-

Tips Untuk Cepat Mengandung

Ramai yang bertanyakan tips untuk cepat mengandung. Di atas permintaan ramai, hari ni saya nak share kaedah  & tips yang boleh anda amalkan supaya anda mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil. Anda semua boleh lah cuba tips untuk cepat mengandung berikut:
tips cepat mengandung 300x192 Tips Untuk Cepat Mengandung
TIPS UNTUK CEPAT MENGANDUNG
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 

Jika haid anda teratur, setiap hari ke14  telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya pada waktu tersebut anda bersama, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi maka berlakulah kehamilan. 

2. Jumpa doktor anda. 

Pastikan anda suami isteri bebas dari sebarang masalah dengan berjumpa dengan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah antara penyebab yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala.  Sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiana anda tidak tersumbat.

 3. Dapatkan berat badan yang ideal. 

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat BMI dan berat badan anda. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda boleh mencuba set kurus Shaklee. Jika anda kekurangan berat badan, anda boleh mencuba Mealshakes Shaklee.

 4. Ketahui waktu subur anda. 

Hari subur anda cuma 4-5 hari dalam sebulan sebulan. Sekiranya anda dapat menganggar hari tersebut dengan tepat, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi  seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

tips cepat mengandung1 300x229 Tips Untuk Cepat Mengandung

 5. Hubungan seks yang lebih kerap. 

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, bersamalah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil.

 6. Tingkatkan kesuburan suami. 

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan menjauhi alkohol. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, sila berbincang dengan doktor kerana ia juga boleh menjadi punca kenapa anda sukar hamil.

 7. Mengambil multivitamin.

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Set kesuburan Shaklee memberikan anda kesemua vitamin yang diperlukan oleh badan supaya suami & isteri berada dalam keadaan yang bersedia untuk hamil.

 8. Bersenam secara rutin . 

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

 9. Mengambil makanan yang seimbang. 

Menjaga pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi. Masalah ovulasi  berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Sekiranya anda menjaga diet, anda dapat menteraturkan haid dan berovulasi secara semulajadi.

10. Elakkan stress

Tidak dinafikan kehidupan pada hari ini penuh dengan stress. Tak ada anak pun boleh menyebabkan stress. Ketahuilah bahawa stress  dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan. Anda boleh lakukan aktiviti-aktivit kegemaran anda bagi mengurangkan stress.

 11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. 

Merokok, penyalahgunaan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan kurangkan pengambilan kopi dalam diet seharian.

Anda boleh amalkan 11 tips untuk cepat mengandung yang saya kongsikan di atas. Pengambilan Set Kesuburan Shaklee juga meningkatkan peluang anda untuk hamil. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Untuk Cepat Mengandung
pixel Tips Untuk Cepat Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.