-

Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound

Buat UPT dapat 2 garisan samar. Pergi ke klinik, doktor sahkan mengandung. Tapi kantung bayi tiada semasa ujian ultrasound. Mengandung ke tidak sebenarnya? Ada risiko keguguran ke? Kebelakangan ni ramai betul yang menghubungi saya menceritakan senario tersebut. Malah semalam seorang kastemer saya dah pun disahkan mengandung tapi bila scan tiada kantung. Apa yang berlaku sebenarnya? Soalan pertama saya ialah adakah anda melakukan ujian kehamilan pada waktu yang tepat? 
kantung bayi 287x300 Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound
Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound
Apa itu kantung bayi?
 
Apabila anda mengandung, kantung bayi akan terbentuk bagi melindungi janin & air ketuban. Kantung ini boleh dianggap sebagai perumah bagi janin anda. Kebiasaanya kantung ini dapat dikesan seawal minggu kelima kehamilan. Namun sebab saiznya terlalu kecil, kadang-kadang kantung tersebut tak dapat dikesan semasa ujian ultrasound disebabkan oleh:
 
1. Doktor yang tiada skill & pengalaman
2. Alat ultrasound yag tidak bagus.
 
Oleh itu, nasihat saya, keluarkan sedikit duit untuk pergi ke klinik Pakar Sakit Puan & Perbidanan yang bagus supaya mendapat servis yang terbaik. Jika lantung bayi tiada semasa ujian Ultrasound, ujian darah akan dijalankan bagi mengesahkan kehamilan anda.
 
Apa itu ujian darah? Tujuannya?
 
Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Ujian darah dapat mengesan kehadiran hormon tersebut didalam darah anda. Jika peratusannya tinggi, bermakna anda mengandung.
 
Ujian darah mengesahkan anda mengandung tapi kantung bayi tiada semasa ujian Ultrasound. Macam mana?
 
Jika ujian darah mengesahkan kehamilan anda, berikut adalah beberapa kemungkinan:
 
1. Pemeriksaan ultrasound dilakukan terlalu awal.
Kantung tersebut hanya dapat dikesan seawal minggu ke5 kehamilan. Mungkin anda tersalah mencatat tarikh haid anda yang terakhir.
 
2. Jika anda yakin telah mencatat tarikh haid yang lepas dengan betul, berkemungkinan kandungan anda mempunyai risiko:
 
i. Kehamilan Diluar Rahim atau Ectopic Pregnancy. 
 
Jika berlaku pendarahan atau spotting, apa yang patut anda lakukan?
 
Jika berlaku pendarahan, dapatkan rehat secukupnya. Elakkan dari melakukan aktiviti lasak. Amalkan amalan pemakanan ibu mengandung yang mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung. Selepas 2 minggu anda boleh berjumpa doktor sekali lagi untuk pemeriksaan selanjutnya.
 
Ada tak vitamin Shaklee yang sesuai untuk kes seperti ini?
 
Saya sarankan anda mengambil ESP  terutamanya jika anda mengalami pendarahan atau spotting. Insya Allah ESP akan membantu menguatkan rahim & membantu pembentukan janin yang sempurna. Serta mengurangkan risiko & komplikasi kehamilan anda. Anda juga boleh mengambil set hamil Shaklee untuk kesan yang lebih baik.
 
Jika kantung bayi tiada semasa ujian Ultrasound, jangan terlalu risau, banyakkan berdoa supaya kandungan anda selamat. Banyakkan bersedekah & melakukan amal ibadat. Dekatkan diri dengan tuhan. Insya Allah, segalanya akan berjalan dengan lancar. Boleh juga amalkan ESP dan Set Ibu Mengandung ShakleeHubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound

pixel Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.