-

Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee

Tahun baru biasanya semua sibuk dengan azam baru. Apa kata anda jadikan JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN SHAKLEE sebagai azam tahun 2016 anda? Oh ya… perkataan “rumah” tu boleh juga ditukar kepada perkataan “pejabat” kalau anda seorang wanita berkerjaya.

jana pendapatan dari rumah 300x187 Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee

Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee

Online business adalah cara paling mudah untuk menjana pendapatan sampingan kerana ia tidak mengganggu aktiviti harian kita. Sambil-sambil buat kerja pejabat boleh dapat duit. Sambil-sambil jaga anak & buat kerja rumah boleh dapat duit. Sebab tu ramai yang suka bila bercerita tentang jana pendapatan dengan Shaklee.

Ada bermacam-macam online business yang ada. Tak tahu nak pilih yang mana? Jom saya terangkan kenapa saya memilih Shaklee sebagai medium untuk menjana pendapatan 5 angka dari rumah. Sebelum tu, anda boleh membaca tentang kenapa semua orang berebut nak jadi ahli Shaklee & cara mendaftar sebagai ahli Shaklee di sini. Baiklah, jom saya ceritakan kenapa Shaklee adalah pilihan terbaik untuk anda jana pendapatan dari rumah:

1. Modal serendah RM79.00

Keahlian seumur hidup Shaklee adalah RM79.00 untuk seumur hidup. Anda perlu menambah RM10.00 untuk kos postage sekiranya anda berada di Sabah & Sarawak. Mana ada bisnes lain dengan modal serendah ini? Kalau tengok kebanyakan MLM di Malaysia, nak jadi ahli je kena bayar beribu-ribu. Kena paksa beli stok banyak-banyak. Sampai ada yang terpaksa buat pinjaman bank. Belum mula berniaga dah buat loan? Hmmm…. tak payahlah sampai macam tu.

2. Tidak perlu simpan stok banyak di rumah

Selalunya orang berniaga kena keluarkan modal untuk simpan stok kat rumah. Dengan Shaklee, anda tak perlu simpan stok kat rumah. Stok kita Shaklee tolong simpankan di gudang. Bila ada yang nak beli & dah masukkan duit ke akaun kita, baru kita submit order ke Shaklee. Kalau order sebelum pukul 3.00 petang, esok barang dah sampai kat kastemer kita. Satu sen pun kita tak perlu keluarkan duit sendiri. Nanti bila anda dah dapat bonus yang banyak, boleh la start simpan stok kat rumah. Sedikit demi sedikit. Saya akan ajar anda tentang pengurusan stok yang baik.

jana pendapatan dari rumah1 300x187 Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee

3. Tak perlu keluar dari rumah

Kita tak payah susah-susah nak ke pejabat pos untuk pos barang. Shaklee tolong pos kan. Kerja kita cuma cari kastemer.Macam mana nak cari kastemer? Semuanya secara online dari rumah. Saya akan share dengan anda macam mana saya jana pendapatan dari rumah dengan Shaklee. Tanpa perlu keluar. Saya ada beribu-ribu kastemer di seluruh dunia & saya tak pernah pun berjumpa dengan mereka. Hebat kan? Mudah sangat nak jana pendapatan dengan Shaklee.

4. Tunjuk ajar secara online

Sesetengah MLM mewajibkan anda berjumpa untuk seminar atau marketing class. dengan Shaklee, semua tunjuk ajar diberikan secara online. Jom tengok video saya ni. Saya ada cerita tentang online coaching Shaklee:

5. Peluang cerah untuk menjana pendapatan 5 angka sebulan

Dalam Shaklee, siapa rajin dia dapat. Maksudnya kalau anda rajin berusaha, pasti anda akan dapat jana pendapatan dari rumah. Malahan ramai yang dah berhenti kerja & fokus dengan Shaklee sebab pendapatan dari Shaklee berkali-kali ganda lebih banyak daripada gaji hakiki.

Jadi, kalau azam tahun baru anda ialah nak jana pendapatan dari rumah, Shaklee adalah pilihan terbaik untuk anda. Jom sertai kumpulan SYNERGY kami. Insya Allah saya akan memberikan segala tunjuk ajar kepada anda & bersama-sama kita jana pendapatan  5 angka sebulan dengan Shaklee.

jana pendapatan dari rumah2 300x237 Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee

Nak jana pendapatan dari rumah dengan Shaklee? Anda dah buat keputusan yang bijak. Hubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips atasi alahan semasa mengandung adalah soalan paling kerap ditanya oleh pelanggan saya yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.  Jika anda mengalami alahan mengandung, anda boleh amalkan tips yang akan saya kongsi sebentar lagi bersama Set Morning Sickness Shaklee yang sememangnya berkesan.

tips atasi alahan semasa me 300x252 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Berkesan Berdasarkan Pengalaman Saya Sendiri.

Berikut adalah tips alahan mengandung yang boleh anda amalkan. Insya Allah sangat membantu. Saya morning sickness sampai masuk trimester kedua. Hilang 20 kg! Berikut adalah apa yang saya amalkan:

1. Jangan biarkan perut lapar

Walau pun tak berselera untuk makan, paksa diri untuk makan supaya perut kita tak kosong & masuk angin. Kalau masuk angin nanti kembung pulak, lagi menambahkan sakit yang ada.

2. Makan sikit tapi kerap

Kalau makan banyak, nanti kita muntah. Jadi makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

3. Elakkan makanan yang berbau kuat

Sesetengah makanan mempunyai bau yang kuat macam tempoyak. Elakkan makanan yang berbau.

4. Elakkan makanan pedas & berempah

Kalau makan makanan yang berempah, bila kita muntah tekak akan berasa pedih & sakit. Oleh itu sebolehnya elakkan makanan berempah.

5. Makan buah atau salad

Buah dapat membekalkan gula yang hilang dari badan akibat muntah-muntah. Buah & salad yang segar boleh membuka selera kita untuk makan.

tips atasi alahan semasa me1 300x227 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

6. Jangan terlalu memikirkan tentang alahan yang dialami

Elakkan berkurung didalam bilik kerana anda akan sentiasa berfikir tentang alahan. Ajak suami jalan-jalan ambil angin di luar. Sedut udara segar. Insya Allah anda akan berasa lebih selesa.

7. Elakkan bau-bauan

Car perfume, wangian rumah, aromaterapi, seeloknya dielakkan kerana aroma yang dikeluarkan akan menambahkan lagi alahan yang anda alami. Buka pintu & tingkap untuk pengudaraan supaya udara dalam rumah menjadi segar.

8. Mandi awal pagi

Bila kita mandi awal, badan akan berasa segar & mengurangkan alahan mengandung yang dialami.

9. Makan apa yang berselera

Satu tips alahan mengandung yang paling penting ialah makan apa yang kita berselera. Kalau kita berselera makan epal, makanlah epal setiap hari. Jangan paksa diri makan nasi.

10. Minta sokongan suami

Sesetengah suami tidak memahami penderitaan yang kita alami. Jika menghadapi situasi sebegitu, berterus-terang dengan suami & minta sokongan beliau. Insya Allah suami akan sentiasa ada di sisi kita.

11. Set Morning sickness Shaklee

Waktu mengandung dulu saya belum kenal Shaklee. Menyesal sebab tak jumpa Shaklee sejak dulu. Set Morning Sickness Shaklee telah membantu ramai pelanggan saya menghilangkah alahan mengandung yang dialami. Harganya pun murah. Berbaloi sangat duit yang anda keluarkan untuk set ini.

set morning sickness Shakle 213x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

morning sickness tips 212x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Semoga tips atasi alahan semasa mengandung ini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Morning Sickness Shaklee dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Rawatan PCOS Untuk Hamil

Saya telah membantu ramai wanita PCOS untuk hamil. PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrom adalah penyakit yang menyebabkan kilang telur  atau ovari  seorang wanita menjadi bengkak disebabkan oleh benih-benih yang terperangkap didalam ovari dan tidak boleh keluar pada waktu subur.  Anda juga perlu tahu  apa itu PCOS, punca, simptom & diagnosa PCOS.  Perkara utama yang membayangi wanita PCOS ialah adakah mereka boleh hamil? Apakah rawatan PCOS untuk hamil?

rawatan pcos untuk hamil 300x256 Rawatan PCOS Untuk Hamil

Apakah Fungsi Ovari?

Tahukah anda apa fungsi utama ovari yang dikurniakan kepada setiap wanita? Apakah kaitan antara rawatan PCOS untuk hamil dengan ovari yang sihat? Untuk maklumat anda, ovari kita mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

1. Mengeluarkan hormon Estrogen dan Progesterone iaitu hormon kewanitaan. Hormon ini mempengaruhi proses pertumbuhan payu dara, bentuk badan dan rambut.

2. Ovari  berfungsi mengawal kitaran haid, kesuburan dan kehamilan.

3. Ovari juga berfungsi mengeluarkan telur atau ovum untuk persenyawaan.

Wanita PCOS mempunyai ovari yang tidak sihat & tidak bersedia untuk kehamilan. Oleh itu, rawatan PCOS untuk hamil memberikan fokus kepada ovari yang sihat kerana ovari yang sihat adalah perkara paling penting untuk hamil.

rawatan pcos untuk hamil1 300x148 Rawatan PCOS Untuk Hamil

Apakah Tanda-tanda Ovari Tidak Sihat? 

Tidak subur atau mandul. Majoriti pesakit PCOS mengalami masalah untuk mengandung walau pun telah lama mencuba.
Kitaran haid yang tidak teratur  sama ada  jarak antara haid yang panjang, pendarahan yang sedikit, atau pun pendarahan yang berpanjangan.
Berlebihan berat badan akibat peningkatan berat badan.
Pertumbuhan rambut dianggota badan seperti dikaki, tumbuh misai, dipayudara, atau anggota badan yang lain.

Anda boleh membaca tanda-tanda yang lain di sini. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, segera dapatkan rawatan PCOS untuk hamil supaya peluang anda untuk mengandung tidak terjejas dengan teruk. Lagi lama anda bertangguh, semakin teruk PCOS anda.

    Apakah Rawatan PCOS Untuk Hamil?

Fokus utama rawatan PCOS untuk hamil ialah:

  • Meningkatkan kesuburan
  • Membetulkan kitaran haid

Anda oleh mengamil Set PCOS Shaklee yang berfungsi untuk:

1. Merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur berkualiti setiap bulan. Set ini adalah sangat selamat dan hampir tiada kesan sampingan.

2. Membetulkan kitaran haid.

3. Ia juga membantu menghilangkan simptom PCOS seperti jerawat, senggugut, pertumbuhan rambut & bulu di anggota badan.

Insya Allah, set ini adalah rawatan PCOS untuk hamil yang terbaik untuk anda, tanpa kos rawatan yang tinggi. Berminat untuk mendapatkan Set PCOS Shaklee?  Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Rawatan PCOS Untuk Hamil

Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Anda pengidap Endometriosis? Pasti anda tercari-cari rawatan Endometriosis tanpa pembedahan. Endometriosis sememangnya penyakit yang menyeksakan. pembedahan pula sangat menakutkan.

rawatan endometriosis 300x218 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

 Apakah Rawatan Untuk Endometriosis?

Bagi pesakit Endometriosis, anda memerlukan rawatan yang membantu mengurangkan kesakitan, meningkatkan kesuburan, melambatkan pertumbuhan tisu endometrium, dan mengelakkan Endometriosis daripada berulang.

Anda boleh melakukan Laparoscopy tapi tahukah anda bahawa lesi Endometrium yang dibuang boleh tumbuh semula? Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa itu Endometriosis, punca, bagaimana ia berlaku & simptom awal di sini.

rawatan endometriosis1 300x218 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Bagaimana Endometriosis Menganggu Kesuburan?

Endometrium biasanya tumbuh di kilang telur & tiub fallapio. Apabila ia tumbuh di kilang telur, ia akan mengganggu proses penghasilan telur (ovum) setiap bulan. Kehadiran Endometrium di tiub fallapio juga akan menganggu telur yang dihasilkan daripada berjumpa sperma & melalui proses persenyawaan.

Jika telur anda telah disenyawakan sekali pun, proses penempelan juga akan terganggu menyebabkan amda sukar untuk mengandung. Oleh itu, jika anda disahkan sebagai pesakit Endometriosis, jangan berlengah lagi, dapatkan rawatan Endometriosis tanpa pembedahan.

rawatan endometriosis2 300x272 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Apakah Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan?

Anda boleh merawat penyakit Endometriosis anda & didalam masa yang sama meningkatkan kesuburan tanpa pembedahan dengan mengambil Set Endometriosis Shaklee yang telah membantu ramai wanita Endometriosis sembuh & berjaya mengandung.

Set ini terdiri daripada: GLA Complex, CoqHealth, B Complex, Alfalfa, Vitalea, & Vitamin E. Anda boleh membaca bagaimana vitamin ini membantu penyakit Endometriosis & meningkatkan kesuburan di sini.

Berminat untuk mendapatkan rawatan Endometriosis tanpa pembedahan? Set Endometriosis Shaklee adalah jawapannya.  Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Fibroid adalah tumor pejal yang terdiri daripada tisu-tisu fiber yang tumbuh yang merupakan benign atau pun bukan kanser. Ya! fibroid bukan kanser tetapi ia boleh menjejaskan kesuburan anda & menyebabkan kesakitan. Anda boleh membaca jenis-jenis fibroid di sini. Nak tahu cara kecutkan fibroid supaya tak perlu jalani pembedahan yang menakutkan?

cara kecutkan fibroid 300x223 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Disahkan Mempunyai Fibroid?

Jika anda disahkan mempunyai fibroid, berikut adalah beberapa info yang perlu anda dapatkan daripada doktor yang merawat anda iaitu:

1. Berapa biji fibroid yang ada

2. Apakah jenis fibroid anda

3. Berapa cm saiz fibroid anda

4. Apakah cadangan doktor, sama ada untuk berusaha mengecutkan atau membuang dengan cara pembedahan.

Kebiasaanya doktor akan mencadangkan anda membuang fibroid melalui pembedahan sekiranya fibroid anda bersaiz 5 cm ke atas & anda mengalami kesakitan atau pendarahan. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti simptom fibroid & dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki ada fibroid didalam rahim anda kerana semakin lama dibiarkan, fibroid anda akan menjadi semakin besar.

Apabila ia besar, proses mengecutkan fibroid akan mengambil masa yang agak lama & sekiranya ia bersaiz 5 cm, mungkin anda perlu menjalani pembedahan. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah simptom fibroid.

cara kecutkan fibroid1 300x224 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Bagaimana Merawat Fibroid Tanpa Pembedahan?

Jika anda disahkan mempunyai fibroid, jangan terus bersetuju untuk menjalani pembedahan. Jika fibroid anda bersaiz 5 cm keatas, menyebabkan kesakitan & pendarahan, atau fibroid berulang, Vivix adalah vitamin terbaik untuk anda.

Jika fibroid anda bersaiz kurang daripada 5 cm, tidak menyebabkan kesakitan atau pendarahan, dan bukan fibroid berulang, anda boleh berusaha mengecutkan fibroid anda dengan  Set Fibroid Shaklee  . Bagaimana set ini membantu merawat fibroid tanpa pembedahan?

GLA Complex berfungsi menstabilkan hormon kerana ketidakstabilan hormon adalah punca kewujudan fibroid didalam rahim anda & menyebabkan ianya semakin membesar. Insya Allah apabila hormon anda stabil, fibroid anda akan mengecut secara semulajadi & anda akan berjaya merawat fibroid tanpa pembedahan.

Set ini juga terdiri daripada Vit C & Vit E yang merupakan antioksida. Ia merupakan ejen pembasmi radikal bebas yang berfungsi untuk menjaga sel sihat anda daripada dimusnahkan oleh radikal bebas tersebut. Sekali gus, is membantu menegecutkan fibroid anda.

Vitamin seterusnya ialah B Complex yang berfungsi sebagai anti stress yang mempengaruhi proses pengecutan fibroid anda. Tahukah anda bahawa fibroid akan lebih cepat mengecut sekiranya anda berada dalam keadaan gembira. Oleh itu B Complex membantu anda merawat fibroid tanpa pembedahan.

Alfalfa kaya dengan iodin. Tahukah anda iodin telah digunakan dalam alam perubatan untuk merawat cyst & fibroid sejak dulu lagi? Alfalfa membantu fibroid anda mengecut dengan cepat. Sementara Herblax bertindak sebagai ejen detox untuk mencuci usus anda.

cara kecutkan fibroid2 168x300 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Wanita di luar sana, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah simptom dan cara kecutkan fibroid supaya tak perlu jalani pembedahan yang menyakitkan. Jika anda disahkan mempunyai fibroid, Insya Allah, dengan pengambilan yang konsisten & aturan makan yang betul, Set Fibroid Shaklee sangat berkesan.  Berminat untuk mendapatkan set ini dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Ramai yang nak tahu cara makan vitamin Shaklee yang betul. Semua orang tahu bahawa vitamin Shaklee sememangnya berkesan asalkan diambil dengan dos dan cara makan yang betul. Ada yang mengadu makan Shaklee tapi tak nampak apa-apa kesan & bila saya selidik, rupanya pengedar mereka gagal memberikan cara makan yang betul. Sayang betul….. rugi je beli Shaklee kalau tak dapat kesan yang diidamkan.

ebook 300x279 Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Nak Ebook ni secara percuma? Hubungi saya sekarang!

Anda juga perlu tahu bahawa setengah vitamin tidak boleh diambil bersama vitamin lain dalam waktu yang sama sebab akan mengganggu penyerapan vitamin-vitamin tersebut. Malahan, jika diambil dalam dos yang berlebihan anda akan menghadapi risiko sakit buah pinggang. Sebab tu cara makan vitamin Shaklee yang betul adalah sangat penting supaya anda mendapat kebaikan vitamin yang dibeli tanpa sebarang risiko kesihatan.

Apakah Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul?

Aturan makan & dos yang spesifik adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja. Tetapi saya akan terangkan secara general, dos anda donts dalam cara makan Shaklee yang betul.

Saranan Saya:

VITAMIN LARUT AIR  seperti ( Vitamin B & C ) seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak dan berminyak kera ia akan menganggu proses penyerapan nutrien oleh badan.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K)  memerlukan lemak untuk memudahkan proses penyerapan oleh badan. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil vitamin-vitamin ini selepas makan makanan berlemak & berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium)  seeloknya diambil bersama susu sebebelum tidur agar membantu anda mendapat tidur yang berkualiti & membantu badan menyerap kalsium dengan baik.

LECITHIN disarankan untuk diambil bersama vitamin larut lemak yang lain.

Elakkan Daripada:

 1. Jangan ambil Alfalfa + VItamin E  kerana menganggu penyerapan Alfalfa.

 2. Jangan ambil zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium.

 3. Cara makan Shaklee yang disarankan ialah  mengambil selepas makan kecuali vitamin yang disarankan untuk diambil sebelum makan. Makan vitamin anda mengikut dos yang betul agar tidak menjejaskan kesihatan anda.

4. Jangan ambil vitamin anda bersama minuman berkafein atau bergas kerana ia akan menganggu penyerapan nutrien oleh badan.

 5. Jangan lupa untuk minum air kosong secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Cara makan vitamin Shaklee yang betul sememangnya penting & sebagai pembeli anda berhak untuk mendapat konsultasi & cara makan Shaklee yang betul dari pengedar anda. Oleh itu pastikan anda membeli dari pengedar yang berilmu & benar-benar serius untuk membantu anda.

cara makan vitamin shaklee 300x157 Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Cadangan Jadual Makan Vitamin Shaklee

Berikut adalah contoh cara makan Shaklee yang betul. Adalah diingatkan bahawa jadual dibawah adalah sekadar contoh. Aturan makan yang paling tepat berbeza mengikut keperluan individu selepas konsultasi.

Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah keguguran rambut yang serius & untuk kesuburan
Nutriferon
Satu sachet sehari kecuali jika sakit, doa boleh ditambah
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan Performance Drink jika ada
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
JADUAL INI ADALAH CONTOH SAHAJA

Jadi, pastikan anda amalkan cara makan vitamin Shaklee yang betul supaya setiap sen yang anda laburkan adalah berbaloi & anda mendapat khasiat yang diinginkan. Untuk konsultasi & cara makan vitamin yang betul, hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul

Tips Bunting Pelamin

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga atau pun baru berkahwin sememangnya mengimpikan untuk bunting pelamin. Si suami bercita-cita untuk menjadi suami gagah perkasa sementara si isteri berangan-angan nak jadi isteri hebat yang dirindui suami setiap masa. Jangan segan! Kalau anda nak tahu tips bunting pelamin, sila baca post ini sampai ke ayat yang terakhir.

bunting pelamin 300x258 Tips Bunting Pelamin

Apakah Tips Suami Perkasa Dan Isteri Hebat Untuk Bunting Pelamin?

Untuk bunting pelamin, anda perlu memastikan bahawa:

1. Suami isteri berada dalam keadaan yang subur sewaktu berkahwin. Ia bermaksud, 6 bulan sebelum tarikh akad nikah, anda dan pasangan sudah mula mengamalkan apa yang perlu untuk meningkatkan kesuburan masing-masing.

2. Pilih tarikh yang berdekatan dengan waktu subur. Tak tahu macam mana nak kira waktu subur? Sila baca di sini.

Macam mana nak tingkatkan kesuburan & menjadi suami gagah perkasa?

Madu. Amalkan mengambil satu sudu madu setiap hari. Jika anda merancang untuk bersama, ambil sesudu madu selepas makan malam. Isteri anda pasti tersenyum.

Senaman. Apabila anda bersenam, ia akan memperbaiki alira darah ke seluruh badan termasuk alat sulit anda. Apabila aliran darah anda baik, alat sulit anda juga akan berfungsi dengan baik & meningkatkan kesuburan anda.

Kurangkan Merokok. Rokok boleh mengurangkan kualiti sperma anda.  Kalau anda perokok tegar, sila berhenti merokok. tak boleh secara mengejut, berhenti secara perlahan-lahan.

Tips Tingkatkan Kesuburan. Anda boleh amalkan tips tingkatkan kesuburan lelaki supaya isteri cepat mengandung ini.

Tingkatkan Kesuburan Dengan Set Suami Gagah Shaklee. Vitamin E dan Zinc Complex sememangnya terbukti berkesan untuk meningkatkan kejantanan & kesuburan lelaki. Anda akan merasakan perbezaannya selepas 2 minggu. Apakah perbezaannya?:

1. Meningkatkan keinginan untuk bersama.

2. Bertahan lebih lama.

3. Meningkatkan kesihatan organ seks anda.

4. Memekatkan air mani

5. Menghasilkan sperma yang lebih banyak.

6. Menghasilkan sperma yang kuat & sihat. Mampu berenang dengan lebih laju & tahan lama didalam rahim isteri.

7. Meningkatkan kesuburan anda supaya isteri cepat mengandung.

tips bunting pelamin1 300x203 Tips Bunting Pelamin

Pendek kata anda akan jadi sharp shooter kebanggaan isteri. Siapa taknak kan? Nah, saya kongsikan testimoni isteri yang berpuas hati selepas suami mengambil set ini. Alhamdulillah, dah pun selamat melahirkan anak perempuan. Sekarang dalam pantang.

tips bunting pelamin 211x300 Tips Bunting Pelamin

Macam mana nak tingkatkan kesuburan isteri, jadi isteri hebat & memastikan bunting pelamin?

Betulkan kitaran haid. Jangan terlalu kurus atau terlalu gemuk sebab ia akan mengganggu kestabilan hormon & akibatnya period jadi tak regular. Kalau ada masalah period tak regular, sepatutnya sebelum kawin lagi kena betulkan. Tapi jangan risau, masih belum terlambat untuk menstabilkan hormon anda supaya period jadi regular & cepat mengandung.

Jangan makan benda tajam. Nenas, air tebu, air kelapa, air coke is a BIG NO! Tinggalkan terus. Memang belum ada kajian yang membuktikan bahawa makan tajam ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil, tapi apa salahnya kalau kita ikut nasihat orang-orang tua? PAsti ada sebab kenapa makanan-makanan ini dikatakan tajam.

Tingkatkan kesuburan dengan Set Kesuburan Shaklee. Pengantin baru selalunya akan merasa gemuruh & berdebar-debar apabila bersama suami sehingga menyebabkan kekeringan & ketidakselesaan ketika bersama. Anda boleh mengamalkan Set Kesuburan Shaklee yang membantu mengatasi masalah kering ketika bersama & meningkatkan kesuburan supaya anda berpeluang untuk bunting pelamin.

Anda juga boleh mengamalkan petua untuk meningkatkan kesuburan dan tips untuk cepat mengandung yang terbukti berkesan. Sekiranya anda merancang untuk membela kucing di rumah, sila luangkan sedikit masa untuk membaca info ini. Anda juga pasti ingin tahu tentang punca susah untuk mengandung yang saya senaraikan di sini. Kalau anda nakkan anak kembar, boleh la amalkan tips yang saya kongsi di sini.

Jadi, sila amalkan tips bunting pelamin yang saya share kat atas tadi. Kalau anda betul-betul nak mengandung dengan cepat,  anda wajib ambil Set Kesuburan Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Bunting Pelamin

Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

Alhamdulillah Shaklee dah pun ada sistem online yang memudahkan ahli membeli secara online. Ramai yang masih belum tahu macam mana cara order Shaklee secara online dengan harga ahli.

cara order shaklee dengan h 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 Jika anda belum menjadi ahli Shaklee, anda boleh baca di sini tentang cara mendaftar sebagai ahli Shaklee serta faedah yang anda akan dapat sebagai ahli. Hari ni saya nak bercerita tentang cara order Shaklee secara online dengan harga ahi.

1. Anda boleh bermula dengan  pergi ke https://www.shaklee2u.com.my dan masukkan Shaklee ID & password anda.

2. Anda akan dibawa masuk ke page berikut. Klik “Shopping”

cara order shaklee harga ah1 300x169 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

3. Klik “Agree” dan “Next”

cara order shaklee online 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

4. Isikan  maklumat yang diperlukan. Kemudian klik “Confirm”

cara order shaklee 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

5. Pilih produk yang anda mahu beli, klik pada gambar

beli shaklee harga ahli 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

6. Klik ” Add to shopping Cart ”

shaklee harga ahli 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

7. Masukkan berapa botol yang anda ingin order. Jika anda ingin menambah vitamin lain, klik “Continue To Order “. Kalau anda selesai membeli, klik “Submit”

cara order shaklee 1 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

8. Pilih online credit/ debit card kemudian klik “Confirm Your Payment Method”

cara order shaklee secara o1 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

9. Masukkan butiran kredit kad/ debit kad. Klik “Please confirm Payment Info”

order shaklee 300x168 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

 

10. Anda akan dibawa ke page bari dimana anda akan diminta memasukkan MSOS CODE yang akan dihantar ke nombor telefon berdaftar anda. Selepas anda memasukkan kod tersebut & bayaran disahkan, order anda selesai. Anda akan mendapat notification order number melalui sms & emel yang diberikan.

Mudah saja kan cara order Shaklee secara online dengan harga ahli? Nak dapat harga ahli kenalah mendaftar sebagai ahli dulu. Berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Order Shaklee Secara Online Dengan Harga Ahli

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Cara Bancuh ESP Shaklee

Ramai yang takut nak beli ESP Shaklee walau pun tahu tentang 1001 kebaikan ESP. Kenapa? Sebab ramai yang takut tak boleh nak telan ESP. Ada yang tak suka minum susu. Ada yang tak suka minum soya. Ada yang tak suka vitamin bancuh-bancuh. Nak yang pil je, senang nak telan. Sebenarnya anda akan jatuh cinta dengan ESP Shaklee kalau anda tahu cara bancuh yang betul.

cara bancuh esp shaklee 276x300 Cara Bancuh ESP Shaklee

 Ada macam-macam cara bancuh ESP Shaklee. Anda boleh gunakan air suam atau air sejuk, mengikut selera anda. Malah anda boleh gunakan ESP sebagai bahan untuk membuat shake. Yang penting, jangan gunakan air panas mendidih sebab ia akan merosakkan protein didalam ESP.

Di antara resepi ESP kegemaran saya ialah:

Anda boleh bancuh ESP dengan air suam & tambah milo, shake. Jadilah ESP Milo Shake.

cara bancuh esp 300x300 Cara Bancuh ESP Shaklee

Atau pun boleh bancuh ESP dengan air yogurt Nestle Bliss. Favourite saya ialah perisa strawberry. Yummy!!!! Memang sedap!!!

cara bancuh esp 2 212x300 Cara Bancuh ESP Shaklee

ESP campur susu low fat pun sangat sedap!!!!!!! Kalau bancuh macam ni satu tumbler memang tak cukup.

cara bancuh esp 3 300x228 Cara Bancuh ESP Shaklee

Yang ni pula bancuhan ESP + Mealshake. Sangat sesuai untuk mereka yang sedang berusaha untuk menambah berat badan. Boleh kongsi dengan anak-anak. Mesti berebut.

cara bancuh esp 4 300x210 Cara Bancuh ESP Shaklee

Yang ni saya wajib buat at least sekali seminggu. Smoothie ESP + buah segar. Memang sangat2 sedap. Suami & anak-anak saya pun tumpang sekaki. Ini adalah cara bancuh ESP Shaklee yang super duper heaven.

cara bancuh esp 5 300x264 Cara Bancuh ESP Shaklee

Yang ni memang sinfully delicious. Saya bancuh ESP + milo + ais. Blend. Kemudian letakkan ais krim coklat sebagai topping. Tak tahan kan?

cara bancuh esp 6 300x290 Cara Bancuh ESP ShakleeYang ni nampak macam cara bancuh ESP Shaklee yang simple…tapi merupakan favourite para pelanggan saya. Dan semestinya favourite saya juga.

cara bancuh esp 7 224x300 Cara Bancuh ESP Shaklee

Teringin nak cuba resipi ESP yang menyelerakan ni? Jom order hari ini. Hubungi saya di sini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Bancuh ESP Shaklee

pixel Cara Bancuh ESP Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.