-

Kenali Endometriosis

Endometriosis adalah satu keadaan luar biasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini sepatutnya luruh bersama-sama darah haid, tapi dalam kes endometriosis, selaput tersebut tidak gugur tetapi terus tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya. Endometriosis akan menjejaskan kesuburan anda & menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Jom kenali Endometriosis! Mari kita kaji punca, bagaimana ia berlaku, simptom, dan rawatan terbaik untuk penyakit endometriosis iaitu Set Endometriosis Shaklee.

endometriosis 300x251 Kenali Endometriosis

Kenali Endometriosis: Di manakah tisu endometrium biasa ditemui?

Ia biasanya tumbuh di:

  • Kilang telur (ovari)
  • Belakang rahim (utero sacral ligament)
  • Tiub  fallopio
  • Pundi-pundi kencing
  • Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun parut pembedahan lain seperti pembedahan apendiks.

endometriosis1 300x260 Kenali Endometriosis

Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis di mana inding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Kenali Endometriosis: Apakah Punca Endometriosis?

Punca  endometriosis tidak diketahui dengan pasti. Berkemungkinan ia disebabkan oleh:

1.  Darah kotor melimpah ke belakang rahim melalui tiub falopio semasa haid.

2. Wanita yang mengalami masalah retroverted uterus atau rahim terbalik juga sering dikaitkan dengan endometriosis.

3. Berkemungkinan juga tisu endometrium tersebut dibawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.

4.  Endometriosis juga sering dikaitkan dengan wanita yang mengalami tekanan jiwa atau selasu stress.

5. Ada juga yang berpendapat endometriosis berlaku kerana tahap imuniti wanita tersebut sangat lemah & menyebabkan tisu dalam badan menyerang tubuh sendiri.

endometriosis2 300x260 Kenali Endometriosis

Kenali Endometriosis: Bagaimana Endometriosis berlaku?

Apabila tisu endomentrium melekat pada satu tempat, ia akan mula tumbuh & semakin lama akan menjadi semakin tebal akibat ransangan hormon. Apabila haid berlaku, endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika tisu tersebut melekat di dalam ovari, darah yang dihasilkan akan membentuk chocolate cyst.

Kenali Endometriosis: Apakah simptom Endometriosis?

Di antara simptom endometriosis ialah:

  • Senggugut
  • Darah haid terlalu sedikit
  • Darah haid terlalu banyak
  • Sukar untuk hamil
  • Keguguran berulang

 Kenali Endometriosis: Apakah rawatan terbaik untuk Endometriosis?

Sekiranya anda disahkan mengidap endometriosis, anda boleh mengambil Set Endometriosis Shaklee untuk memulihkan penyakit tersebut. Set ini terdiri daripada GLA Complex, Vitamin E, Vitalea, B Complex, OmegaGuard dan Vitamin C.

GLA Complex berfungsi untuk menyeimbangkan hormon & dalam masa yang sama meningkatkan kesuburan anda.

GLA Shaklee 170x300 Kenali Endometriosis

B Complex adalah sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi Asid Folik yang penting dalam pertumbuhan bayi diperingkat awal kehamilan, terutama sekali bagi mengelakkan masalah spina bifida.

b complex shaklee Kenali Endometriosis

Vitamin E berfungsi menyuburkan organ reproduksi & mengurangkan gejala endometriosis. Ia juga mengurangkan sakit yang dialami semasa datang haid, atau pun sepanjang anda mengalami pendarahan yang berpanjangan.

vit e Shaklee Kenali Endometriosis

Vitalea memastikan sel badan anda, terutamanya sel benih mempunyai nutrien secukupnya supaya janin anda terbentuk daripada sel yang sihat.

vitalea shaklee 170x300 Kenali Endometriosis

Omegaguard mengandungi minyak ikan omega 3 yang sememangnya sangat penting bagi pesakit Endometriosis. Ia berfungsi untuk mengurangkan inflamasi di dalam sistem peranakan & mengurangkan simptom Endometriosis. Minyak Omega 3 dalam Omegaguard juga membantu GLA Complex menyeimbangkan hormon dalam tubuh badan.

endo Kenali Endometriosis

Vitamin C adalah sangat penting untuk pesakit Endometriosis kerana ia berfungsi untuk mengekalkan sistem imuniti pada tahap maksimum agar badan dapat mengenal-pasti sel-sel endometriosis yang tumbuh di dalam sistem peranakan dan bertindak untuk menghapuskannya.

endo1 170x300 Kenali Endometriosis

Kenali Endometriosis, dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas. Insya Allah gabungan vitamin di atas dapat membantu mengatasi gejala endometriosis yang anda alami & dalam masa yang sama akan meningkatkan kesuburan anda supaya mudah untuk mengandung. Hubungi saya untuk mendapatkan set endometriosis anda dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenali Endometriosis

pixel Kenali Endometriosis

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.