-

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Kehamilan sememangnya satu perkara yang menggembirakan. Bukan sahaja kepada pasangan suami isteri tersebut, malah seluruh keluarga besar akan teruja mendapat perkhabaran gembira ini. Walau bagaimana pun bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada pelbagai komplikasi kehamilan. Di antara komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung ialah:

komplikasi kehamilan 300x158 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

 1. Morning sickness @ alahan semasa mengandung. Alahan semasa mengandung atau morning sickness adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.  Anda boleh membaca tips untuk mengatasi morning sickness  yang berkesan ini. Untuk menghilangkan morning sickness dengan cepat, anda boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee.

alahan semasa mengandung 300x294 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

2. Keguguran. Komplikasi kehamilan yang kedua ialah keguguran. Keguguran bermaksud kehilangan kandungan didalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Menurut kajian, 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada blighted ovum  & rahim tidak kuat. Ada juga kes dimana isteri telah disahkan mengandung tetapi apabila ujian ultrasound dilakukan, kantung bayi tidak kelihatan.  Pendarahan  & kesakitan  adalah tanda awal keguguran janin. Pengambilan ESP mampu mengurangkan risiko keguguran di kalangan ibu mengandung.

3. Kelahiran pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.  Jika anda mula mengalami kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang.

4. Praeklampsia. Komplikasi kehamilan keempat ialah Preaklampsia. Ia bermaksud tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh  menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat. Pengambilan Set Hamil Shaklee & ESP mampu mengurangkan risiko Praeklampsia.

5. Air ketuban kurang (oligohydramnios). Komplikasi kehamilan yang seterusnya ialah air ketuban kurang. Kantung bayi dipenuhi air yang berfungsi untuk melindungi dan menyokong bayi didalam kandungan anda. Masalah oligohydramnios biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia berlaku, doktor akan memantau keadaan bayi & jika perlu, doktor akan melakukan induce  untuk mempercepatkan proses kelahiran.

petua banyakkan air ketuban1 300x266 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

6. Gestational diabetes/Diabetis kehamilan. Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi.  Paras gula dalam darah dapat dikawal dengan amalan pemakanan yang seimbang  serta pengambilan ESP.  Ibu yang mengalami diabetis ketika hamil berisiko  mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

7. Kehamilan luar rahim. Kehamilan luar rahim @ Ectopic Pregnancy apabila telur disenyawakan di luar rahim. Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.  Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim , implantasi berlaku dalam tiub falopio. Apabila janin berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Tiub fallopio yang pecah boleh mengancam nyawa jadi janin harus digugurkan. Jika ibu bapa janin tersebut enggan menggugurkannya sekali pun, kandungan tersebut tidak akan kekal lama. Ia akan gugur dengan sendiri.

8. Placenta previa. Komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung  seterusnya ialah Placenta Previa. Ia bermaksud uri anda  berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Jika plasenta kekal di bawah semasa kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan & lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Jika uri berada di bawah semasa proses kelahiran, pembedahan adalah jalan penyelesaian.

Itulah dia komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung. Pengambilan Set Hamil Shaklee membantu anda menjalani proses kehamilan yang sihat tanpa sebarang komplikasi kehamilan. Hubungi saya untuk mendapatkan set kehamilan anda. Enjoy your pregnancy!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Nama je morning sickness, tapi loya & muntah sepanjang hari. Sampai sekarang tidak diketahui punca sebenar morning sickness. Kemungkinan besar disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku secara mendadak di dalam badan ibu yang mengandung. Di samping itu, saya cadangkan anda ambil Set Morning Sickness Shaklee atasi alahan semasa mengandung yang teruk.

alahan semasa mengandung 300x294 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Set Morning Sickness Shaklee

Peppermint Ginger Plus

  • Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
  • Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

 B Complex

  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama  Asid Folik (B9),  Niacin (B3) & Cobalamin (B12). Mana nak dapat semua Vitamin B ni? Jawapannya: B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang disebut tadi. Bagus kan?
  • B Complex juga merupakan vitamin yang boleh membantu anda berasa gembira & anti stress.

Jom baca testimoni pelanggan saya yang berpuas hati dengan set morning sickness Shaklee untuk mengatasi alahan semasa mengandung yang teruk:

alahan semasa mengandung1 213x300 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk
alahan semasa mengandung2 213x300 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Anda sedang mengalami morning sickness? Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dengan aturan makan yang betul & harga istimewa. Jangan berlengah lagi. Segera dapatkan Set Morning sickness Shaklee untuk mengatasi alahan semasa mengandung yang teruk. Hubungi saya untuk order!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Petua Hilangkan Senggugut

Senggugut sememangnya menyakitkan. Cuma yang pernah rasa je tahu betapa siksanya senggugut setiap bulan. Anda boleh mengetahui jenis dan punca senggugut yang saya kongsikan di sini. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua hilangkan senggugut di bawah:

petua hilangkan senggugut 225x300 Petua Hilangkan Senggugut

Petua Hilangkan Senggugut

Petua  1: 

Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Petua 2: 

Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 3:

Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 4:

Petua hilangkan senggugut yang seterusnya ialah dengan menggunakan kucai.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Caranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Petua 5:

Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna – ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Petua 6:

Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Petua 7:

Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Petua 8:

Petua hilangkan senggugut yang seterusnya ialah dengan menggunakan Daun ati-ati. Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Petua 9:

Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

petua hilangkan senggugut1 300x248 Petua Hilangkan Senggugut

Petua 10:

Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Petua 11:

Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Petua 12:

Petua hilangkan senggugut yang terakhir ialah ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

Selain daripada mengamalkan petua  hilangkan senggugut yang saya kongsikan tadi, anda juga boleh mengambil Set Senggugut Shaklee untuk mengatasi masalah senggugut yang anda hadapi. Berminat untuk mencuba set ini? Hubungi saya segera untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Senggugut

Punca Masalah Kesuburan Lelaki Yang Ramai Suami Ambil Ringan

Tahukah anda bahawa masalah kesuburan lelaki  antara punca sukar hamil? Di antara masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah low sperm count juga dikenali sebagai Oligospermia. Jom saya ceritakan punca masalah kesuburan lelaki yang ramai suami ambil ringan.

masalah kesuburan lelaki1 300x207 Punca Masalah Kesuburan Lelaki Yang Ramai Suami Ambil Ringan

Masalah Kesuburan  Lelaki

Jika anda mengalami masalah kesuburan lelaki seperti bilangan sperma yang rendah, jangan risau. Ia tidak bermakna anda tidak boleh mendapat anak. Peluang anda untuk mendapat anak masih ada, cuma lebih rendah berbanding orang lain yang mempunyai bilangan sperma yang normal.  Sperma yang sedikit bermaksud semasa ejakulasi, kandungan sperma dalam air mani yang dipancutkan adalah sedikit berbanding jumlah yang normal, iaitu kurang daripada 15 juta sperma dalam satu milimeter air mani.

Punca Masalah Kesuburan Lelaki Yang Ramai Suami Ambil Ringan

 1. Perubatan.

  • Varicocele (Bengkak di saluran yang mengalirkan sperma)
  • Jangkitan kuman
  • Masalah ejakulasi (Retrograde ejaculation)
  • Antibodi menyerang sperma
  • Tumor
  • Masalah testis (Undescended testical)
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kecacatan saluran yang membawa sperma
  • Kecacatan kromosom
  • Penyakit Celiac
  • Pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama seperti steroid, kemoterapi, ubatan antifungal

2. Persekitaran

  • Kimia industri
  • Toksik
  • Radiasi atau x-ray
  • Menunggang dalam tempoh yang lama (basikal, motorsikal, kuda)
  • Testis terlalu panas ( sauna, hor tub)

3. Kesihatan, cara hidup & lain-lain.

  • Penyalah gunaan dadah
  • Ketagihan alkohol
  • Merokok
  • Stress
  • Berat Badan

Apa Nak Buat Kalau Ada Masalah Kesuburan Lelaki?

Sekiranya anda telah disahkan mempunyai masalah kesuburan seperti kekurangan sperma, anda boleh mengambil Set Suami Gagah Shaklee yang terdiri daripada Vitamin E & Zinc Complex:

Vitamin E. Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk anda, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.

masalah kesuburan lelaki2 300x188 Punca Masalah Kesuburan Lelaki Yang Ramai Suami Ambil Ringan

Zinc Complex. Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

masalah kesuburan lelaki3 300x294 Punca Masalah Kesuburan Lelaki Yang Ramai Suami Ambil Ringan

 Vivix. Kalau ada bajet boleh tambah vitamin ni. Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

masalah kesuburan lelaki4 300x245 Punca Masalah Kesuburan Lelaki Yang Ramai Suami Ambil Ringan

 Sekarang anda sudah tahu punca masalah kesuburan lelaki yang ramai suami ambil ringan. Insya Allah, pengambilan vitamin ini akan membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki yang anda alami &  meningkatkan peluang anda untuk memperoleh zuriat sendiri. Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Masalah Kesuburan Lelaki Yang Ramai Suami Ambil Ringan

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung atau morning sickness sangat menyiksakan. Istimewa untuk anda, saya kongsikan tips atasi muntah dan loya semasa mengandung.  Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi alahan yang anda alami.

muntah dan loya 300x226 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.

Jika anda mengalami morning sickness, berikut adalah beberapa tips atasi alahan mengandung yang boleh diamalkan:

1. Makan kurma & kismis.

2. Amalkan sesudu madu setiap pagi.

3. Makan biskut kering apabila berasa loya.

4. Sediakan limau nipis di sisi. Cium bau limau nipis apabila loya.

5. Elakkan memakan asam terlalu banyak kerana ia akan menyebabkak perut berasid.

6. Makan tembikai diwaktu pagi kerana ia mampu membantu mengurangkan rasa loya & mual anda.  Kandungan air didalam tembikai akan membantu mengelakkan anda daripdada dehidrasi. Mineral didalam tembikai akan mengembalikan zat yang hilang akibat muntah-muntah.

muntah dan loya1 300x284 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung1 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung2 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
 

7. Elakkan bau atau makanan yang boleh menyebabkan anda berasa mual.

8. Makan sikit tapi kerap.

9. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut.

10. Aromaterapi juga boleh membantu anda. Dapatkan bau yang segar.

Insya Allah tips atasi muntah dan loya semasa mengandung ini akan membantu anda. Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi masalah alahan yang anda alami. Alhamdulillah, dengan dos & aturan yang betul, ia telah membantu ramai ibu mengandung di luar sana. ESP Shaklee juga membantu ibu hamil untuk kembali bertenaga. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

pixel Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.