-

Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Anda keguguran & tertanya-tanya apa punca dan tanda keguguran? Ramai wanita mengalami keguguran tanpa disedari. Tau-tau turun darah & berasa sakit perut. Kali ni saya nak kongsikan apakah punca keguguran yang tak semua orang tahu.

punca keguguran 300x258 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Di antara punca keguguran ialah:

 1. Kromosom yang tidak normal

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal atau dikenali juga sebagai Blighted Ovum. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik berjumlah 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. Kadang kala apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.

Sekiranya anda mengalami keguguran buat pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran,  tisu janin anda perlu dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci akan disarankan. Jika ujian mendapati  kromosom pada tisu janin  tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar genetik.

2. Kecacatan pada sistem peranakan

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran mudah berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar atau dipanggil “cervical incompetence” juga boleh menyebabkan keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester kedua. Ini kerana  janin yang semakin membesar menyebabkan tekanan dalam rahim semakin tinggi lalu mengakibatkan  pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan sendiri.

Anda akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk memastikan samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya anda disahkan mengalami kecacatan sistem peranakan, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya pangkal rahim anda longgar, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan

Masalah lain seperti fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang sempurna dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Sekiranya anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis juga akan disarankan oleh doktor. Walau bagaimana pun, sekiranya anda enggan melakukan pembedahan, terdapat beberapa vitamin Shaklee yang boleh mengatasi masalah fidroid & endometriosis.

ovarian cyst 300x225 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

4. Masalah Immunologi

Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal

Penyakit seperti  tiroid, kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang yang kronik dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran. Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai. Set kurus Shaklee boleh membantu anda untuk kurus dengan cepat.

7. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Toxoplasmosis adalah disebabkan bakteria didalam najis kucing. Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi. Walau bagaimana pun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

kucing punca susah mengandu 212x300 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)

Kajian perubatan mendapati Nikotin yang disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil bagi memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Itulah dia punca keguguran yang tak semua orang tahu. Anda boleh mengurangkan risiko keguguran dengan mengelakkan perkara yang saya sebutkan diatas dan mengamalkan Set Ibu Mengandung Shaklee yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Hubungi saya untuk mendapatkan Set Ibu Mengandung Shaklee anda hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

pixel Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.