-

Tips Mengandung Selepas Keguguran

Hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya hati bila keguguran. 3 kali saya keguguran jadi saya tahu apa yang anda rasa. Kali ni saya nak share tips mengandung selepas keguguran yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

mengandung selepas kegugura 300x286 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Tips Mengandung Selepas Keguguran

Selepas keguguran, anda dinasihatkan untuk  berehat selama 2 minggu sebelum mencuba untuk mengandung semula. Anda akan lebih mudah untuk hamil sekiranya tips dibawah diamalkan bersama set kesuburan Shaklee. Pengambilan ESP Shaklee juga akan membantu menguatkan semula rahim anda.

Tips mengandung selepas keguguran yang boleh anda amalkan ialah:

 1. Kenal pasti tarikh subur.

 Jika haid anda teratur, adalah mudah untuk mengetahui tarikh subur. Setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan inilah waktu paling subur anda. Sekiranya anda bersama suami pada waktu ini, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas wkatu subur setiap bulan.

 2. Jalani pemeriksaan.

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang merupakan penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil. Jika anda mengesan penyakit ini pada peringkat awal, Insya Allah rawatan dapat membantu anda untuk hamil.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Dapatkan EBook ini secara percuma dengan pembelian set kesuburan Shaklee dari vitaminsaya.com

 3. Dapatkan berat badan yang ideal.

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal. Anda boleh mengetahui cara mengira BMI di sini.

4. Hubungan seks yang kerap & posisi yang tertentu.

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Nak tahu posisi terbaik untuk  mudah hamil? Saya ada share hot tips ni di secret group kami.

5. Tingkatkan kesuburan suami.

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

6. Mengambil multivitamin.

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Set kesuburan Shaklee mempunyai nutrient lengkap yang diperlukan oleh pasangan yang sedang mencuba untuk hamil.

8. Bersenam secara rutin .

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

mengandung selepas kegugura1 300x205 Tips Mengandung Selepas Keguguran

9. Mengambil makanan yang seimbang.

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

10. Elakkan makanan segera.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

 11. Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.

Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk meningkatkan kesuburan anda. ESP Shaklee adalah alternatif terbaik sekiranya anda tidak minum susu atau mengambil produk tenusu yang lain.

 12. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

 13. Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

14. Berurut

Berurut juga boleh membantu anda cepat hamil. Bidan yang berpengalaman dapat mengesan sekiranya ada masalah dengan peranakan anda seperti rahim jatuh. Kebiasannya bidan dapat membetulkan masalah tersebut dengan urutan.

 15. Kurangkan tekanan.

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

16.  Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Jika anda keguguran, jangan bersedih. Anda masih berpeluang untuk mengandung & melahirkan seperti pasangan yang lain. Amalkan tips mengandung selepas keguguran yang saya kongsikan tadi. Berminat untuk mendapatkan set subur Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mengandung Selepas Keguguran

pixel Tips Mengandung Selepas Keguguran

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.