-

Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Ramai yang nak tahu cara makan vitamin Shaklee yang betul. Semua orang tahu bahawa vitamin Shaklee sememangnya berkesan asalkan diambil dengan dos dan cara makan yang betul. Ada yang mengadu makan Shaklee tapi tak nampak apa-apa kesan & bila saya selidik, rupanya pengedar mereka gagal memberikan cara makan yang betul. Sayang betul….. rugi je beli Shaklee kalau tak dapat kesan yang diidamkan.

ebook 300x279 Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Nak Ebook ni secara percuma? Hubungi saya sekarang!

Anda juga perlu tahu bahawa setengah vitamin tidak boleh diambil bersama vitamin lain dalam waktu yang sama sebab akan mengganggu penyerapan vitamin-vitamin tersebut. Malahan, jika diambil dalam dos yang berlebihan anda akan menghadapi risiko sakit buah pinggang. Sebab tu cara makan vitamin Shaklee yang betul adalah sangat penting supaya anda mendapat kebaikan vitamin yang dibeli tanpa sebarang risiko kesihatan.

Apakah Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul?

Aturan makan & dos yang spesifik adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja. Tetapi saya akan terangkan secara general, dos anda donts dalam cara makan Shaklee yang betul.

Saranan Saya:

VITAMIN LARUT AIR  seperti ( Vitamin B & C ) seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak dan berminyak kera ia akan menganggu proses penyerapan nutrien oleh badan.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K)  memerlukan lemak untuk memudahkan proses penyerapan oleh badan. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil vitamin-vitamin ini selepas makan makanan berlemak & berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium)  seeloknya diambil bersama susu sebebelum tidur agar membantu anda mendapat tidur yang berkualiti & membantu badan menyerap kalsium dengan baik.

LECITHIN disarankan untuk diambil bersama vitamin larut lemak yang lain.

Elakkan Daripada:

 1. Jangan ambil Alfalfa + VItamin E  kerana menganggu penyerapan Alfalfa.

 2. Jangan ambil zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium.

 3. Cara makan Shaklee yang disarankan ialah  mengambil selepas makan kecuali vitamin yang disarankan untuk diambil sebelum makan. Makan vitamin anda mengikut dos yang betul agar tidak menjejaskan kesihatan anda.

4. Jangan ambil vitamin anda bersama minuman berkafein atau bergas kerana ia akan menganggu penyerapan nutrien oleh badan.

 5. Jangan lupa untuk minum air kosong secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Cara makan vitamin Shaklee yang betul sememangnya penting & sebagai pembeli anda berhak untuk mendapat konsultasi & cara makan Shaklee yang betul dari pengedar anda. Oleh itu pastikan anda membeli dari pengedar yang berilmu & benar-benar serius untuk membantu anda.

cara makan vitamin shaklee 300x157 Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Cadangan Jadual Makan Vitamin Shaklee

Berikut adalah contoh cara makan Shaklee yang betul. Adalah diingatkan bahawa jadual dibawah adalah sekadar contoh. Aturan makan yang paling tepat berbeza mengikut keperluan individu selepas konsultasi.

Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah keguguran rambut yang serius & untuk kesuburan
Nutriferon
Satu sachet sehari kecuali jika sakit, doa boleh ditambah
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan Performance Drink jika ada
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
JADUAL INI ADALAH CONTOH SAHAJA

Jadi, pastikan anda amalkan cara makan vitamin Shaklee yang betul supaya setiap sen yang anda laburkan adalah berbaloi & anda mendapat khasiat yang diinginkan. Untuk konsultasi & cara makan vitamin yang betul, hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul
pixel Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.