-

Bahaya Seks Ketika Haid

Nak tahu bahaya seks ketika haid? Dari sudut pandangan Islam, haram hukumnya melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid. Tahukah anda, hubungan seks semasa haid juga membawa kesan negatif dari segi perubatan moden.  Berikut adalah beberapa risiko yang menanti anda & pasangan sekiranya bersama ketika haid:

seks ketika haid 300x152 Bahaya Seks Ketika Haid

Bahaya Seks Ketika Haid

1. Endometriosis. Semasa orgasma (klimaks), rahim akan mengalami contraction. Semasa contraction berlaku, darah kotor akan masuk ke dalam rahim & menjadi salah satu punca Endometriosis. Selain itu, semasa berhubungan, akan berlaku tekanan pada rahim. Darah yang sepatutnya keluar melalui vagina terhalang dan masuk kembali  kedalam rahim lalu mendap di sana. Ini akan mengakibatkan berlakunya endometriosis yang mana terdapat sel berupa selaput lendir rahim yang tumbuh di luar rongga rahim. Endometriosis tidak hanya menimbulkan rasa sakit yang sangat menyiksakan tetapi juga mengganggu kesuburan dan mempunyai kesan buruk bagi kesihatan organ reproduksi seseorang wanita

 2. Jangkitan kuman. Jika anda bersama semasa haid, suami & isteri mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman kerana darah haid adalah kotoran dari rahim yang dipenuhi kuman. Darah adalah sumber makanan bagi kuman, banyak zat-zat makanan yang terkandung di dalam darah. Oleh itu darah menjadi medium yang sangat baik untuk pembiakan  bakteri yang ada didalam rahim seorang wanita.

 3. Meningkatkan risiko jangkitan HIV. Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

seks ketika haid1 300x196 Bahaya Seks Ketika Haid

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutlerdan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim (hysterectomy) & ovari (ovariectomy). Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

rahim 300x274 Bahaya Seks Ketika Haid

Mengapa anda berisiko untuk menghidap penyakit-penyakit di atas jika melakukan hubungan seks ketika haid?

 Pada waktu biasa, tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Tetapi, semasa seorang wanita didatangi haid, , kawasan faraj menjadi alkali lalu memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walau bagaimana pun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Sebaiknya suami menunggu hingga isterinya bersih. Apabila isteri sudah bersih, anda boleh bersama seperti biasa.

Sekarang anda dah tahu bahaya seks ketika haid. Hubungan seks 2 hingga 3 kali seminggu juga baik untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil & memberikan masa supaya tubuh suami dapat menghasilkan sperma dengan jumlah dan kualiti yang lebih tinggi. Set Kesuburan Shaklee juga membantu meningkatkan kesuburan anda suami isteri. Hubungi saya untuk mendapatkannya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Bahaya Seks Ketika Haid

pixel Bahaya Seks Ketika Haid

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.