-

Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Senaman bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu anda untuk kurus. Berikut adalah senaman untuk kuruskan badan yang boleh dibuat di pejabat dan rumah setiap hari. Boleh anda lakukan sambil melakukan tugasan seharian. Menarik kan!

senaman untuk kurus 300x226 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Senaman Untuk Kuruskan badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

 Di antara senaman mudah untuk kurus yang boleh anda lakukan setiap hari ialah:

[✔] Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.

[✔] Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.

[✔] Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.

[✔] Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.

[✔] Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.

[✔] Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan ke bawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.

[✔] Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.

[✔]  Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.\

[✔] Semasa anda menonton tv, buat senaman ringan seperti tekan tubi (push up) semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat tekan tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.

senaman untuk kurus1 300x263 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

 [✔]  Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.

Anda akan lebih cepat kurus jika mengamalkan pemakanan yang membantu membakar lemak, tips cepat kurus yang saya kongsikan di sini, dan mengambil Set Kurus Shaklee yang membantu anda kurus secara sihat. Set Kurus Shaklee bukan sahaja membantu anda membakar lemak dengan cepat, malah ia juga membantu membuang lemak dari badan dan membina otot supaya takde bahagian badan anda yang menggeleber bila dah kurus.

Anda boleh amalkan senaman untuk kuruskan badan yang boleh dibuat di pejabat dan rumah di atas setiap hari. Nampak macam senaman remeh yang tak memberi sebarang kesan tapi percayalah, ia akan membantu anda untuk kurus. Nak lagi cepat kurus? Jom order Set Kurus Shaklee anda hari ini. Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

pixel Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah
  • Makanch says:

    Senaman itu hukum nya harus, apa yg lebih penting adlaah matlamat untuk turun berat badan. Setkan target turun berat berapa kilo dulu dan tak lupa juga tempoh masa yang diperlukan tuk capai target tu. Turun berat badan bukanlah 100% bergantung pada senaman, tapi juga bergantung kepada diet.Sebelum membuat keputusan membeli peralatan senaman (pada saya mahal) tentukan dulu keperluan peralatan tu. Jika kita tahu senaman adlaah wajib (diet vs time) untuk kita, dan batasan masa menjadi halangan. Maka mungkin peralatan senaman ini boleh membatu.Treadmill atau cross trainer bukan masalah sebab kedua duanya perlatan senaman untuk kardio. Kalau kita tanya 10 orang mungkin akan ada banyak jawapan yg berbeza. Yang penting pada saya adlaah, rasa seronok kalau rasa tak pasti boleh cuba dulu di kedai atau di gym. Org kata dapatkan feel +7Was this answer helpful?

    24/05/2015 at 1:10 pm

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.