-

Tips Kesuburan Lelaki Supaya Isteri Cepat Mengandung

Untuk hamil, tahap kesuburan suami juga memainkan peranan yang penting. Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa terdekat sila amalkan tips kesuburan lelaki supaya isteri cepat mengandung yang akan saya kongsikan di sini:

Tips Kesuburan Lelaki 300x249 Tips Kesuburan Lelaki Supaya Isteri Cepat Mengandung

Tips Kesuburan Lelaki Supaya Isteri Cepat Mengandung

[]  Berhenti merokok

Lelaki dan rokok sangat sinonim. Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti kesihatan yang baik maka berhentilah merokok. Selain  menyebabkan nafas berbau, rokok juga menyebabkan kekurangan sperma. Kajian mendapati perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Tak boleh berhenti terus? Kurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.

[]  Elak pakai seluar ketat

Mungkin ada yang tersenyum bila membaca fakta ini.Hakikatnya ia benar dan bukannya sesuatu yang lucu. Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan kurang pengaliran udara. Ini kerana testis anda memerlukan suhu yang lebih sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar yang ketat mengganggu keselesaan testis untuk bernafas & mengurangkan kualiti sperma.

[] Pilih makanan yang baik dan seimbang

Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat. Begitu juga dengan pola makanan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma. Pilih makanan rendah lemak,tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran. Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut:

1. Daging berlemak

Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan,ia mengundang masalah kesihatan kepada anda.Memakan daging dengan kuantiti yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak,agresif dan fikiran tidak tenang. Oleh itu kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan seks bersama isteri tercinta.

2. Makanan segera

Umum mengetahui,makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tahap kesihatan seseorang. Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan kemandulan.

[] Rancang waktu untuk bersama

Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi. Ini kerana sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh waktu yang agak dekat. Oleh itu,rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan.Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.

[] Ketahui waktu subur suami

Jangan ingat orang perempuan je ada waktu subur. Lelaki pun ada waktu subur tau, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung, pastikan bersama semasa suami paling subur.

[] Katakan tidak pada alkohol

Selain merokok,satu lagi tabiat yang perlu dihentikan ialah pengambilan alkohol. Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus  menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan. Kesan estrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma. Dengan mudah,jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.

[] Set Suami Gagah Shaklee

Ia mampu meningkatkan kualiti sperma lelaki sekali gus meningkatkan tahap kesuburan anda. Set ini terdiri daripada Vitamin E & Zinc Complex yang berfungsi mengingkatkan jumlah sperma & menghasilkan sperma yang sihat & bertenaga, Apa yang lagi best, set ini akan membantu suami bertahan lebih lama semasa bersama.

petua elak mati pucuk3 300x206 Tips Kesuburan Lelaki Supaya Isteri Cepat Mengandung

Itulah dia tips kesuburan lelaki supaya isteri cepat mengandung. Para isteri boleh jadikan Set Suami Gagah Shaklee sebagai hadiah istimewa buat suami tersayang. Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa dan konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Kesuburan Lelaki Supaya Isteri Cepat Mengandung

pixel Tips Kesuburan Lelaki Supaya Isteri Cepat Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.