-

Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

Pernah tak anda dengar kisah sebegini: A disahkan mengandung. Ada tanda-tanda mengandung. Tapi bila doktor buat ultrasound baby dah hilang. Tinggal kantung kosong je. Doktor sahkan bahawa A dah mengalami keguguran. Padahal A tak pernah alami pendarahan. Tak pernah rasa sakit. Semuanya normal. Apa yang berlaku? Kes ini berlaku disebabkan oleh Blighted ovum, salah satu punca keguguran.

punca keguguran 300x241 Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

 Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

Situasi di atas tiada kaitan dengan kisah mistik seperti anak dilarikan bunian. Yang sebenarnya, A mengalami keguguran disebabkan oleh blighted ovum. Blighted ovum atau anembryonic pregnancy biasa berlaku sebelum anda memasuki trimester kedua. Ianya berlaku tanpa disedari. Anda tidak mengalami sebarang kesakitan atau pendarahan. Anda juga akan terus merasakan simptom-simptom kehamilan.  Tapi bila scan, cuma kantung yang tinggal. Tanpa janin.

Siapa yang mempunyai risiko mengalami blighted ovum?

Sesiapa sahaja mempunyai risiko untuk mengalami blighted ovum.

 Apakah punca blighted ovum?

1. Kecacatan kromosom. Semasa sperma & ovum disenyawakan, sel-sel akan berpecah menjadi embrio, placenta & kantung.  Jika embrio mempunyai jumlah kromosom yang berlebihan atau berkurangan, kecacatan kromosom telah berlaku.. Apabila embrio mempunyai kecacatan kromosom, ia akan berhenti terbentuk & menggugurkan dirinya sendiri. Sementara sel yang membentuk placenta & kantung terus membesar tanpa menyedari bahawa embrio sudah tiada kerana badan anda terus mengeluarkan hormon mengandung bagi mengelakkan keguguran. 2. Benih yang kurang berkualiti. Sekiranya benih dari ayah atau ibu kurang berkualiti, ia juga boleh menjadi punca kepada blighted ovum.

 Apakah simptom blighted ovum?

Tiada simptom. Anda hanya akan mengetahui bahawa kantung anda kosong semasa membuat ujian ultrasound.

 Adakah ibu yang pernah mengalami blighted ovum akan mempunyai risiko yang berulang pada kehamilan yang akan datang?

Jika blighted ovum adalah disebabkan oleh benih yang kurang berkualiti, jawapannya ialah YA.

Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan ianya berulang?  
Jika anda merancang untuk mengandung lagi, saya cadangkan anda mengambil:
1. ESP Shaklee bagi menguatkan rahim supaya tidak berlaku keguguran yang berulang. Di samping itu, ESP membantu meningkatkan kualiti benih ( sperma & ovum) & membantu pembentukan embrio yang sempurna di peringkat awal kehamilan.
2. Set kesuburan Shaklee bagi meningkatkan kesuburan & kualiti benih yang dihasilkan oleh anda suami isteri.
3. Set Hamil Shaklee apabila anda telah disahkan mengandung bagi memastikan janin dalam kandungan anda membesar dengan sempurna dan mengelakkan risiko blighted ovum yang berulang.
Sekarang anda dah tahu yang Blighted Ovum salah satu punca keguguran. Kalau anda pernah mengalaminya, boleh berikhtiar dengan mengambil set-set Shaklee yang saya sebutkan tadi. Nak order? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran
pixel Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.