-

Tanda-tanda Awal Mengandung

Bagi pasangan yang sedang berusaha untuk hamil, pastinya anda akan mula excited apabila  isteri lewat datang bulan. Ramai yang menyangka bahawa lewat datang bulan adalah satu-satunya petanda bahawa seorang wanita telah hamil. Sebenarnya, apabila proses persenyawaan berlaku dengan sempurna, badan kita sudah mula memberikan tanda-tanda awal mengandung.  Jom tengok apakah tanda-tanda awal mengandung:
kehamilan 300x220 Tanda tanda Awal Mengandung
 
Tanda-tanda awal mengandung
1. Mengidam
Tiba-tiba anda teringin makan sesuatu & keinginan itu sangat kuat. Ada isteri yang merengek-rengek selagi tak dapat makanan yang diidamkan. Malah, jangan terkejut kalau isteri mengandung mengidam nak makan makanan yang paling dibenci selama ni. Ini adalah antara tanda-tanda awal mengandung yang paling biasa dialami oleh ibu mengandung.
 
2. Warna aerola menjadi gelap
Apabila kita hamil, pigmentasi pun berlaku & kawasan paling awal yang menjadi gelap ialah kulit di sekeliling puting payudara.
 
3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi.
Kadang-kadang, kita akan mengalami sedikit pendarahan selepas proses persenyawaan berlaku. Pendarahan ini adalah disebabkan telur yang telah disenyawakan membenam di dalam lapisan endometrium.
 
4. Kerap membuang air kecil
Apabila mengandung, kerap membuang air kecil adalah antara tanda-tanda awal mengandung yang akan kita hadapi. Semakin besar kandungan, semakin kerap kita akan ke tandas kerana kandungan menekan pundi kencing kita.
 
5. Keletihan yang amat sangat
Tahap hormon progesteron yang tinggi menyebabkan kita mengalami keletihan yang amat sangat. Cuma ibu mengandung yang memahami tahap keletihan yang kita alami.
 
6. Payudara menjadi sensitif atau membengkak
Antara tanda-tanda awal mengandung yang paling jelas  ialah payudara menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan & akan berasa sengal-sengal. Kadang-kadang bergesel dengan baju atau baju dalam pun rasa sakit.  Lama-kelamaan apabila badan kita dapat membiasakan diri dengan tahap hormon yang tinggi, payudara kita akan kembali seperti biasa.
 
7. Deria rasa berubah
Kebanyakan wanita akan merasa payau atau metallic taste didalam mulut. Anda juga mungkin menyukai makanan yang anda benci & mula membenci makanan kegemaran anda.
 
8. Morning sickness
Jangan tertipu dengan perkataan morning di atas. Walau pun tertulis morning, anda akan berasa loya2 sepanjang hari. Ada wanita yang bernasib baik, langsung tak mengalami morning sickness tapi ada yang mabuk sehingga melahirkan. Anda boleh amalkan tips mengatasi morning sickness yang saya kongsikan di sini.
 
9. Tidak datang bulan.
Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur & tiba-tiba haid anda lewat, sila lakukan ujian kehamilan dengan segera. Anda boleh lakukan ujian tersebut di klinik atau di rumah. Terdapat banyak alat ujian kehamilan yang dijual di farmasi.
 
10. Keputusan positif
Sekiranya keputusan ujian kehamilan adalah positif, ini bermakna anda hamil. Tahniah! Anda boleh mangambil Set Ibu Mengandung Shaklee yang membekalkan nutrien terbaik untuk anda & bayi dalam kandungan. Sekiranya negatif, jangan putus asa. Teruskan usaha sehingga berjaya.
 
set+kesuburan+shaklee Tanda tanda Awal Mengandung

Masih belum mempunyai tanda-tanda awal mengandung? Set kesuburan Shaklee dapat membantu meningkatkan kesuburan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan cahayamata. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai set kesuburan Shaklee. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda tanda Awal Mengandung

pixel Tanda tanda Awal Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.