-

Punca Haid Tidak Teratur

Jika anda merancang untuk hamil, semestinya anda akan berasa sangat teruja tiap kali haid anda lewat. Walau bagaimana pun, haid yang lewat tidak semestinya bermakna anda telah sah mengandung. Ia boleh menjadi petanda bahawa kitaran haid anda tidak teratur. Nak tahu punca haid tidak teratur?
punca haid tidak teratur 261x300 Punca Haid Tidak Teratur

Punca Haid Tidak Teratur

Jika haid anda tidak teratur, ia akan mempengaruhi peratusan peluang anda untuk hamil kerana agak sukar untuk menganggar waktu subur anda.  Salah satu daripada punca haid tidak teratur  ialah ketidak stabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu  menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda. Selain itu, terdapat pelbagai punca haid tidak teratur seperti:

[✔] Penggunaan Ubat-ubatan 

Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda dan menjadi punca haid tidak teratur.
[✔] Berlebihan Hormon Prolaktin 
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Shaklee.

[✔] Menyusukan anak

Sekiranya anda menyusukan anak, kemungkinan besar haid anda tidak akan datang. Malah saya sendiri masih belum didatangi haid meskipun Nurul Aina sudah berumur 12 bulan.

bf Punca Haid Tidak Teratur
[✔] Masalah tiroid 
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung. Masalah tiroid boleh menjadi punca haid tidak teratur.

[✔] Kegemukan 

Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menjadi punca haid tidak teratur. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat. Set Kurus Shaklee  dapat membantu anda untuk kurus serta meningkatkan tahap kesuburan anda.
gemuk air Punca Haid Tidak Teratur

[✔] Terlalu kurus 

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh menjadi punca haid tidak teratur. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

[✔] Tersilap tarikh haid yang terakhir

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.  Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

[✔] Menopos 

Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

[✔] Perancang keluarga

Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah antara punca haid tidak teratur. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

[✔] Hamil 

Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Sekarang anda dah tahu punca haid tidak teratur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, GLA Shaklee adalah penyelesaiannya. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan GLA dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Haid Tidak Teratur
pixel Punca Haid Tidak Teratur

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.