah. Berbaloi sangat duit yang anda keluarkan untuk set ini.

set morning sickness Shakle 213x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

morning sickness tips 212x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Semoga tips atasi alahan semasa mengandung ini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Morning Sickness Shaklee dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

pixel Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.