-

Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

Tak ramai yang tahu tentang panduan pemakanan bagi ibu menyusu. Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Walau bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari berbanding ibu hamil. Adalah penting bagi memastikan kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat kerana setiap apa yang ibu makan akan sampai kepada bayi yang disusukan.

 Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu
Nak tips banyakkan susu badan? Hubungi saya untuk mendapatkan  Ebook ini secara percuma.

Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

Secara umumnya, ibu menyusu memerlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari. Di antara sumber makanan yang penting bagi ibu menyusukan ialah:

1. Protein. Pastikan anda mendapat 2-3 hidangan protein dalam sehari. 1 hidangan bersamaan dengan 3-4 oz daging, ikan atau ayam. Sumber protein termasuk :

  • Daging
  • Ayam
  • Telur
  • Keju, susu dan yogurt
  • Tauhu
  • Kekacang

ESP Shaklee juga kaya dengan protein. Jadi jika anda tak mampu untuk makan 3 hidangan protein setiap hari, anda boleh mengamalkan ESP Shaklee sebagai alternatif. Ia mampu membekalkan keperluan protein harian untuk ibu menyusu supaya sentiasa bertenaga & cergas.

2. Kalsium. Pengambilan  kalsium yang dicadangkan ialah sebanyak 1,300 milligram sehari. Sumber kalsium termasuk:

  • Susu, yogurt dan keju
  • Jus oren diperkaya kalsium
  • Tauhu
  • Ikan sardin
  • Sayuran hijau seperti sawi, siew pak choy, brokoli

Ostematrix Shaklee kaya juga dengan kalsium dan boleh menjadi alternatif kepada ibu yang menyusukan . Pengambilan Ostematrix setiap hari dapat membekalkan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusukan setiap hari.

panduan pemakanan bagi ibu  300x234 Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

3. Zat Besi. Jika anda berusia lebih daripada 19 tahun, anda memerlukan 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :

  • Daging, Ayam
  • Makanan laut
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur

Menu seharian tak mampu membekalkan zat besi yang cukup untuk anda? Zinc Complex Shaklee adalah alternatif supaya badan mendapat zat besi secukupnya setiap hari.

 4. Vitamin C. Ibu menyusu memerlukan  Vitamin C yang secukupnya. Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda memerlukan 120 miligram vitamin C setiap hari. Sumber vitamin C yang baik adalah seperti :

  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

Vitamin C Shaklee juga mampu membekalkan vitamin C yang mencukupi untuk anda setiap hari. Cuma ambil sebiji sehari, dah memadai.

5. Air. Susu ibu  terdiri daripada 87% air. Jadi ibu menyusu memerlukan air yang banyak supaya badan dapat menghasilkan susu yang mencukupi. Jangan abaikan rasa haus yang merupakan tanda badan anda memerlukan air. Pastikan anda minum air secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari disamping  mengambil jus, susu, sup atau teh herba. Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Anda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun. Perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuan .Tak usah risau kalau susu anda sedikit semasa berpantang dan usah percaya dengan mitos-mitos mengarut tentang penyusuan.

Amalkan panduan pemakanan bagi ibu menyusu ini, insya Allah niat murni anda untuk menyusukan anak akan menjadi mudah. Pengambilan Breastfeeding Set Shaklee juga membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

pixel Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.