-

Fungsi Vitamin Dalam Set Kesuburan Shaklee

Pasangan yang berkahwin semestinya inginkan cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang dimurahkan rezeki, dengan mudah dapat mengandung. Namun ada juga yang diuji. Dah lama mendirikan rumah tangga tapi belum hamil. Dah bermacam usaha dilakukan baik secara moden atau tradisional, namun belum juga berjaya. Tahikah anda, dah ramai yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee. Jom saya terangkan fungsi vitamin dalam Set Kesuburan Shaklee.  
TTC Fungsi Vitamin Dalam Set Kesuburan Shaklee
 
Fungsi vitamin dalam set kesuburan Shaklee:
Vitalea
Ia merupakan multivitamin & multimineral yang membekalkan kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari diet seharian kita, jadi pengambilan vitalea dapat mengisi kekurangan nutrien yang dihadapi oleh tubuh. Apabila tubuh mempunyai nutrien yang mencukupi, ia akan berfungsi dengan lebih baik & bersedia untuk hamil. Ia perlu diambil oleh suami & isteri bagi memastikan badan sihat. Vitalea memastikan sel badan anda, terutamanya sel benih mempunyai nutrien secukupnya supaya janin anda terbentuk daripada sel yang sihat.
 
B Complex 
Wanita yang merancang untuk hamil sangat memerlukan B Complex kerana ia mengandungi Asid Folik yang penting dalam pertumbuhan bayi diperingkat awal kehamilan, terutama sekali bagi mengelakkan masalah spina bifida. Untuk suami, B Complex akan memastikan sperma yang dihasilkan adalah berkualiti.  Semasa saya merancang untuk hamil, saya  terus makan B Complex walau pun belum hamil bagi memastikan badan saya kaya dengan Asid Folik.
 
Vitamin E
Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk suami, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah. Untuk isteri, ia menghasilkan ovum yang berkualiti & bersedia untuk persenyawaan.
 
Alfalfa
Alfalfa mengatasi masalah senggugut, keputihan, hadi tidak teratur, gejala PMS,  berfungsi seperti kacip fatimah & sememangnya vitamin wajib bagi setiap wanita. Pendek kata, alfalfa membantu supaya organ intim anda sentiasa “cantik” untuk suami. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui kebaikan alfalfa Shaklee.
 
GLA ( Untuk isteri)
GLA berfungsi untuk menghasilkan cecair kesuburan  yang memberi ruang kepada sperma untuk hidup di dalam tiub falapio selama 5 hari. Ia membantu sistem peranakan kita supaya bersedia untuk proses persenyawaan & proses implantasi telur yang telah disenyawakan.Ia juga menstabilkan hormon kewanitaan kita supaya badan menghasilkan telur berkualiti setiap bulan & membetulkan kitaran haid supaya  teratur.
 
Zinc Complex 
Untuk suami: Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

Untuk isteri: Zinc berfungsi melindungi sperma supaya dapat hidup dengan lebih lama di dalam rahim & membunuh bakteria didalam vagina.

set kesuburan shaklee Fungsi Vitamin Dalam Set Kesuburan Shaklee

Ok, sekarang anda dah tahu fungsi vitamin dalam set kesuburan Shaklee. Anda juga boleh baca testimoni pelanggan saya yang berjaya mengandung dengan set Kesuburan Shaklee yang saya kongsikan di sini. Pasti anda teruja nak mencuba kan? Dengan setiap pembelian set ini, anda akan mendapat percuma:

1. Aturan makan vitamin yang betul supaya anda mendapat khasiat setiap vitamin tersebut secara optimum.

2. Free consultation.

3. Kiraan waktu subur.

4. Keahlian secret group di mana banyk hot tips yang saya kongsi di situ.

Berminat untuk mendapatkan set kesuburan shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Fungsi Vitamin Dalam Set Kesuburan Shaklee

pixel Fungsi Vitamin Dalam Set Kesuburan Shaklee

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.