-

Punca Susah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tertanya-tanya kenapa anda masih belum berjaya mengandung walau pun dah buat macam-macam ikhtiar? Adalah penting untuk anda mengetahui punca-punca ketidaksuburan.  Sambil-sambil tu anda juga boleh baca testimoni pelanggan saya yang berjaya mengandung. Ok, jom saya ceritakan apakah punca susah mengandung.

punca susah mengandung 300x212 Punca Susah Mengandung

Apakah Punca Susah Mengandung? Dan Apakah Penyelesaiannya?

Haid Tidak Teratur

Salah satu punca susah mengandung ialah kitaran haid yang tidak teratur. Anda perlu mengetahui punca haid tidak teratur. Apabila haid anda tidak teratur, susah untuk anda menganggar bilakah waktu subur. Mengetahui tarikh subur adalah sangat penting dalam usaha anda untuk mengandung kerana anda perlu memastikan terdapat sperma yang aktif didalam rahim anda semasa badan anda berada dalam keadaan paling subur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex & Alfalfa untuk membetulkan kitaran haid anda.

Benih Tidak Berkualiti

Untuk mengandung, anda memerlukan benih yang berkualiti dari suami & isteri. Anda akan mengalami kesukaran untuk mengandung sekiranya suami anda mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count . Peluang anda untuk mengandung juga akan berkurangan sekiranya anda mempunyai masalah telur tidak matang. Jika anda atau suami mempunyai masalah benih tidak berkualiti, hubungi saya untuk konsultasi. Insya Allah, dengan pengambilan vitamin yang betul boleh meningkatkan kualiti benih anda.

Terlepas Waktu Subur

Anda tidak akan mengandung sekiranya anda terlepas waktu subur. Tak tahu bila waktu subur? Senang je, baca penerangan saya yang panjang lebar ni.

Duduk Berjauhan

Suami isteri yang duduk berjauhan sememangnya merupakan antara punca susah mengandung kerana agak sukar untuk anda memastikan anda tidak terlepas waktu subur. Tapi, anda jangan gundah gulana. Dah ramai pelanggan saya yang berjaya mengandung walapu pun tinggal berjauhan. Nak tahu tips nya? Amalkan set kesuburan Shaklee supaya anda berada dalam keadaan subur apabila berjumpa.

Stress

Anda stress? Ia juga merupakan punca susah mengandung. Amalkan gaya hidup sihat & jauhi stress. B Complex Shaklee merupakan vitamin gembira & anti stress. Dengan pengambilan B Complex, hidup anda akan bebas stress. Ia juga kaya dengan folic acid yang penting bagi ibu mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Makanan Tajam

Makanan tajam seperti nenas, tapai, air kelapa & air coca cola boleh menyebabkan benih susah untuk lekat. Malahan, ia juga boleh menyebabkan benih yang telah melekat gugur dengan sendiri. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengandung, elakkan mengambil makanan tajam di atas.

Penyakit

Penyakit seperti Cyst, Fibroid, PCOS, & Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburana anda & menjadi punca susah nengandung. Manakala penyakit kencing manis dikalangan suami juga boleh menyebabkan benih yang dihasilkan kurang berkualiti. Ramai pelanggan saya yang mempunyai cyst telah berjaya mengandung dengan Set Cyst Shaklee. Set Fibroid Shaklee pula dapat membantu anda yang mempunyai masalah fibroid. Bagi anda yang disahkan mengidap Endometriosis boleh mangambil Set Endometriosis Shaklee. Jika anda wanita PCOS, anda boleh baca entry ini.

Belum Rezeki

Kadang-kadang, anda belum mengandung kerana masih belum ada rezeki. Tuhan ingin menguji anda kerana dia sayang & mahu anda mendekatkan diri kepadanya, Anda boleh mengamalkan doa & tips  berikut untuk memudahkan anda mengandung. Pengambilan Set Kesuburan Shaklee secara konsisten juga akan membantu anda untuk mengandung.

Jika anda mempunyai kesukaran untuk mengandung, sila elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca susah mengandung. Anda juga boleh berikhtiar dengan Set Subur Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Susah Mengandung

pixel Punca Susah Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.