-

Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan

Menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun adalah impian setiap ibu. Ramai ibu yang memilih untuk mengambil supplemnet bagi membanyakkan susu badan. Ya, ramai yang berjaya membanyakkan susu dengan pengambilan  supplement tapi lebih ramai yang GAGAL sehingga membuat keputusan untuk memberikan anak susu formula kerana takut anak kelaparan.  Kenapa? Kerana supplement sahaja tidak akan membanyakkan susu anda. Anda wajib mengamalkan perkara asas penyusuan. Di atas permintaan ramai, saya kongsikan tips banyakkan susu badan dengan mengamalkan perkara asas penyusuan.
kanser ovari 300x211 Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan
Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan
1) Mengosongkan payudara dengan kerap
Konsep asas bagi penyusuan yang berjaya ialah demand vs supply . Maksudnya, bila payudara kita kerap kosong, otak akan mendapat signal bahawa supply sudah habis & ada demand untuk menghasilkan susu. Oleh itu, kalau payudara kita kerap kosong, otak juga akan kerap mengeluarkan signal supaya menghasilkan susu. Makin banyak demand, makin banyak supply susu akan dihasilkan. Logik kan?
 
Payudara dikosongkan melalui dua cara: menyusukan bayi atau mengepam. Oleh itu bagi ibu yang bekerja, jangan culas untuk mengepam di pejabat.
Susu sedikit semasa berpantang? Itu perkara biasa, sebab perut baby masih kecil. Sebenarnya susu kita cukup. Anda boleh amalkan tips memulakan penyusuan semasa berpantang.  Jangan cepat mengalah untuk membeli susu formula. Dan jangan mudah terpedaya dengan mitos tentang penyusuan susu ibu.
 
2) Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Bila menyusukan bayi, memang kita akan kerap haus. Kalau perasan, bila kita kurang minum, susu pun akan berkurangan. Oleh itu, pastikan kita minum air yang secukupnya.
 
Tips untuk memastikan kita minum 3 liter air: masukkan air ke dalam botol 1.5 liter. pastikan kita habiskan 2 botol dalam sehari. Ini adalah cara yang saya buat.
air kosong Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan
 
3) Power pumping
Ramai ibu yang tak tahu power pumping ni apa. Power pumping ni tujuannya untuk boost up susu kita. Ianya boleh diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semasa saya berpantang dulu,  saya buat setiap hari & alhamdulillah susu saya melimpah-ruah.
3 cara buat power pumping:
i) Pam payudara kanan selama sepuluh minit, kemudian pam sebelah kiri pula selama sepuluh minit. Ulang sampai sejam.
 
ii) Pam payudara kanan selama setengah jam, kemudian pam payudara kiri selama setengah jam.
iii) Untuk dual pam, boleh pam kedua-dua payudara sekali gus selama setengah jam.
Makin kerap kita buat power pumping, insya allah makin bertambah susu kita.  Sakit semasa mengepam? Mungkin anda tersalah memilih breastpump. Jom baca tips memilih breastpump yang saya kongsikan di sini.
 
4) Makan secukupnya
Menyusukan anak memang membuatkan perut cepat lapar. Takpe, makan je bila lapar sebab kalau kita biarkan perut kosong, susu pun akan berkurangan. Sebab tu dalam islam, ibu yang menyusukan diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Jadi, ibu-ibu jangan terlalu fikirkan kalori ye. Anda boleh amalkan panduan pemakanan ibu menyusukan yang saya kongsikan di sini.
 
5) Makanan yang menjadi milk booster
Ada beberapa jenis makanan yang memang telah terbukti mampu menjadi milk booster. Apakah makanan yang dimaksudkan? Lobak putih, halba, longan kering, dan sebagainya. Saya akan kongskan dalam entry berikutnya.
tips banyakkan susu dengan mengamalkan perkara asas penyusuan Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan
 
6) Makan supplemen yang menjadi milk booster
Di sini lah set breastfeeding Shaklee memainkan peranan. Bila kita dah buat semua 5 perkara di atas, kita boleh ambil set ini sebagai pelengkap kepada 5 usaha kita tadi. Insya Allah dengan dos & aturan makan yang betul, set ini mampu membanyakkan susu anda. Dengan syarat, amalkan semua tips banyakkan susu badan dengan mengamalkan perkara asas penyusuan.
7) Berhenti beralasan
Tengah mengandung? Takde masalah untuk menyusukan anak, asalkan kandungan anda sihat & tiada sejarah komplikasi sepanjang kehamilan yang lalu. Tengah berpuasa? Takde masalah untuk susukan anak. Boleh amalkan tips penyusuan semasa berpuasa yang saya kongsikan di sini. Kalau anak tiba-tiba taknak menyusu, kemungkinan besar anak sedang mengalami nursing strike, jadi jangan terus buat andaian bahawa anak mahu putus susu.
8) Selalu berdoa kepada Allah supaya murahkan rezeki anak kita agar dapat menyusu sampai umur 2 tahun.
Lepas usaha, mestilah kita tawakal. Minta pada Allah, insya allah akan dimakbulkan. doa ibu tiada hijab di sisi Allah.
Insya Allah, kita semua mampu menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan & seterusnya menyusukan anak sampai berumur sekurang-kurangnya dua tahun. Saya menyusukan Balqis sehingga berumur 4 tahun. Berhenti pun sebab saya menngandungkan Aina atas nasihat doktor sebab kandungan pertama dulu ada komplikasi. Sekarang Aina berumur hampir 4 tahun, masih fully breastfeed & Insya Allah akan wean off tak lama lagi Semoga tips banyakkan susu badan dengan mengamalkan perkara asas penyusuan yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda semua.
 
Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan
pixel Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Mengamalkan Perkara Asas Penyusuan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.