-

Penentuan Jantina Bayi

Bila kita disahkan mengandung, perkara pertama yang akan bermain difikiran ialah ” anak lelaki atau anak perempuan?” Malahan kalau kita berjumpa kawan-kawan atau sanak saudara, soalan yang sama akan ditanya. Tiap kali buat ultrasound mengharap je boleh tengok ada bebird ke tak. Kali ni saya nak bercerita tentang bagaimana jantina anak ditentukan semasa didalam kandungan. Adakah penentuan jantina bayi dipengaruhi benih bapa atau pun ibu?

penentuan jantina bayi 298x300 Penentuan Jantina Bayi

 Penentuan Jantina Bayi

Dalam Surah An-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada NUTHFAH, apabila dipancarkan.” Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih bermaksud air mani yang sedikit.  Ini kerana hanya setitis air mani diperlukan untuk proses persenyawaan & hanya seekor sperma diperlukan untuk mensenyawakan ovum.

Di dalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai dropsperm iaitu setitik atau sperma. Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani.

Kenyataan bahawa penentuan jantina bayi bergantung kepada benih lelaki adalah selari dengan penemuan sains. Kajian mendapati bahawa rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks.

Kromosom seks inilah yang menentukan sama ada bayi anda lelaki atau perempuan. Benih lelaki iaitu sperma mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X.

Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki.

Jadi benarlah kenyataan Allah yang mengatakan penentuan jantina bayi ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.(Surah Al-Insaan 76:2)

Jadi memang jelas bahawa jantina bayi ditentukan oleh sperma suami anda. Oleh itu, jika anda ingin mengandung, pastikan sperma suami anda berada dalam keadaan yang sihat, cergas  aktif. Hadiahkan Set Suami Gagah kepada suami anda supaya peluang anda untuk hamil akan meningkat. Lagi bagus kalau isteri pun ambil set kesuburan Shaklee. Berminat untuk order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Penentuan Jantina Bayi

pixel Penentuan Jantina Bayi

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.