-

Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Senaman bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu anda untuk kurus. Berikut adalah senaman untuk kuruskan badan yang boleh dibuat di pejabat dan rumah setiap hari. Boleh anda lakukan sambil melakukan tugasan seharian. Menarik kan!

senaman untuk kurus 300x226 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Senaman Untuk Kuruskan badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

 Di antara senaman mudah untuk kurus yang boleh anda lakukan setiap hari ialah:

[✔] Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.

[✔] Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.

[✔] Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.

[✔] Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.

[✔] Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.

[✔] Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan ke bawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.

[✔] Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.

[✔]  Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.\

[✔] Semasa anda menonton tv, buat senaman ringan seperti tekan tubi (push up) semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat tekan tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.

senaman untuk kurus1 300x263 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

 [✔]  Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.

Anda akan lebih cepat kurus jika mengamalkan pemakanan yang membantu membakar lemak, tips cepat kurus yang saya kongsikan di sini, dan mengambil Set Kurus Shaklee yang membantu anda kurus secara sihat. Set Kurus Shaklee bukan sahaja membantu anda membakar lemak dengan cepat, malah ia juga membantu membuang lemak dari badan dan membina otot supaya takde bahagian badan anda yang menggeleber bila dah kurus.

Anda boleh amalkan senaman untuk kuruskan badan yang boleh dibuat di pejabat dan rumah di atas setiap hari. Nampak macam senaman remeh yang tak memberi sebarang kesan tapi percayalah, ia akan membantu anda untuk kurus. Nak lagi cepat kurus? Jom order Set Kurus Shaklee anda hari ini. Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Nutrien Yang Diperlukan Oleh Ibu Mengandung

Bagi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat, ibu mengandung perlu mengambil makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan.  Disamping mendapatkan rehat yang mencukupi bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan yang baik. Jom saya kongsikan apakah nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung:
nutrien yang diperlukan ibu 300x160  Nutrien Yang Diperlukan Oleh Ibu Mengandung
 
Nutrien Yang Diperlukan Oleh Ibu Mengandung
1. Protein – Meningkatkan tahap kepekaan & tenaga anda. Protein membantu membekalkan nutrien dalam membentuk organ, pancaindera & sistem tubuh bayi. Dalam masa yang sama, ia juga memberikan tenaga berterusan supaya ibu tidak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan stretch-mark. Baca testimoni ibu mengandung yang mengamalkan ESP di sini. Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting terutama sekali diawal kehamilan anda bagi mengelakkan kejadian pendarahan diawal kehamilan. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang, susu, keju dan tofu. Anda juga boleh mengambil ESP Shaklee sebagai supplement disepanjang tempoh kehamilan anda.
2 .Karbohidrat – Ia merupakan anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah  yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi selama lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Selain itu karbohidrat juga memberikan anda tenaga.  Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. 
3. Asid Folik – Mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Anda juga boleh mengambil B Complex Shaklee semasa hamil kerana B complex kaya dengan acid folic & ia adalah vitamin yang memberikan anda mood gembira. 
4. Selenium – Mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang, sandwich tuna dan biji bunga matahari.
nutrien yang diperlukan ibu1 300x160  Nutrien Yang Diperlukan Oleh Ibu Mengandung
5. Kalsium - Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang & gigi bayi. Sumber kalsium adalah susu, keju, dan produk dairy yang lain. Anda boleh mengamalkan Ostematrix ShakleeVitamin ini membekalkan kalsium kepada ibu & bayi. Ia memberikan anda 1000mg kalsium yang diperlukan setiap hari. Setiap satu tab mengandungi 250mg kalcium.
7. Minyak ikan DHA dan EPA dari minyak ikan  penting untuk pembentukan otak & mata bayi. Ia juga mengawal paras kolesterol ibu.
 
Khasiat kepada ibu:
- Mengurangkan risiko pre-eclampsia
- mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
- mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin (meroyan)
- mengurangkan risiko kanser payudara
 
Khasiat kepada bayi:
- Tinggi iq
- Pembentukan nerveous system
-Penglihatan yang lebih baik dengan membantu pembentukan retina
- Bayi yang mudah tidur
 
Anda boleh mengamalkan OmegaGuard Shaklee yang dibuat dari minyak ikan Omega 3 yang kaya dengan DHA & EPA.
8. Set Ibu Mengandung Shaklee- Set Ibu Mengandung Shaklee mengandungi semua nutrien yang saya senaraikan di atas. Pengambilan set ini setiap hari akan memastikan tubuh badan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan dan memberi anda tenaga semasa bersalin.
 
nutrien yang diperlukan ibu2 300x160  Nutrien Yang Diperlukan Oleh Ibu Mengandung
Sekarang anda dah tahu apakah nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung. Set Ibu Mengandung Shaklee adalah set yang wajib anda ambil sepanjang tempoh kehamilan. Nak order set ini? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170  Nutrien Yang Diperlukan Oleh Ibu Mengandung

Perkara yang Menjejaskan Kesuburan Pasangan Suami Isteri

Tahap kesuburan anda merupakan salah satu elemen penting yang menentukan sama ada anda mudah untuk hamil atau tidak. Berikut adalah perkara yang menjejaskan kesuburan pasangan suami isteri :

perkara yang menjejaskan ke 300x164 Perkara yang Menjejaskan Kesuburan Pasangan Suami Isteri

[ ]  Rokok - Jika anda & pasangan merokok, peluang anda untuk hamil akan merudum kerana bahan kimia yang terdapat didalam rokok akan menurunkan tahap kesuburan anda. Bagi lelaki, rokok menyebabkan sperma berkurangan & tidak aktif. Bagi wanita,  nikotin menganggu proses ovulasi atau pengeluaran telur & menyebabkan lender di leher rahim dalam keadaan beracun sehingga mengganggu pergerakan sperma ke sel telur.

[ ] Asap kenderaan - Kajian  Dr. Michele De Rosa dari University of Naples Federico II (Italia) mendapati bahawa  oksida nitrogen, timah, oksida belerang, dan karbon monoksida yang terkandung dalam gas buangan kenderaan bermotor boleh mengurangkan kualiti sel telur dan sperma. Kesesakan di jalan raya melemahkan pergerakan  sperma. Selain itu, suhu panas dari enjin kenderaan mempengaruhi daya tahan sperma. Oleh itu  Dr.De Rosa membuat kesimpulan bahawa sekiranya anda menghabiskan lebih daripada 6 jam sehari di atas jalan raya, tahap kesuburan anda akan berkurangan.

[ ]  Faktor usia - Apabila memasuki usia 35 tahun, tahap kesuburan seorang wanita mula menurun sehingga wanita tersebut melalui fasa menopous. . Menurut Dr. Gillian Lockwood dari Midland Fertility Service,  penurunan tahap kesuburan tersebut disebabkan oleh  jumlah sel telur yang berkurangan  setelah bertahun-tahun mengalami haid. Sekiranya badan masih berovulasi, sel telur yang dihasilkan adalah kurang berkualiti & tidak bersedia untuk proses persenyawaan.

perkara yang menjejaskan ke1 300x175 Perkara yang Menjejaskan Kesuburan Pasangan Suami Isteri

[ ]  Kafein - Kafein boleh menyebabkan badan kurang menghasilkan hormon estrogen & progestoerone yang menyebabklan badan anda lambat berovusali. Ia juga mengurangkan hormon prolaktin didalam badan lalu menyebabkan gangguan kitaran haid.

[ ] Radiasi - Radiasi sangat berbahaya untuk setiap sel tubuh Anda. Sekiranya anda pesakit kanser yang terpaksa melalui rawatan sinaran atau bekerja dilokasi yang mempunyai kadar radiasi yang tinggi, anda berisiko untuk menghadapi masalah haid terhenti sebelum menopous, gangguan produksi sperma & telur, dan juga mengurangkan ghairah seksual.

] Berat badan berlebihan - Berat badan berlebihan juga adalah antara perkara yang menjejaskan kesuburan pasangan suami isteri. Oleh itu, dapatkan berat badan unggul dengan mengamalkan senaman & mengambil set kurus yang selamat. 

Oleh itu, sekiranya anda ingin hamil, pastikan anda menjauhi perkara yang menjejaskan kesuburan pasangan suami isteri yang saya nyatakan tadi. Set Kesuburan Shaklee membantu meningkatkan tahap kesuburan anda. Berminat untuk mendapatkan set ini? Hubungi saya dengan segera.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Perkara yang Menjejaskan Kesuburan Pasangan Suami Isteri

Susu Sedikit Semasa Berpantang

Susu sedikit semasa berpantang? Ramai ibu yang risau kerana tidak mempunyai susu yang banyak semasa dalam tempoh berpantang. Bila pam nak dapat 2 oz pun susah.Jadi  ibu tersebut menyangka bahawa susu mereka tidak cukup untuk mengenyangkan bayi lalu susu formula menjadi pilihan.
saiz perut baby 300x235 Susu Sedikit Semasa Berpantang
Kenapa Susu Sedikit Semasa Berpantang?
Ibu-ibu perlu tahu bahawa pada beberapa hari pertama selepas melahirkan, payudara menghasilkan kolostrum iaitu titisan emas yang penuh khasiat untuk bayi. Kolostrum berwarna kekuningan dan kaya dengan nutrisi. Ia kaya dengan antibody untuk melindungi bayi anda. Mengapa sepanjang tempoh berpantang susu anda tak banyak? Jawapannya:
[✔] Saiz perut bayi adalah sangat kecil semasa baru dilahirkan. Anda boleh lihat betapa kecilnya saiz perut mereka seperti didalam gambar di atas.
[✔] Jadi normal untuk payudara menghasilkan susu yang sedikit memandangkan bayi tidak memerlukan susu yang banyak. Penghasilan susu ibu adalah berdasarkan konsep supply & demand.

[✔] Adalah sangat normal untuk anak kerap menyusu semasa pantang. Lebih -lebih lagi kalau baby boy. Bayi anda mungkin menyusu setiap setengah jam. Jangan sesekali menyangka bahawa susu anda tidak cukup jika anak kerap menyusu semasa dalam pantang kerana ia adalah normal.
 Susu Sedikit Semasa Berpantang
Ebook Rahsia Susu Badan Melimpah Ruah. Nak dapatkan Ebook ini secara percuma? Hubungi saya sekarang!
[✔] Anda mungkin menyangka bahawa susu anda tidak mengenyangkan bayi anda. sebenarnya tidak. Bayi kerap menyusu kerana susu kita sangat mudah hadam. Bila susu mudah hadam, anak cepat kenyang, dan akan cepat lapar semula
[✔] Sekiranya anak anda tetap menangis selepas menyusu, itu tidak bermakna bayi anda masih lapar. Mungkin bayi anda menangis kerana hendak dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu sejuk/panas.
 
Jadi anda dah tahu bahawa susu sedikit semasa berpantang adalah satu perkara yang normal. Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam dan mengamalkan perkara asas penyusuan di samping amalan pemakanan yang baik. Breastfeeding set Shaklee juga sangat membantu dalam memudahkan perjalanan penyusuan anda. Hubungi saya untuk order.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Susu Sedikit Semasa Berpantang

Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Macam-macam mitos  dalam penyusuan susu ibu yang kita biasa dengar. Payudara layut, payudara tak cantik, anak kurus, anak tak kenyang, anak tak cukup khasiat, dan macam-macam lagi. Kepercayaan pada mitos merupakan salah satu halangan bagi ibu yang menyusukan.
mitos penyusuan susu ibu 300x226 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Mitos ini sebenarnya wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi & diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kita pun menerima mitos ni tanpa usul periksa dan percaya secara membabi-buta.  Berikut adalah beberapa mitos dalam penyusuan susu ibu yang sering kita dengar:
[✔] Air susu ibu pada hari pertama perlu dibuang.
Susu yang keluar pada hari pertama disebut kolostrum yang mengandungi kadar protein dan antibodi yang tinggi. Ianya berwarna kuning & pekat. Orang-orang tua selalu mengatakan bahawa susu tersebut perlu dibuang kerana ianya sudah basi. JANGAN!!!!! sayang kalau cecair emas itu dibuang kerana kolostrum kaya dengan antibodi.
[✔] Susu ibu sedikit semasa berpantang, jadi anak tidak kenyang. Perlu ditambah susu formula.
Semasa tempoh berpantang payudara akan menghasilkan susu yang sedikit kerana bayi hanya perlukan jumlah susu yang sedikit untuk perutnya yang cuma sebesar guli. Jadi, tiada isu bayi kekurangan susu. Kalau bayi anda masih menangis selepas disusukan, itu mungkin kerana bayi anda ingin dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu panas/ sejuk. Anda boleh membaca tentang susu sedikit semasa berpantang di sini. Anda boleh baca blog entry saya yang ini untuk mengetahui tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang.
saiz perut baby 300x235 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
[✔] Sekiranya anda berjauhan dengan bayi & lama tidak mengosongkan payudara, susu yang lama didalam payudara harus dibuang kerana telah basi.
Selama susu ibu berada dalam payudara ibu tidak ada istilah susu ibu yang basi. Cairan susu ibu sama keadaannya seperti darah yang mengandungi mikroorganisma hidup. Susu tidak akan sesekali basi semasa berada didalam payudara ibu. Ia sentiasa segar & sedia untuk terus diminum oleh anak.
[✔] Banyak berehat boleh membanyakkan susu ibu
Tidak dinafikan susu akan bertambah banyak sekiranya ibu mendpat rehat yang mencukupi tapi itu tidak bermakna ibu yang aktif akan menghasilkan susu yang sedikit. Penghasilan susu ibu akan meningkat jika payudara kerap dikosongkan dan mengamalkan perkara asas penyusuan.  Semuanya bergantung kepada konsep supply & demand.
 
[✔]  Susu ibu yang pekat lebih berkhasiat daripada susu ibu yang cair
Susu ibu yang cair, keruh dan kuning tidak bermaksud kualitinya tidak bagus. Apa sahaja yang dimakan oleh ibu mempengaruhi warna susu ibu. Anda boleh meningkatkan jumlah susu dengan mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk isu menyusukan.
[✔]  Susu ibu menyebabkan bayi obes
Biasanya bayi bersaiz besar terutama pada 6 bulan pertama jika bayi mendapat susu yang mencukupi jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula. Ia tidak bermaksud bayi itu mengalami kegemukan atau obesiti. Tiada istilah obesiti bagi bayi yang menyusu badan secara ekslusif. Badan mereka biasanya berisi dan padat.
[✔]  Susukan bayi dengan kedua-dua payudara secara bergilir-gilir setiap 15 minit
Biarkan bayi yang menentukan berapa lama dia ingin menyusu dan bukannya mengikut aturan waktu yang dipetapkan oleh ibu. Percaya kepada naluri keibuan anda. Bayi itu lebih tahu akan keperluannya dan akan berhenti menyusu bila dia sudah berasa kenyang. Batasan
masa menyusu akan mengganggu bekalan nutrisi sekali gus mengganggu pertumbuhan bayi anda.
 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
[✔]  Susu ibu boleh menyebabkan bayi mengalami penyakit kulit
Mitos dalam penyusuan susu ibu yang setersunya ialah susu ibu boleh menyebabkak bayi mengalami penyakit kulit. Memang ada satu penyakit kulit yang dipanggil milk dermatitis atau ruam susu. Ia biasanya menyerang daerah pipi bayi. Namun penyebabnya bukan susu ibu atau hasil interaksi kulit dengan cairan susu. Ianya disebabkan oleh kelainan pada kulit bayi. Kelainan kulit ini atau bahasa mudahnya kulit sensitif adalah disebabkan oleh genetik seperti  keluarga yang memiliki sejarah ekzema dan alahan di hidung yang tanda-tandanya ialah sering bersin.
[✔]   Bayi cirit-birit perlu diberikan teh atau air
Mitos dalam penyusuan susu ibu yang ini adalah salah sama sekali! Bayi yang cirit-birit tidak memerlukan cairan tambahan seperti air gula dan teh kerana air susu ibu mengandungi 90 % air. Sekiranya bayi anda cirit-birit, tingkatkan kadar penyusuan. Ianya mampu mengelakkan bayi anda daripada mengalami dehydration.
 
[✔]   Apabila anda berhenti menyusukan anak, anak tidak akan boleh menyusukan kembali.
Ini juga salah. Anda boleh menyusukan anak semula (relactation) sekiranya anda mengambil ubat hormon & mengamalkan prinsip asas penyusuan. Pengambilan milk booster seperti breastfeeding set Shaklee juga sangat membantu anak. Prinsip yang sama boleh diguna pakai sekiranya anda mengambil anak angkat & ingin menyusukan.
bf+baby Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam di samping amalan pemakanan yang baik. Amalkan tips penyusuan yang saya kongsikan & abaikan mitos penyusuan susu ibu yang mengarut di atas! Nak order Breastfeeding Set Shaklee dan dapatkan Ebook Rahsia Susu Melimpah Ruah secara percuma? Hubungi saya sekarang!
Cik Puan Nurul 2 300x170 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Majoriti wanita yang gagal untuk hamil menghadapi masalah kitaran haid tidak teratur kerana gangguan hormon. Apa kaitan antara pusingan haid yang teratur dengan kesukaran untuk hamil? Untuk hamil, persenyawaan perlu berlaku & ianya hanya akan berlaku semasa anda berada dalam keadaan subur di mana ovum dilepaskan. Sekiranya anda terlepas untuk bersama sewaktu anda subur, maka anda tidak akan hamil.
haid tidak teratur 300x241 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon
Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur, adalah mudah untuk anda menentukan bila anda subur. Namun sebaliknya bagi wanita yang kitaran haidnya tidak tetap. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengandung, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah betulkan pusingan haid anda supaya mudah untuk menentukan tarikh kesuburan. Punca utama haid tidak teratur ialah gangguan hormon. Haid tidak teratur kerana gangguan hormon adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
 
[✔] Stress
Tidak dinafikan kehidupan kita penuh dengan stress. Stress di tempat kerja. Stress memikirkan masalah kewangan. Stress dengan tyraffic jammed. Apabila anda stress, ia akan mengganggu hormon kesuburan yang mengawal kitaran haid setiap bulan. 
 
[✔] Kenaikan berat badan secara mendadak
Ramai wanita yang menghadapi masalah berat badan selepas berkahwin. Maklumlah, dulu makan seorang, sekarang makan berdua. Hati pun senang sebab bahagia, sedar-sedar badan dah berisi. Berat badan yang berlebihan sememangnya mengganggu kitaran haid anda.
 
[✔] Makanan segera & makanan ringan
Fast fodd & junk food kaya dengan bahan perasa, gula, garam & bahan pengawet yang mengurangkan tahap kesuburan. Oleh itu jika anda ingin hamil, amalkan pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan.
 
[✔] Gaya hidup tidak sihat
Cara hidup juga boleh menjadi punca haid tidak teratur kerana gangguan hormon. Sekiranya anda merokok atau mengambil minuman keras, ianya akan menyebabkan kitaran haid anda tidak teratur. Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat sekiranya anda ingin hamil.
Walau bagaimana pun, agak susah untuk kita mengelakkan daripada stress & berhenti daripada makan makanan segera. Juga tidak mudah untuk kita turunkan berat badan dengan segera melainkan kita betul-betul disiplin dan mengambil set kurus yang betul-betul berkesan seperti set kurus shaklee. Oleh itu GLA Complex adalah jawapannya. GLA Compleks Shaklee merupakan vitamin yang dapat membantu memulihkan hormon kesuburan supaya kitaran haid anda kembali teratur. Kebiasaanya, selepas pengambilan yang betul selama dua bulan, anda akan mendapati bahawa kitaran haid anda mula teratur. Apabila kitaran haid anda teratur, anda dapat menganggar tarikh kesuburan anda & itu bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil.

haid tidak teratur1 300x226 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Sekarang anda dah tahu bahawa kitaran haid tidak teratur kerana gangguan hormon boleh menjadi punca kesukaran untuk hamil. Berminat untuk mendapatkan GLA Complex anda? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

Kali ni saya nak kongsikan tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang. Susu ibu adalah  hadiah terbaik dari seorang ibu kepada anaknya. Semua ibu mampu untuk menyusukan anak walau pun mempunyai masalah inverted nipple atau puting tenggelam.
memulakan penyusuan semasa 2 300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Sekiranya ada mempunyai masalah inverted nipple atau puting tenggelam, tak perlu risau. Anda masih boleh menyusukan bayi secara normal.  Sekiranya anda melahirkan anak kembar dua atau triplet, juga adalah tidak mustahil bagi anda menyusukan kesemua bayi anda. Anda boleh klik di sini untuk membaca testimoni seorang ibu yang berjaya menyusukan tripletnya.  Kebaikan susu ibu tidak terkira dan untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, saya ingin berkongsi beberapa tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang:
 
1) Cuba menyusukan sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Semasa memilih hospital untuk bersalin, pastikan hospital tersebut adalah hospital rakan bayi yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Sebaik bayi dilahirkan, anda boleh terus menyusukan bayi sambil doktor melakukan proses memotong tali pusat. Percayalah, segala kesakitan yang anda alami akan terus hilang sebaik sahaja anda mendakap bayi anda. Selepas dilahirkan, bayi sangat alert dengan persekitaran. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk bonding. Bayi yang baru dilahirkan dapat mencari di mana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa.

2) Kurangkan pelawat bagi memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang kedua ialah dapatkan masa berkualiti bersama bayi. Beberapa hari pertama selepas bersalin, anda perlukan masa untuk berehat & bonding dgn bayi yang baru dilahirkan. Anda mempunyai hak untuk memberitahu saudara-mara & rakan-rakan supaya tidak datang melawat pada minggu pertama kelahiran.

3) Jangan berikan bayi anda puting tiruan.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang kedua ialah jangan berikan bayi anda puting tiruan. Pacifier atau puting tiruan harus dielakkan bagi mengelakkan bayi anda mengalami nipple confuse atau kekeliruan puting.
memulakan penyusuan semasa 1 300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

4) Susukan bayi anda mengikut demand.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang keempat ialah jangan terlalu mengikut jadual. Susukan bayi anda setiap kali diminta. Bayi saya manyusu setengah jam sekali semasa dalam berpantang. Memang sangat meletihkan tapi sebagai ibu, kita nak bagi yang terbaik untuk anak. Set berpantang Shaklee membantu memberikan tenaga kepada ibu yang berpantang.

5) Susu anda tak cukup? 

Bayi anda tetap menangis selepas menyusu & anda menyangka bahawa anak masih kelaparan kerana susu anda tidak cukup. Yang sebenarnya perut bayi yang dilahirkan hanyalah sebesar kacang. Susu ibu adalah mencukupi. Bayi menangis bukan kerana lapar sahaja. Mungkin juga dia menangis kerana lampin penuh, kembung, terlalu panas atau sejuk, atau pun kerana mahu dipeluk. Percayalah! Susu ibu cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Klik sini untuk mengetahui banyak mana susu diperlukan oleh seorang bayi yang baru dilahirkan.

6) Pastikan anda & bayi  selesa semasa menyusu.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang keenam ialah pastikan anda dan bayi selesa semasa menyusu. Gunakan  bantal untuk menyokong belakang dan kepala bayi. Pastikan badan bayi menghadap anda supaya bayi tidak perlu meusingkan kepala untuk menyusu. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda & sokong payudara supaya ia tidak menekan dagu bayi. Sekiranya anda merasa tidak selesa, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
memulakan penyusuan semasa  300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Semoga tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang saya kongsikan tadi dapat membantu anda. Anda juga boleh menggunakan breastfeeding set shaklee  bagi membanyakkan susu supaya anda dapat menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

Tips Untuk Cepat Mengandung

Ramai yang bertanyakan tips untuk cepat mengandung. Di atas permintaan ramai, hari ni saya nak share kaedah  & tips yang boleh anda amalkan supaya anda mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil. Anda semua boleh lah cuba tips untuk cepat mengandung berikut:
tips cepat mengandung 300x192 Tips Untuk Cepat Mengandung
TIPS UNTUK CEPAT MENGANDUNG
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 

Jika haid anda teratur, setiap hari ke14  telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya pada waktu tersebut anda bersama, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi maka berlakulah kehamilan. 

2. Jumpa doktor anda. 

Pastikan anda suami isteri bebas dari sebarang masalah dengan berjumpa dengan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah antara penyebab yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala.  Sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiana anda tidak tersumbat.

 3. Dapatkan berat badan yang ideal. 

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat BMI dan berat badan anda. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda boleh mencuba set kurus Shaklee. Jika anda kekurangan berat badan, anda boleh mencuba Mealshakes Shaklee.

 4. Ketahui waktu subur anda. 

Hari subur anda cuma 4-5 hari dalam sebulan sebulan. Sekiranya anda dapat menganggar hari tersebut dengan tepat, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi  seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

tips cepat mengandung1 300x229 Tips Untuk Cepat Mengandung

 5. Hubungan seks yang lebih kerap. 

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, bersamalah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil.

 6. Tingkatkan kesuburan suami. 

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan menjauhi alkohol. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, sila berbincang dengan doktor kerana ia juga boleh menjadi punca kenapa anda sukar hamil.

 7. Mengambil multivitamin.

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Set kesuburan Shaklee memberikan anda kesemua vitamin yang diperlukan oleh badan supaya suami & isteri berada dalam keadaan yang bersedia untuk hamil.

 8. Bersenam secara rutin . 

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

 9. Mengambil makanan yang seimbang. 

Menjaga pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi. Masalah ovulasi  berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Sekiranya anda menjaga diet, anda dapat menteraturkan haid dan berovulasi secara semulajadi.

10. Elakkan stress

Tidak dinafikan kehidupan pada hari ini penuh dengan stress. Tak ada anak pun boleh menyebabkan stress. Ketahuilah bahawa stress  dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan. Anda boleh lakukan aktiviti-aktivit kegemaran anda bagi mengurangkan stress.

 11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. 

Merokok, penyalahgunaan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan kurangkan pengambilan kopi dalam diet seharian.

Anda boleh amalkan 11 tips untuk cepat mengandung yang saya kongsikan di atas. Pengambilan Set Kesuburan Shaklee juga meningkatkan peluang anda untuk hamil. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Untuk Cepat Mengandung

Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam

Inverted nipple atau puting tenggelam adalah keadaan di mana puting seorang wanita masuk ke dalam (tenggelam) & bukannya berada di luar seperti puting wanita yang normal. Bolehkah mereka menyusukan anak? Pastinya boleh. Jom saya kongsikan tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam.
susukan bayi puting tenggel 300x175 Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam
Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam
Ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu & memberikan kepada anak melalui botol. Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct jika betul caranya. Berikut adalah beberapa tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam atau inverted nipple yang pasti dapat  membantu anda:
 
Lekapan yang betul
Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Oleh itu, setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu.
 
Picagari khas untuk mengeluarkan puting
Tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam atau inverted nipple yang seterusnya ialah dengan menggunakan picagari khas untuk mengeluarkan puting. Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan.
 
Kerap pam susu
Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar. Bila kita kerap mengepam, susu kita juga akan manjadi banyak. Semakin kerap anda mengepam, semakin banyak susu anda. Susu juga akan menjadi semakin banyak jika anda mengamalkan perkara asas penyusuan & amalan pemakanan yang baik.
 Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam
Ebook ini sangat membantu ibu yang mengalami masalah puting tenggelam. Hubungi saya untuk mendapatkannya.
 
Gunakan nipple shield
Pakai nipple  shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu.
 
Urutan
Terdapat teknik urutan yang boleh membantu mengeluarkan puting. Saya akan kongsi kaedah tersebut di masa hadapan. Insya Allah.
 
 Ibu yang mempunyai masalah puting tenggelam boleh cuba tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam yang saya kongsikan tadi. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi & minda anak anda. Set Penyusuan Shaklee juga membantu anda dalam memberikan susu yang terbaik untuk anak. Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan anda sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam

Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus

Senaman baik untuk kesihatan, tak kira  sama ada senaman kardiovaskular atau senaman otot. Anda boleh membaca tips senaman mudah di sini.  Namun, apabila bercakap tentang tip kurus atau tip mengurangkan berat badan, senaman manakah yang lebih berkesan? Senaman kardiovaskular atau senaman otot? Atau adakah kedua duanya sama sahaja? Jom kita ketahui apakah jenis senaman  terbaik untuk kurus.
senaman terbaik untuk kurus 300x168 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
Apakah Jenis Senaman Yang Terbaik Untuk Kurus
Sebelum saya terangkan lebih lanjut mengenai keberkesanan kedua-dua senaman tersebut, terlebih dahulu saya nak terangkan apa itu senaman kardiovaskular dan apakah pula senaman otot. 
Senaman kardiovaskular (atau ringkasnya kardio) 
Adalah senaman yang melibatkan peningkatan kadar denyutan jantung. Antara aktiviti yang tergolong dalam kategori ini adalah berlari, berenang, bermain bola sepak, berbasikal dan sebagainya.
senaman terbaik untuk kurus1 300x225 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
Senaman otot 
Adalah senaman yang melibatkan daya tahan otot seperti mengangkat berat, tekan tubi, ‘pull up’, ‘plank’ dan sebagainya. Senaman otot yang dilakukan secara berterusan akan menambahkan sel-sel otot dan kesan jangka masa panjangnya anda akan kelihatan seperti berotot (‘muscular’) 
senaman terbaik untuk kurus2 300x176 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
Kedua-dua senaman ini memerlukan tenaga. Dari mana datangnya tenaga? Ia diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan. Secara teori, untuk orang yang mengalami masalah obesiti dan ingin mengurangkan berat badan, selain daripada pembakaran makanan, sumber lain yang boleh membekalkan tenaga adalah lemak yang dibakar menjadi sumber tenaga. Jadi, apabila lemak-lemak yang menggeleber di sekitar perut dibakar, dapatlah kita merasa kesan ‘kurus’.
Namun, itu hanya teori sahaja. Apa yang sering berlaku, protein di dalam badan lebih mudah ditukar bentuk kepada tenaga. Jadi, bila kita bersenam, badan kita tak bakar lemak berlebihan dalam badan kita, sebaliknya membakar protein yang ada. Di manakah protein ini didapati? Kebanyakannya daripada otot. Jadi apabila protein ini ditukar kepada bentuk tenaga, sel sel otot akan hilang dan otot akan mengecil. Ini adalah satu perkara yang tidak baik kerana, protein dan otot adalah elemen yang penting dalam mengekalkan kadar metabolisme badan.
Jadi, Apakah Jenis Senaman Yang Terbaik Untuk Kurus?
Pada peringkat awal usaha anda menurunkan berat badan menerusi senaman kardio, anda akan dapati dalam beberapa hari berat  anda akan turun. Masalahnya, anda tidak tahu adakah ia disebabkan oleh kehilangan lemak, atau kehilangan otot dan juga air. Dalam kebanyakan kes, ianya adalah disebabkan oleh kehilangan otot dan juga air yang bermakna, anda ‘tertipu’ kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara dan apabila anda berhenti melakukan aktiviti aktiviti senaman, percayalah, badan anda akan meningkat naik dengan cepat!
Dengan berkurangnya sel otot, maka dengan sendirinya kadar metabolisme badan akan menurun dan keupayaan untuk membakar kalori menjadi berkurang. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan mengakibatkan kegemukan dan akibatnya, harapan untuk melihat badan kurus akan hanya tinggal harapan sahaja.
Sebaliknya, menerusi senaman otot anda akan meningkatkan sel-sel protein yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kadar pembakaran kalori anda akan meningkat sehingga pada satu peringkat, badan anda akan terus membakar lemak meskipun anda sedang tidur atau menonton wayang. Senaman otot juga akan mencantikkan badan dan membina tekstur tubuh yang baik untuk  golongan lelaki dan wanita.
 
senaman terbaik untuk kurus3 300x212 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
 
Jadi, jika anda mahu kurus, buat keputusan bijak dengan melakukan senaman otot, dan apabila anda sudah menjadikannya sesuatu rutin, bolehlah anda beralih kepada senaman kardio. Insya Allah anda akan mendapat kesan pengurangan berat yang ketara dan berpanjangan.
Sekarang anda dah tahu apakah jenis senaman yang terbaik untuk kurus. Anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat kalau anda mengamalkan senaman + pemakanan seimbang + set kurus Shaklee. Berminat untuk mendapatkan set kurus Shaklee?  Hubungi saya sekarang.
 
Cik Puan Nurul 2 300x170 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
pixel Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.